KRIM TIMBANG KILO | Assalamualaikum semua

    Baru-baru ni viral kembali tentang produk timbang kilo di aplikasi Tik Tok. Dulu memang hangat sekejap isu ni tapi makin lama orang pun dah lupa. Kalau korang tanya liz, sebelum ni memang liz cuma dengar je tentang produk timbang kilo ni. Orang duk cakap produk timbang kilo, liz pun tertanya-tanya juga betul ke timbang. Macam mana timbangnya?

    Tapi selepas tengok video yang viral dekat tiktok cara hasilkan krim tu, liz ternganga sekejap. Seriuslah weh bancuh dekat rumah bancuh guna tangan, gaul-gaul cedok masuk plastik timbang-timbang lepas tu jual.

    


    Liz memang sepatah haram tak faham apa yang sis ni cakap, sepenuhnya dalam bahasa thailand. Cuma dapat tengok dia bancuh gode-gode sampai sebati gitu.


    Selain kacau-kacau dengan tangan, kadang-kadang sis ni bancuh guna mixer pun ada. Seriuslaa kan.. tapi itulah krim yang femous kut sekarang ni pakai terus putih, licin melepak kulitnya haaa


    Bila liz tengok krim tu dalam plastik macam ni, mulut liz ternganga sampai tak leh nak tutup dah.. macam WHATTTT AAAA nganga ... Korang seriuslaaaaah krim ni macam ni je.

    

Testimoni tiktok, sis ni pakai krim ni dekat tangan. Hasil terus putih gitu, haaa nak cuba tak? 



    Krim-krim yang dah siap bancuh tadi ada juga yang dah diletak siap-siap dalam bekas macam ni. Jadi hati-hati periksa dulu krim korang ada warna macam ni? Liz tahu semua perempuan nak cantik, liz pun nak cantik, takda seorang pun la orang perempuan tak suka cantik. Pilih lah skin care yang selamat, at the end of the day diri sendiri yang buat pilihan.

DAI DIKATAKAN MEROGOL SEORANG GADIS | Assalamualaikum korang

   Musim hujan tanpa henti, begitulah juga dengan isu Da'i yang dituduh merogol seorang gadis yang kini berlarutan sehingga ke hari ni. Semakin hari, semakin ramai mangsa-mangsa yang dikatakan pernah kena 'flirt' dengan Da'i ni tampil memberi komen. ALERT! Ramai yang dakwa pernah kena flirt ya, bukan kena rogol! Dakwaan pernah kena rogol dengan seorang Da'i ni seorang sahaja setakat hari ini. Selebihnya pernah di ajak dating. Woww kelas you all, dating dengan Da'i.

    Tak kurang juga masih ramai yang backup Da'i yang katanya, tiada bukti jangan buat tuduhan sebarangan. Tapi pernah tak korang terfikir kenapa banyak-banyak Da'i nama Da'i ni yang disebut-sebut. Tambahan lagi, semakin ramai pula yang tampil mengiyakan bahawa Da'i ni perangainya "PLAYBOY". 


Bila isu ni muncul, dalam otak aku memang terus teringat Drama favourite aku iaitu DRAMA NUR. 

    Memang susah nak percaya kisah ni, disebabkan title beliau merupakan seorang Da'i. Almaklumlah, golongan cukup ilmu agamanya dan tahu membezakan yang mana baik yang mana tidak. Tapi korang jangan lupa, ramai juga di akhir zaman yang menggunakan agama sebagai tiket untuk menutup perbuatan macam ni. Begitu juga lah kisah, Drama Nur iaitu Ustaz Hamadi yang konon-kononya merupakan Ustaz yang hanya menggunakan agama untuk menutup perbuatan terkutuk.

