KRIM TIMBANG KILO

26 Nov 2020

 KRIM TIMBANG KILO | Assalamualaikum semua

    Baru-baru ni viral kembali tentang produk timbang kilo di aplikasi Tik Tok. Dulu memang hangat sekejap isu ni tapi makin lama orang pun dah lupa. Kalau korang tanya liz, sebelum ni memang liz cuma dengar je tentang produk timbang kilo ni. Orang duk cakap produk timbang kilo, liz pun tertanya-tanya juga betul ke timbang. Macam mana timbangnya?

    Tapi selepas tengok video yang viral dekat tiktok cara hasilkan krim tu, liz ternganga sekejap. Seriuslah weh bancuh dekat rumah bancuh guna tangan, gaul-gaul cedok masuk plastik timbang-timbang lepas tu jual.

    


    Liz memang sepatah haram tak faham apa yang sis ni cakap, sepenuhnya dalam bahasa thailand. Cuma dapat tengok dia bancuh gode-gode sampai sebati gitu.


    Selain kacau-kacau dengan tangan, kadang-kadang sis ni bancuh guna mixer pun ada. Seriuslaa kan.. tapi itulah krim yang femous kut sekarang ni pakai terus putih, licin melepak kulitnya haaa


    Bila liz tengok krim tu dalam plastik macam ni, mulut liz ternganga sampai tak leh nak tutup dah.. macam WHATTTT AAAA nganga ... Korang seriuslaaaaah krim ni macam ni je.

    

Testimoni tiktok, sis ni pakai krim ni dekat tangan. Hasil terus putih gitu, haaa nak cuba tak? 



    Krim-krim yang dah siap bancuh tadi ada juga yang dah diletak siap-siap dalam bekas macam ni. Jadi hati-hati periksa dulu krim korang ada warna macam ni? Liz tahu semua perempuan nak cantik, liz pun nak cantik, takda seorang pun la orang perempuan tak suka cantik. Pilih lah skin care yang selamat, at the end of the day diri sendiri yang buat pilihan.

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.