Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

21 Dec 2022

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic |  Assalamualaikum semua 

Ramai yang tahu tidur yang berkualiti sangat penting untuk kita semua tapi yang ramai tak tahu cara untuk dapatkan kualiti tidur yang baik sebaiknya macam mana. Jadi hari ni info yang liz akan share hari ni sangat penting untuk anda semua yang mencari jalan untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik. Tanda-tanda bandan tak cukup tidur ialah kerap mengantuk, lesu dan pekerjaan yang dilakukan juga tidak produktif.






Data menunjukkan anggaran sebanyak 30% ke 45% daripada golongan dewasa menderita masalah insomnia! 


Penyebab UTAMA ialah teknologi yang kita miliki pada hari ini!

Zaman teknologi di hujung jari ni rata-rata daripada kita akan memicit telefon daripada memicit pasangan masing-masing. Yang mana bujang pula masa dihabiskan pada skrin sehingga la lewat malam hanya untuk berbual dengan pasangan dan sedar-sedar dah lewat malam dan waktu tidur pula menjadi singkat. 



Tak dinafikan liz juga antara salah seorang darinya. Sebelum tidur liz selalu scroll telefon tengok media sosial sampai tak sedar dah lewat malam. Kadang-kadang tu memang leka tengok apa yang di media sosial sampai tak perasan jam dah menunjukkan 1 pagi. Entah kenapa mata jadi segar nak tahu apa yang viral di media sosial sampai jadi leka.

  



Kalau dah lewat malam baru nak tidur lepas tu subuh kena bangkit daripada tidur untuk lakukan rutin harian memang buat liz cepat moody dan mudah stres. Salah sendiri jugak siapa suruh leka mengadap telefon sampai lewat malam. Last-last memakan diri sendiri.


Liz pasti ramai juga yang alami perkara yang sama seperti apa yang liz alami ni. Bila kita terlalu asyik dengan teknologi hari ni, kita jadi leka hingga sanggup berjaga malam semata-mata nak tahu isu semasa dan apa yang viral di media sosial.


Lagi-lagi sekarang ni banyak platform media sosial yang buat kita tak puas nak tengok seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok & Youtube. Belum lagi yang sanggup tak tidur semata-mata nak main game. Last-last kerja jadi tak produktif.



Pentingnya Tidur Yang Berkualiti


Ramai yang tak tahu apakah manfaat yang kita boleh dapat jika kita dapat tidur yang berkualiti. Pertamanya, mengapa kita perlu tidur? Adakah ia hanyalah sekadar waktu untuk badan kita berehat atau ada sebab lain?


Sekiranya kita faham akan kepentingan tidur yang mencukupi dapat memberi kesan positif kepada kesihatan, pasti ini boleh menjadi langkah pertama untuk meningkatkan kehidupan yang sejahtera secara keseluruhan.


Di bawah ni liz senaraikan kepentingan tidur yang berkualiti. Semoga bermanfaat kepada semua termasuk liz juga.


1. Tidur Mampu Meningkatkan Memori Dan Kebolehan Untuk Belajar 

Kajian menunjukkan tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek memori, sekali gus mempengaruhi kebolehan seseorang untuk belajar. Otak kita menjalani pelbagai aktiviti semasa tidur.


2. Tidur Dapat Mengawal Selera Makan


Tidur mampu mengatur selera makan dan mempengaruhi metabolisme anda. Terdapat 2 jenis hormon yang mempengaruhi kelaparan iaitu Ghrelin dan Leptin. Apabila tidak tidur dengan cukup, jumlah hormon ghrelin akan meningkat lantas merangsang selera makan.


Ini menjelaskan mengapa kekurangan tidur berisiko boleh menyebabkan berat badan naik. Ouch! Sesiapa yang kurangkan berat badan kena la tidur awal ya.


3. Tidur Meningkatkan Kualiti Kesihatan Kulit


Orang yang kekurangan tidur akan menggalakkan badan untuk menghasilkan hormon kortisol, yang juga dikenali sebagai ‘hormon stres.’ Antara manfaat kepentingan tidur yang cukup adalah, ia dapat menyingkirkan cecair lebihan di dalam badan. Bukan hanya perlu mendapatkan tidur malam yang cukup, melakukan rutin penjagaan wajah sebelum tidur juga dapat memaksimumkan lagi kesihatan kulit.