    Dan dalam Drama Nur ni juga, persepsi terhadap sesuatu kesalahan juga ditunding kepada golongan wanita. Yelah, perempuan tak pandai jaga diri, tak layak nak diberikan keadilan, tak layak masuk masjid. Sedihlah tiba-tiba bila teringat kisah Drama Nur ni. Jadi bayangkanlah in realiti macam mana golongan yang lemah ni nak tampil untuk ceritakan hal sebenar, sebab orang kita memang mentalitinya kebanyakkannya macam tu betul tak? Oleh itu, sebagai wanita yang lemah bijaklah menilai sesuatu sebab akal korang ni 1 je. Beza dengan lelaki ni akal nya haa banyak. 

    Baru juga la aku tahu yang dekat twitter ni ramai ustaz2 twitter yang lagi dasyat dalam memberi hujah, majoriti salahkan perempuan. Ustazah twitter pun ramai, semua salahkan perempuan. Yang mangsa-mangsa ni banyak kena kecam, ehmm jadi siapa yang boleh tegakkan keadilan mereka ni? Ke golongan mereka ni layak dipersalahkan je? Aku pun dah keliru ni... "Siapa suruh ikut?" Korang yang acah suci ni bila bercakap, macam korang tak pernah jumpa boyfriend pergi dating kan?

    INGAT ALLAH ada, Allah tak pernah pandang kita ni sebagai hamba ni mengikut gelaran. Yang ditimbang akhirat nanti amalan kita. Dan bapa kepada Da'i ni juga ada menaik status tentang anaknya.

    Ayah kepada Da'i ini juga ada menyebut isu viral ni sebenarnya dah lama? Ayahnya juga ada menasihatkan Da'i tersebut untuk meninggalkan dunia selebriti dan kembali ke jalan Allah dan jalan leluhurmu.. kami semua merindui kamu yang dahulu. Message ayahnya juga telah diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah. Hmmm lain betul rasanya, Da'i ni dengan ayahnya macam mana, hang duk bagi nasihat dekat orang selalu mentaati orang tua. Ini message ayah sendiri pun tak reply. Walau konflik macam mana, ustaz selalu pesan, kalau tak memudaratkan bertentangan dengan agama kita perlu terus taat.

       Da'i tersebut telah tampil membuat laporan polis. 


 

   Betul juga kata salah seorang pengguna twitter ni, yang pernah keluar dengan Da'i ni je yang tahu macam mana perangai Da'i tersebut. Jadi yang belum pernah kena ajak tu, duduk diam-diam okay jangan nak kecam sangat. Biar kebenaran yang berkata-kata.. bila dilihat-lihat boleh tahan lawa belaka ya pengguna twitter yang pernah keluar dengan Da'i ni. Senang cerita, perempuan manalah tak excited uit bila selebriti ajak keluar. TAPI at the end of the story, fikir semula nilai semula bila ada benda yang tak kena. Tak kira la korang ni dating dengan Da'i ke, dengan ustaz ke, dengan sesiapa atau apa jua title seseorang itu ingatlah title tu di masa kini hanya gelaran duniawi.

    Dan kalau ada diantara korang yang nampak kawan-kawan korang dating dengan lelaki pelik-pelik, tolonglah berpesan-pesan, nasihat-menasihati, ingat-mengingati semasa sendiri. Aku pun ada juga seorang kawan yang pernah kena DM dengan Da'i ni tapi alhamdullilah dia ada kawan-kawan yang kaki bebel sedarkan diri dia, jangan mudah terpedaya dengan rupa, kekayaan dan gelaran ni. Nak nilai seseorang tu tengoklah pada budi bicaranya dulu.



Antara DM yang kawan aku pernah dapat, tapi mujurlah kitorang as kawan banyak bagi nasihat dekat kawan aku tu. Fikir betul-betul, lelaki yang cukup ilmu agamanya tak kan DM sebegini ajak jumpa. Pasti ada adabnya.. 

Kawan aku tu terus bagi setepek je.

Yela baru DM, pastu ajak jumpa. 


    Siapa uitt tak terkesima bila public figure DM nak no telepon, nak ajak jumpa pulak tu, adakah drama akasia episod baru. Manatau jodoh dengan Dai, boleh bawah ke jannah kan..

