CARA MEMOHON TRANSKRIP DAN SIJIL DI UITM 2019

CARA MEMOHON TRANSKRIP DAN SIJIL DI UITM 2019 | 

Assalamualaikum semua!
Sebenarnya tak guna cerita panjang sangat sebab korang yang search ni cari yang utama je betul tak?



Liz dah settle! Korang bila lagi?


Proses nya senang je, cuma masa you alls tu ada ke tidak untuk buat proses ni.
Liz start dari pukul 11 pagi dan selesai pukul 3 petang. Sempat lunch juga la dulu. Not bad la kan.


Boleh apply online / di kaunter :

1. Apply online, korang boleh ke website ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/hubungi-kami.html


Bila muncul gambar di atas anda boleh click seperti di atas untuk permohonan transkrip rasmi dalam talian TETAPI untuk pemohonan scroll / sijil diploma / sijil ijazah korang kena ambil borang di kaunter konvokesyen di Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).

Jadi kalau untuk mohon transkrip liz rasa takda masalah sebab melalui online pun boleh dan diaorang boleh pos kan untuk korang. Sebab ada 2 pilihan, self collect atau by pos. Cuma sijil je memang wajib self collect tau.

Untuk mereka yang jauh dari Selangor tu, boleh je minta wakil untuk ambil kan borang dan isi bahagian yang perlu. Sebab borang tu depan kaunter je, boleh tanya abang atau kakak dekat kaunter tu. Borang dia warna kuning, macam dekat bawah ni. 


Dah siap isi semua borang ni, boleh buat bayaran dekat Hal Ehwal Kewangan Pelajar / boleh minta pegawai generate bil ni melalui phone call je. UiTM memang bagi kemudahan habis baik dah. Sebab tu sesuai la sangat dengan slogan UiTM di hatiku ni. 

Memandangkan liz datang waktu pelajar cuti sem, jadi memang tak sibuk dan abang kaunter tu bagi penerangan semacam details habis. A - Z la senang cite. Liz doakan abang kaunter terus kan dengan sikap macam tu ye. Happy ex student nak datang UiTM selalu. 

Selesai isi borang, liz terus ke Bangunan Hal Ehwal Kewangan Pelajar untuk generate bil. Dekat kaunter ni pun, liz berbual lama juga, berbual pasal masa depan pun sempat, pakcik kaunter ni siap bagi semangat lagi untuk liz sambung belajar memandangka result cemerlang ni, huhuk katanya dia tau. Bukan liz yang kata. Well grad kelas pertama, should bangga la kan. 

Selesai je dekat kaunter Hal Ehwal Kewangan Pelajar ni, liz dapat contoh cara nak buat bayaran pula. Memang rezeki liz betul hari ni, semua yang liz jumpa bagi tunjuk ajar yang padu!

Atas ni contoh yang pakcik tu bagi, baik kan pakcik tu. Liz doakan pakcik panjang umur tau.

Okay macam ni, bila da dapat nombor bil. Kita kena buat bayaran dekat Kaunter Bank Islam atau kalau ada akaun Bank Islam korang boleh terus transfer tetapi kalau takda akaun Bank Islam, pakcik kaunter tadi nasihat kan liz lebih baik ke kaunter Bank Islam untuk elakkan komplikasi bayaran. 

Dalam UiTM pula ada Bank Islam, jadi tak payah risau, terus je ke buat bayaran. RM 100 tolong disediakan ya untuk scroll dan RM 10 untuk transkrip tu. Buat 2 resit siap-siap isi seperti dibawah ni. Tunggu giliran dan yaaaa buatlah bayaran. 

Selesai buat bayaran, seterusnya kita kena buat akuan sumpah! Okay part akuan sumpah ni wajib pemohon yang buat sendiri. Kena tunjuk IC dan sign dekat pengecop akuan sumpah tu nanti. RM4 je untuk cop akuan sumpah tu. Liz buat dekat Komplek PKNS, tingkat 3. Dekat situ ada 2 firm yang sediakan hikmat Suruhanjaya Akuan Sumpah. Liz pergi ke Persuruhjaya Sumpah Haji Ariffin Mohd Ramli. Lunch time tutup tau 1PM - 210PM. Sila makan dibawah dahulu kalau korang sampai PKNS waktu lunch hour.

Selesai dapat cop akuan sumpah pada borang ni, kita dah boleh hantar semula ke kaunter tempat kita ambil borang tu. Kaunter konvokesyen tingkat 2 Menara SAAS tadi tu. 

Atau .... sesiapa yang berkejaran untuk balik ofis. Boleh je email salinan IC, Borang Kuning (permohonan scroll) dan bukti resit bayaran ke email norzuwainah@salam.uitm.edu.my & call di talian 603-5544 3116 bila da siap email nanti. 

Tunggu dalam 5 hari, insyAllah siap lah tu nanti. Abang kaunter yang bagi liz borang kuning tu pesan, sebelum datang call dulu tanya dah siap ke belum. Dah siap baru datang ...

So itu je step nya. Hope membantu korang semua.
Liz terpaksa buat ni semula sebab sijil liz terbakar akibat kebakaran rumah 2 tahun lepas. Semoga perjalan hidup akan datang lebih dipermudahkan, Amin3.

Kesimpulan step seperti di bawah:

1. Mohon transkrip online
2. Mohon scroll, ambil borang kuning di kaunter
3. Generate bill di kaunter hal ehwal pelajar / mohon generate by call
4. Buat bayaran di kaunter Bank Islam / Bank Islam online
5. Buat akuan sumpah dan cop di borang kuning
6. Hantar borang kuning, ic dan resit di kaunter / melalui email

Liz harap membantu dan memberi sedikit gambaran pada korang yang tengah usaha untuk memohon tu.


8 comments:

  1. Hai liz. Liz memang belajar uitm shah alam ke ? Kalau mcm kes saya, saya tak tuntut lagi skrol and lain lain sbb tak pergi konvo. Belajar pulak uitm kelantan. Boleh ke tuntut di uitm shah alam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tyraa, liz belajar dekat Uitm Jengka Pahang dulu. Jadi nak tuntut skroll boleh ke ibu pejabat nya. Kalau Tyraa rasa ragu2, boleh cuba call dulu utk pengesahan. Team uitm sgt2 frendly ...

      Delete
  2. salam liz, kalau saya nak mohon transkrip je , kene isi borang ape ye and mcm mane dia punya cara nak mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau transkrip kena isi borang kuning tu, tp melalui online pun boleh

      Delete
  3. Nak mohon Surat pengesahan tamat pengajian saja mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni liz xsure, kena call HEP untk tanya proses dia

      Delete
  4. Salam liz,untuk tuntut sijil dilpoma dan transkrip rasmi di kaunter konvokesyen tu sehari boleh siap ke semua?kira sekali dapat dua2 tu dalam hari sama sebab nak pakai urgent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sehari blh dpt transkrip result je, kalau utk scroll tu yg kena tunggu hari lain dpt pickup ..

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.