Dapatkan Tidur Berkualiti & Mencukupi, Bagaimana Caranya?



Liz telah diperkenalkan dengan produk terbaru daripada Eskayvie iaitu Eskayvie Mindtropic. Seperti ramai yang tahu, Eskayvie telah menghasilkan beberapa produk suplemen kesihatan yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Antara yang terlaris adalah Eskayvie Diffenz.



Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ia dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama 100% semula jadi yang halal serta selamat diambil. Satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie.



5 BAHAN UTAMA ESKAYVIE MINDTROPIC


Phosphatidylserine


        Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 

        Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.

        Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

        Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.



Ashwagandha KSM-66



        Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

        Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

        Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

        Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.




Bacopa Monnieri




        Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

        Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

        Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

        Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.




Magnesium



        Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

        Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

        Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).




Selenium


 

        Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

        Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Kelebihan Eskayvie Mindtropic



        100% Bahan Semula Jadi

        Rasa Tropika Yang Enak

        Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

        Tanpa Gula Tambahan

        Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award




Manfaat Eskayvie Mindtropic

 

  1. Mengatasi gejala Brain Fog
  2. Merangsang perkembangan sel otak
  3. Menguatkan memori
  4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
  5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
  6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
  7. Menjadikan lebih ceria & gembira
  8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan



Cara pemakanan Eskayvie Mindtropic ni sangat mudah kerana ianya dalam bentuk tablet kunyah dan sesuai diambil tanpa air.

Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.



Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.



Feedback Pengguna

Di bawah ni liz kongsikan antara feedback pengguna Eskayvie Mindtropic. Ramai yang berkongsi keberkesanan produk ini memudahkan mereka dapat tidur yang lebih lena selepas mengamalkannya.

 


 




Dari feedback-feedback pengguna yang liz kongsikan diatas ni, ramai yang berikan respon yang positif selepas amalkan Eskayvie Mindtropic. Kebanyakkan mereka kini lebih mudah tidur malam dan dapat tidur yang lena. Bila badan dapat rehat yang secukupnya, badan akan lebih bertenaga sekaligus dapat mengawal emosi.


 


Tonton video diatas ni bagaimana Puan Siti Zubaidah, 39 tahun mengalami anxiety hingga sukar tidur malam menyebabkan Puan Siti Zubaidah asyik nak marah je. Tetapi selepas diperkenalkan dengan Eskayvie Mindtropic dan mengamalkannya, Puan Siti Zubaidah kini lebih mudah tidur, dapat tidur yang berkualiti serta dapat mengawal emosinya.



Hidup Ceria Dengan Tidur Yang Berkualiti


Dengan kemudahan teknologi di mana segala maklumat dihujung jari menjadikan kita mudah mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ramai yang menggunakan waktu sebelum tidur untuk dapatkan maklumat isu semasa terkini dan apa yang viral berlaku di media sosial.


Namun, dengan teknologi ini juga ia memberikan kesan yang buruk kepada pengguna jika terlalu asyik dan leka kerana rasa ingin tahu serta tidak ingin ketinggalan menjadikan kita terlalu asyik dengan media sosial hingga mengabaikan waktu tidur. Maka terjadinya insomnia.


Ramai yang tidak sedar, ia akan memberikan kesan buruk kepada diri jika ia berlarutan. Kesan ini bukan sahaja pada diri sendiri malahan pada orang sekeliling kita. Jika tak cukup tidur, badan cepat rasa letih, mudah marah, moody dan sebagainya menjadikan apa yang kita lakukan serba tak kena dan memberi kesan pada orang lain.


Dengan Eskayvie Mindtropic, ia dapat membantu kita untuk mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena untuk memastikan minda dan badan kita dapat rehat yang secukupnya untuk lakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga dan produktif.


Bagi yang berminat nak tahu lagi mengenai Eskayvie Mindtropic, korang boleh klik link dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut.


 

Website: www.eskayvie.com 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq 

 


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.