    I kalau dapat DM ni pun boleh tampar-tampar kejap pipi ni adakah ini mimpi.. tapi hakikatnya at the end of the story pun, golongan suci-suci tetap akan keluarkan statement "gatal pergi layan kenapa" aku before kahwin pun aku dating dulu dengan suami aku nak kenal-kenal dengan bakal suami aku.. Maybe korang yang suci-suci ni nanti jodoh mak ayah pilihkan, tak pernah keluar dating ke macam mane.. 

    Allah tu Maha Adil, Dia sedang berikan pengajaran kepada semua. Tiada siapa yang akan terlepas dari hukumanNya. 

RESEPI CORNDOG FROZEN YANG MUDAH | Assalamualaikum korang 

    Hari ni liz nak share dengan korang resepi corndog frozen yang pernah liz buat dan jual semasa pkp. Liz kongsi dekat dalam blog ni semoga ada yang tengah hustle dengan sumber kewangan boleh cuba resepi yang liz nak share ni. 

PINJAM GAMBAR ANAK SAUDARA BUAT POSTER

    Untuk pengetahuan semua, liz pernah jual corndog frozen ni sehingga ke Pahang ya, bukan sahaja di area selangor. Harga dan saiz juga memainkan peranan untuk tarik pelanggan beli. Mana tidaknya, kalau korang perasan, dah ramai juga yang jual corndog frozen ni betul tak? Tapi nasihat liz pada korang semua, kena percaya pada rezeki masing-masing. Setiap produk tu tetap akan ada nilai rasa nya tersendiri.

BAHAN-BAHAN CORNDOG:

1. MOZARELLA CHEESE (NAK MURAH KENE BELI DKT PASAR BORONG)

2. SOSEJ

3. LIDI (GUNA LIDI HALF)

4. TEPUNG GANDUM (2 CAWAN)

5. SERBUK PENAIK MOREPAN 

(2 SUDU, BANCUH BAGI NAIK DULU & gula sikit dlm yeas t bancuhan ni)

CARA-CARANYA:

    Mula-mula masukkan tepung 2 cawan dalam mangkuk, kemudian masukkan air yeast yang dah kembang tu ke dalam tepung secara perlahan-lahan. Jangan bancuh lembik sangat tau, kalau korang tengok dekat youtube tu banyak yang buat bancuhan lembik jadi bila korang goreng kadang tu akan mudah bocor dan masuk minyak. Jadi okay je kalau korang buat pekat sikit, lagi-lagi buat frozen sebab nak simpan dalam freezer kan. 

    Sosej dengan cheese tu potong ikut saiz korang suka, liz suka guna lidi pendek tu sebab makan tak jemu tau. Dan rasa just nice tak muak boleh makan berkali-kali. 

    Masa liz jual tu RM1 secucuk tau, min order RM10 1pack. Jadi kalau korang rasa nak try business corndog frozen ni liz rasa sangat lah sesuai sebab mudah nak buat cuma letih nak uli. 

    Liz pernah demam ya haha sebab order banyak sangat masuk, sampai demam. Jadi liz kongsi resepi dekat sini supaya dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari peluang untuk berniaga. Liz dapat order siang malam pagi petang tak henti ya, jadi liz doakan semua orang dicurah dan dilimpahkan rezeki juga. Amin, amin, amin. 

Gambar tepung liz tak jumpa pula dekat mana, tapi doh tepung liz tu ingat tau dia macam donut sikit yang boleh diuli untuk balut corndog ni. Sekarang ni liz dah tak buat ya, liz buat ni dulu sebab nak makan sendiri tapi tak sangka kawan-kawan pula ramai beli. 


LUPA PASSWORD ISHAREFANS ? | Assalamualaikum semua

VIRAL ya sekarang IshareFans ni. Seronok kerja likes & follows ni sehari RM3 rasa macam menambung secara alam maya. Nampak numbers RM$$$ tapi tak boleh cash out selagi tak reach amount yang ditetapkan.


