KENA SCAM DENGAN DAI |

    Assalamualaikum semua, guys! Makin ramai makin ramai berani bersuara, jadi sebenarnya jangan risau mungkin 2 3 tahun lepas yang kena scam, yang kena tipu ni tertindas. Tapi benda busuk ni, lama-lama simpan pun at the end pun terhidu juga.

    Viral tentang kes rogol tak settle, kes kena scam barang prelove pun ada. Seriouly la ada benda lain, bukan setakat pencinta wanita tetapi juga dah macam scam macau ke apa ni. 

    Scam jadi dropship cookies pun ada, aiyoo duit halal haram pun dai ni da tak tahu beza ke macam mana, jangan sesekali gunakan agama nak tipu orang. Kalau  nak scam ke nak tipu ke, tipu je laaa tapi jangan guna kan agama. Rasa keji weh... Kita manusia memang bukan suci mana pun, tapi yang gunakan agama untuk kerja-kerja macam ni memang syaiton weh.

    

    Sesiapa yang pernah kena scam dengan dai ni, waktu ni lah korang buat report dan waktu ni pihak berkuasa akan pandang benda ni satu perkara yang sangat serius. Buat report polis sekejap je korang, 1 report korang boleh bantu mungkin seribu mangsa yang lain. 

    Kalau bukan diri sendiri nak tegakkan keadilan untuk diri sendiri, siapa lagi? Bila lagi? 

 

8 TANDA KURANG AIR DALAM BADAN |

    Assalamualaikum semua, hari ni liz nak share 8 tanda yang mungkin korang tengah hadapi. Kalau ada 8 tanda tersebut yang liz nak share ni, sila ke dapur segera dan minum air dengan banyak ya.


   

 70 peratus dalam tubuh manusia terdiri daripada air, pengurangan air dalam badan akan menyebabkan badan kita alami dehidrasi.

    1 Gangguan kulit. Kulit terasa kering sangat walaupun dah pakai moisturizer sampai 1 kilo? Masalah paling kerap terjadi ialah kenaikkan jerawat, ini tanda-tanda kesihatan kulit merundung. Jadi nak cantik, air pun kena minum banyak ya, jangan harapkan pada skin care sahaja.

    2 Kesihatan buah pinggang. Buah pinggang ni macam lalu lintas air dalam badan kita. Apa yang kita makan, semua akan melalui buah pinggang, jadi kalau makan terlalu banyak yang tak sihat plus kurang pula lagi minum air putih kesian buah pinggang nak singkirkan toksik tu. Kena kerja keras nak singkirkan daripada badan, jadi kalau minum air yang banyak dan kita kerap kencing, segala toksik dalam badan juga mudah keluar. 

    3 Lemah sendi. Ramai yang tak tahu ya, ramai yang ingat kulit je perlu kan air, tapi sendi-sendi dalam badan kita pun perlu kan air juga. Jadi kalau hari tu rasa lemau, nak bergerak pun tak berdaya. Samada hari tersebut terlalu panas, sampai korang dehidrasi jadi minum la air banyak sikit kalau cuaca-cuaca begitu. 

    4 Pedih hulu hati. Pedih hulu hati akan korang asa pahit sikit di bahagian kerongkong. Lepas tu rasa panas lepas tu sakit tekak. Penah tak kalau korang makan sesuatu yang pedas, atau yang terlalu masin dan tak minum air. Badan kekurangan cecair untuk mencairkan bahan-bahan yang menyebabkan badan dehidrasi. 

    5 Cepatkan proses penuaan. Ya TUA! Siapa takut tua? Kita tak boleh lari dari proses penuan tapi percayalah yang kita boleh melewatkan proses penuaan. Air juga penting untuk membaiki sel kulit. Sebab tu sekarang ni penapis air macam-macam tu sangat laku, semakin berkualiti air yang kita minum akan memberi banyak oksigen kepada badan. Pernah tengok air-air dekat pasaraya? Kenapa harganya berbeza-beza, pernah tengok air jenama EVIAN. Harga air ni perghhh korang rasa weh minum air ni terus cantik ke? 

    6 Kegemukan. Apa pula kaitan air dengan gemuk. Okay kalau badan rasa lesu lemau kurang tenaga korang akan rasa ohh nak kena makan ni. Tapi hakikatnya sometimes korang tak sedar badan lesu sebab kekurangan air. Liz kadang-kadang terasa lemau tak larat jadi liz ingatkan tak cukup makan. Hmm bila liz baca info ni, liz cuba amal minuma air dengan banyak dan ya tak rasa lesu. Bila cergas, kerja pun lebih fokus dan rasa makan pelik-pelik pun kurang. 

    7 Sembelit. Ya ini kerap terjadi pada budak-budak kecil yang kekurangan air. Jadi sama la juga kita yang dewasa pun. another tips untuk buat anak kecil minum air, letak sedikit perasa buah-buahan dalam minuman. Macam anak liz, liz letakkan jus tembikai dalam air putih dia buat rasa manis-manis sikit supaya minum nya pun laju. Liz sendiri pun kalau da mula minum air manis, memang susah kita nak minum air putih. Jadi buat cara mana ni antara cara yang buat liz rajin minum air. Dan letak siap-siap dalam botol air. 

    8 Alergi. Sesiapa yang dehidrasi memang mudah terkena alergi, saluran udara dalam tubuh badan kita juga akan terkesan sekiranya kurang minum air. Saluran penafasan misalnya, jadi banyakkan minum air putih untuk elakkan alergi yang tak diingini ni. 

