8 TANDA KURANG AIR DALAM BADAN

28 Nov 2020

 

8 TANDA KURANG AIR DALAM BADAN |

    Assalamualaikum semua, hari ni liz nak share 8 tanda yang mungkin korang tengah hadapi. Kalau ada 8 tanda tersebut yang liz nak share ni, sila ke dapur segera dan minum air dengan banyak ya.


   

 70 peratus dalam tubuh manusia terdiri daripada air, pengurangan air dalam badan akan menyebabkan badan kita alami dehidrasi.

    1 Gangguan kulit. Kulit terasa kering sangat walaupun dah pakai moisturizer sampai 1 kilo? Masalah paling kerap terjadi ialah kenaikkan jerawat, ini tanda-tanda kesihatan kulit merundung. Jadi nak cantik, air pun kena minum banyak ya, jangan harapkan pada skin care sahaja.

    2 Kesihatan buah pinggang. Buah pinggang ni macam lalu lintas air dalam badan kita. Apa yang kita makan, semua akan melalui buah pinggang, jadi kalau makan terlalu banyak yang tak sihat plus kurang pula lagi minum air putih kesian buah pinggang nak singkirkan toksik tu. Kena kerja keras nak singkirkan daripada badan, jadi kalau minum air yang banyak dan kita kerap kencing, segala toksik dalam badan juga mudah keluar. 

    3 Lemah sendi. Ramai yang tak tahu ya, ramai yang ingat kulit je perlu kan air, tapi sendi-sendi dalam badan kita pun perlu kan air juga. Jadi kalau hari tu rasa lemau, nak bergerak pun tak berdaya. Samada hari tersebut terlalu panas, sampai korang dehidrasi jadi minum la air banyak sikit kalau cuaca-cuaca begitu. 

    4 Pedih hulu hati. Pedih hulu hati akan korang asa pahit sikit di bahagian kerongkong. Lepas tu rasa panas lepas tu sakit tekak. Penah tak kalau korang makan sesuatu yang pedas, atau yang terlalu masin dan tak minum air. Badan kekurangan cecair untuk mencairkan bahan-bahan yang menyebabkan badan dehidrasi. 

    5 Cepatkan proses penuaan. Ya TUA! Siapa takut tua? Kita tak boleh lari dari proses penuan tapi percayalah yang kita boleh melewatkan proses penuaan. Air juga penting untuk membaiki sel kulit. Sebab tu sekarang ni penapis air macam-macam tu sangat laku, semakin berkualiti air yang kita minum akan memberi banyak oksigen kepada badan. Pernah tengok air-air dekat pasaraya? Kenapa harganya berbeza-beza, pernah tengok air jenama EVIAN. Harga air ni perghhh korang rasa weh minum air ni terus cantik ke? 

    6 Kegemukan. Apa pula kaitan air dengan gemuk. Okay kalau badan rasa lesu lemau kurang tenaga korang akan rasa ohh nak kena makan ni. Tapi hakikatnya sometimes korang tak sedar badan lesu sebab kekurangan air. Liz kadang-kadang terasa lemau tak larat jadi liz ingatkan tak cukup makan. Hmm bila liz baca info ni, liz cuba amal minuma air dengan banyak dan ya tak rasa lesu. Bila cergas, kerja pun lebih fokus dan rasa makan pelik-pelik pun kurang. 

    7 Sembelit. Ya ini kerap terjadi pada budak-budak kecil yang kekurangan air. Jadi sama la juga kita yang dewasa pun. another tips untuk buat anak kecil minum air, letak sedikit perasa buah-buahan dalam minuman. Macam anak liz, liz letakkan jus tembikai dalam air putih dia buat rasa manis-manis sikit supaya minum nya pun laju. Liz sendiri pun kalau da mula minum air manis, memang susah kita nak minum air putih. Jadi buat cara mana ni antara cara yang buat liz rajin minum air. Dan letak siap-siap dalam botol air. 

    8 Alergi. Sesiapa yang dehidrasi memang mudah terkena alergi, saluran udara dalam tubuh badan kita juga akan terkesan sekiranya kurang minum air. Saluran penafasan misalnya, jadi banyakkan minum air putih untuk elakkan alergi yang tak diingini ni. 

    JOM sama-sama minum air putih banyak. Sebab tu customer liz, walaupun liz dah consult mereka dengan step-step skin cara yang betul. Liz tetap akan nasihatkan mereka untuk minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Jadi korang dah kenali jenis kulit korang macam mana? Kalau masih tak tahu jenis kulit dalam kategori apa. Korang boleh guna link di bawah untuk scan kulit sendiri secara percuma : https://s.mkbit.io/dUBZ


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.