TAPI isu yang hangat kan hati sesetengah users IshareFans ialah susah nak contact customer service. 3 minggu lepas ramai sangat pengguna IshareFans yang terlog out dari akaun IshareFans. Dah sudah ... password tak ingat!!!!! Duit dalam tu pula dah ada sekian-sekian amount, masak!!!!

Liz pun antara yang terlupa password & bila contact customer service tak pernah reply. Husband liz pun sama lupa password, cuba-cuba pun teka pun tetap lupa. Ada juga yang bagitahu, dah tahu nak join buat task IshareFans tu save la password dekat mana-mana atau tulis dekat mana-mana.

BUT! Sabar jap, liz rasa setiap orang yang baru try-try IShareFans ni for sure sekadar nak test-test kan. No one yang terus nak serius buat duit, mesti mostly akan observe dulu dan perhati. Jadi terlupa password tu perkara normal.

Contoh akaun husband liz buat-buat task ada lah dalam RM30 lebih, tiba-tiba rasa sayangla juga RM30 tu banyak juga lepas beli KFC tu tapi bila dah lupa password dan tak da pula button untuk forgot password. 

Cara-cara untuk dapatkan password IshareFans sila contact customer service di bawah:

Ada admin Ishare ajar dekat group telegram cara format mesej customer service supaya CS reply, jadi husband liz pun cuba la juga setiap hari total dalam 7 hari ya husband liz contact tapi NAN HADO (Tiada respon)

Jadi kalau duit korang dah beratus dalam tu kalau terlupa password rasanya boleh giler tak? Jadi berhati-hati la ya jangan sampai terlupa password nanti sedih pendam la sorang-sorang okay. Lagi-lagi yang ada up level tu.


TESTIMONI BOTANICAL EFFECT MARY KAY | Assalamualaikum semua 

Post kali ni liz nak share tentang testimoni customer yang telah menggunakan set BOTANICAL EFFECT MARY KAY. Sebelum liz share tentang testimoni ni, liz nak terangkan sedikit tentang kandungan botanical effect dan fungsi-fungsinya supaya korang tahu apakah kandungan Botanical Effect.


Sebelum tu, saya kenalkan diri saya Liz.
 Elite Beauty Consultant Mary Kay. 

Ramai tak tahu yang BOTANICAL EFFECT MARY KAY ni mempunyai 3 JENIS kategori. Dari luaran kotak packaging botanical effect ni semuanya hampir sama tetapi jika diperati pada kotak, anda akan perasan bahawa botanical effect ni terdiri daripada  BE1, BE2 & BE3

BE1 - Untuk Kulit Kering
BE2 - Untuk Kulit Normal
BE3 - Untuk Kulit Berminyak

Jadi bayangkan untuk orang yang beli product Mary Kay tanpa mendapat consultation yang betul daripada beauty consultant Mary Kay apa akan terjadi pada kulit mereka????? 

Sebab tu Mary Kay ada beauty consultant. Jangan pernah sesekali membeli product Mary Kay di online Website seperti Lazada & Shopee. Sebab banyak bahaya nya tau yang mungkin akan membuat kulit anda makin teruk.

INFO UNTUK BE1


Memberikan lembapan serta merta dan mengurangkan kekusaman kulit. Fungsi BE1 ni juga akan memulihkan keseimbangan kulit dan hasil akan nampak dalam masa satu minggu. Produk BE merupakan hipoalergik dan bebas daripada perwarna sintetik dan wangian tambahan.

Bahan yang terkandung dalam BE1 ialah 
- Silymarin iaitu buah tistel susu yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit
- Luo Han Guo merupakan buah yang dipanggil sebagai kelanjutan usia, mengandungi antioksidan mujarab dan menggalakkan kulit menjadi sihat
- Ektrak biji flaks tumbuhan yang tinggi dengan dengan asid lemak omega-3 yang juga membantu melembapkan dan melegakan ketidakselesaan kulit kering
- Ekstrak rumpai laut ialah sejenis alga laut yang menjadi sumber vitamin, mineral da asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit

INFO UNTUK B2


Seperti rejimen yang lain, setiap produk dalam rejimen Formula 2 mengandungi suatu kompleks botani istimewa, memaparkan silymarin dan Luo Han Guo — untuk membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran dan membantu menggalakkan kulit sihat. • Kemudian rejimen ini dikhususkan dengan botani tambahan terpilih spesifik untuk memberikan keseimbangan cantik yang diidami kulit jenis biasa.