    JOM sama-sama minum air putih banyak. Sebab tu customer liz, walaupun liz dah consult mereka dengan step-step skin cara yang betul. Liz tetap akan nasihatkan mereka untuk minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Jadi korang dah kenali jenis kulit korang macam mana? Kalau masih tak tahu jenis kulit dalam kategori apa. Korang boleh guna link di bawah untuk scan kulit sendiri secara percuma : https://s.mkbit.io/dUBZ


 KRIM TIMBANG KILO | Assalamualaikum semua

    Baru-baru ni viral kembali tentang produk timbang kilo di aplikasi Tik Tok. Dulu memang hangat sekejap isu ni tapi makin lama orang pun dah lupa. Kalau korang tanya liz, sebelum ni memang liz cuma dengar je tentang produk timbang kilo ni. Orang duk cakap produk timbang kilo, liz pun tertanya-tanya juga betul ke timbang. Macam mana timbangnya?

    Tapi selepas tengok video yang viral dekat tiktok cara hasilkan krim tu, liz ternganga sekejap. Seriuslah weh bancuh dekat rumah bancuh guna tangan, gaul-gaul cedok masuk plastik timbang-timbang lepas tu jual.

    


    Liz memang sepatah haram tak faham apa yang sis ni cakap, sepenuhnya dalam bahasa thailand. Cuma dapat tengok dia bancuh gode-gode sampai sebati gitu.


    Selain kacau-kacau dengan tangan, kadang-kadang sis ni bancuh guna mixer pun ada. Seriuslaa kan.. tapi itulah krim yang femous kut sekarang ni pakai terus putih, licin melepak kulitnya haaa


    Bila liz tengok krim tu dalam plastik macam ni, mulut liz ternganga sampai tak leh nak tutup dah.. macam WHATTTT AAAA nganga ... Korang seriuslaaaaah krim ni macam ni je.

    

Testimoni tiktok, sis ni pakai krim ni dekat tangan. Hasil terus putih gitu, haaa nak cuba tak? 



    Krim-krim yang dah siap bancuh tadi ada juga yang dah diletak siap-siap dalam bekas macam ni. Jadi hati-hati periksa dulu krim korang ada warna macam ni? Liz tahu semua perempuan nak cantik, liz pun nak cantik, takda seorang pun la orang perempuan tak suka cantik. Pilih lah skin care yang selamat, at the end of the day diri sendiri yang buat pilihan.

RESEPI CORNDOG FROZEN YANG MUDAH | Assalamualaikum korang 

    Hari ni liz nak share dengan korang resepi corndog frozen yang pernah liz buat dan jual semasa pkp. Liz kongsi dekat dalam blog ni semoga ada yang tengah hustle dengan sumber kewangan boleh cuba resepi yang liz nak share ni. 

PINJAM GAMBAR ANAK SAUDARA BUAT POSTER

    Untuk pengetahuan semua, liz pernah jual corndog frozen ni sehingga ke Pahang ya, bukan sahaja di area selangor. Harga dan saiz juga memainkan peranan untuk tarik pelanggan beli. Mana tidaknya, kalau korang perasan, dah ramai juga yang jual corndog frozen ni betul tak? Tapi nasihat liz pada korang semua, kena percaya pada rezeki masing-masing. Setiap produk tu tetap akan ada nilai rasa nya tersendiri.

BAHAN-BAHAN CORNDOG:

1. MOZARELLA CHEESE (NAK MURAH KENE BELI DKT PASAR BORONG)

2. SOSEJ

3. LIDI (GUNA LIDI HALF)

4. TEPUNG GANDUM (2 CAWAN)

5. SERBUK PENAIK MOREPAN 

(2 SUDU, BANCUH BAGI NAIK DULU & gula sikit dlm yeas t bancuhan ni)

CARA-CARANYA:

    Mula-mula masukkan tepung 2 cawan dalam mangkuk, kemudian masukkan air yeast yang dah kembang tu ke dalam tepung secara perlahan-lahan. Jangan bancuh lembik sangat tau, kalau korang tengok dekat youtube tu banyak yang buat bancuhan lembik jadi bila korang goreng kadang tu akan mudah bocor dan masuk minyak. Jadi okay je kalau korang buat pekat sikit, lagi-lagi buat frozen sebab nak simpan dalam freezer kan. 

    Sosej dengan cheese tu potong ikut saiz korang suka, liz suka guna lidi pendek tu sebab makan tak jemu tau. Dan rasa just nice tak muak boleh makan berkali-kali. 

    Masa liz jual tu RM1 secucuk tau, min order RM10 1pack. Jadi kalau korang rasa nak try business corndog frozen ni liz rasa sangat lah sesuai sebab mudah nak buat cuma letih nak uli. 

    Liz pernah demam ya haha sebab order banyak sangat masuk, sampai demam. Jadi liz kongsi resepi dekat sini supaya dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari peluang untuk berniaga. Liz dapat order siang malam pagi petang tak henti ya, jadi liz doakan semua orang dicurah dan dilimpahkan rezeki juga. Amin, amin, amin. 

Gambar tepung liz tak jumpa pula dekat mana, tapi doh tepung liz tu ingat tau dia macam donut sikit yang boleh diuli untuk balut corndog ni. Sekarang ni liz dah tak buat ya, liz buat ni dulu sebab nak makan sendiri tapi tak sangka kawan-kawan pula ramai beli.