Bahan yang terkandung dalam BE2 ialah 
Silymarin iaitu buah tistel susu yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit
Luo Han Guo merupakan buah yang dipanggil sebagai kelanjutan usia, mengandungi antioksidan mujarab dan menggalakkan kulit menjadi sihat
- Ektrak bunga kemboja untuk menenangkan dan melegakan dan ia juga antioksidan yang membantu melindungi daripada tekanan persekitaran
- Ektrak bunga teratai iaitu sejenis antioksidan yang menjadi sumber mineral yang penting untuk kulit yang sihat.

INFO UNTUK B3


B3 fokus untuk kulit yang tersangat oily, maksudnya 1 muka oily. Katakan kalau kulit korang tak berapa oily, tidak disarankan untuk ambil B3 ni ya. 

BE3 ni membantu memulihakan keseimbangan kulit, mengurangkan penampilan saiz pori. Kalau pori terbuka luas, yes! Kulit anda akan menghasilkan minyak yang banyak jadi pori kena jaga betul-betul dulu tau.  BE3 ni membantu mengawal minyak muka dan hasilnya boleh dilihat dalam masa satu minggu pastu nampak perbezaannya. 

Bahan yang terkandung dalam BE3 ialah 
Silymarin iaitu buah tistel susu yang membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit
Luo Han Guo merupakan buah yang dipanggil sebagai kelanjutan usia, mengandungi antioksidan mujarab dan menggalakkan kulit menjadi sihat
- Exktrak Kanuka (pokok teh putih) iaitu sumber ekstrak botaniini terkenal dengan faedah penghalusan yang boleh membantu mengelakkan pori daripada menjadi tersekat
- Ekstak Jambu Batu iaitu merupakan sumber asid salicid yang boleh membantu mengelupas kan sel kulit mati dan mengurangkan permukaan berminyak

DAH NAMPAK PERBEZAA BOTANICAL EFFECT? Setiap BE mengandungi bahan yang berbeza dan fungsi yang berbeza. Jadi dapatkan consultation daripada beauty consultant Mary Kay yang sah. 

Sekarang jom liz share tentang testimoni yang menggunakan botanical effect Mary Kay. 





Berminat nak tahu lagi banyak tentang penjagaan kulit wajah, jangan segan untuk dapatkan consultation percuma daripada liz. Can reach me at anytime, just kalau liz reply lambat sikit tu, maybe liz tengah bergaduh dengan anak hehe gurau je, kalau liz reply lambat selalunya liz driving. Klik link bawah ya, cari liz tau kalau nak kulit cantik cepat.


https://wa.link/6mhbe2

CARA BELI TIKET MURAH LOST WORLD OF TAMBUN IPOH | Assalamualaikum semua 

Selamat Datang September 2020! Bulan September selalunya akan jadi bulan yang liz akan plan untuk short vacay. Sebab bulan September ialah bulan kelahiran putera kesayangan liz. 

IKUT MAMI JALAN-JALAN

Tahun 2020 ni merupakan sambutan kelahiran Amuzz yang ke 3 tahun. Kalau perasan memang dari seawal Amuzz umur setahun lagi liz akan buat 1 short vacay untuk sambut birthday Amuzz. Selalunya orang akan buat birthday party, majlis kesyukuran semua tu kan. Tapi pada liz pula birthday Amuzz, dia perlukan me time dengan Mami dengan Abah dia since we both selalu sibuk bekerja. Dari dia baby, balik rumah pukul 7 petang, pergi taska 7 pagi then tidur pula awal pukul 8 malam. Sebab liz dengan husband memang dah train Amuzz macam tu sejak dia lahir lagi. Cuma tahun ni ada sedikit perubahan since Mami dah start own business. 

AMUZZ BENGANG LA MAMI NI ASYIK NAK BERGAMBAR JE

Okay sambung tentang tiket pula, liz memang suka beli tiket online sekarang ni sebab jimat masa dan tak perlu beratur panjang. Sebelum ni liz pernah beli tiket di Klook apps, tapi kali ni nak cuba beli di Wonderdfly.Asia pula. 



Sebab....details pakage di Wonderfly.Asia lebih jelas tentang zon2 yang boleh kami lawat di Lost World Tambun nanti berbanding apps di Klook tak huraikan tentang zon2 yang kami boleh masuk dekat sana. 

Sebagai contoh nya : 

Liz beli dua tiket je, sebab bawah 90 cm tiket FREE


Step Pertama : Pilih package yang mana kita nak, kemudian masukkan dalam cart.

Step Kedua : Kita click check out untuk buat pembayaran

Step Ketiga : Link ke FPX untuk link ke akaun online banking kita

LOG IN : Ada dua cara, korang boleh log in apps ni menggunakan Email / Facebook 

Nanti kena isi juga infomasi dekat atas ni tau, sebab nanti e-tiket (tiket secara online) akan dihantar juga melalui email. Jadi liz memang lebih prefer anything beli menggunakan alamat email.


Dapat order number yay!!! Dan dah boleh view booking details. Dalam booking details ni nanti ada QR Code. Masa kita sampai ke lokasi nanti, kita bagi staff sana scan QR code tu. 


TAK YAH BERATUR UITT. 
ORANG MEMANG TAK RAMAI SELEPAS MCO HARI TU

Tapi sekarang ni dah PKP semula kan, jangan risau kerana inilah masanya anda kumpul duit dan survey destinasi yang anda ingin bawa keluarga anda nanti. Liz plan percutian ni pun masa PKP tau, habis PKP terus cepat-cepat.



KEDAI KAYU PLYWOOD KUALA LIPIS | Assalamualaikum semua

Hari ni liz nak berkongsi tentang info kedai di Kuala Lipis yang menjual papan kayu peliwood / plywood. Terdetik nak kongsi infomasi ni sebab awalnya liz google cari kedai menjual kayu area Kuala Lipis tapi tak jumpa apa-apa dalam carian Google. Jadi, liz harap dengan entry yang liz share kali ni dapat membantu sekiranya ada antara korang yang sedang mencari bahan-bahan Plywood ni. 

Walaupun liz tak jumpa carian di Google tapi dengan hasil usaha bertanyakan kepada saudara mara di Lipis, Alhamdullilah jumpa juga kedai yang direkemen ni. Liz ni memang la orang Kuala Lipis, tapi sebab mak abah pun tak pernah beli Plywood lepas tu bagitahu info dekat liz pun "tu kedai dekat industri". Urkkk google la pula liz pun tentang industri Lipis tapi tak juga jumpa. Ini yang buat lagi gigih nak share kedai Plywood dekat Lipis ni. 

Sambil tu boleh la bantu orang lain, dengan hasil info ni. Liz akan serta kan sekali dengan harga nanti jenis plywood yang liz beli okay.

Nama kedai : TONG AH CHAI PERABUT

TEL : 09 - 312 3426 

73 Jalan Tempoyang. Kuala Lipis, Pahang, Malaysia

ALAMAK!!!! Ini je gambar yang masih ada, gambar-gambar jenis plywood dah hilang pula dalam phone ni. Tinggal dua keping ni je liz boleh share pada korang. Kami beli papan plywood nak buat para dapur, kami beli dua papan plywood total harga RM45 tapi gambar yang jelas takda pula. Sorry tau korang. Kalau nak tahu details korang kena datang sini ataupun boleh call dulu tanya saiz dan harga. 




Sesiapa yang mencari papan plywood tu boleh datang ke sini.