MAJLIS PERNIKAHAN LIYLIZ & MALAN |  Assalamualaikum beautiful people, wish you all Happy Chines New Year!

Cuti raya cina ni memang liz dan suami tak kemana, eah dengan suami. Sebelum asyik tersasul duk sebut dengan Boyfren. Sebelum liz terima malan untuk kenal lebih dekat, untuk hubungan yang lebih serius, liz buat solat istikarah lebih kurang seminggu. Ramai kawan liz, takut buat solat istikarah sebab takut kalau jawapan tu bukan dengan pasangan mereka. Kenapa korang perlu takut, yang tahu sebaiknya untuk kita kan ialah pencipta kita iaitu Dia. Jadi selepas seminggu buat solat istikarah, liz terima untuk kenal lebih rapat, kira dah mula nak bercinta la tu. Percaya kata hati. 




Majlis pernikahan yang berlangsung pada 24 Dec 2016 selepas waktu solat Asar di rumah ayah ngah Taman Emas.

Beberapa jam sebelum rumah liz terbakar, ayah ngah ada bertanya sekali lagi pada liz betul ke liz nak buat akad nikah tu dekat rumah nenek. Liz memang yakin, nak juga buat dekat situ sebab rumah tu ialah tempat liz membesar, tempat liz lalui kehidupan susah senang dan tempat di mana banyak kisah sedih dilalui dan liz harap liz akan keluar dari rumah tu dengan status sebagai isteri dan melihat semua orang gembira masa majlis tu nanti. Harapan liz semoga ianya digantikan dengan banyak memori bahagia dan gembira. Dan semoga segala kisah duka yang terlalu lama dipendam digantikan dengan kisah bahagia yang baru. 




Tapi Allah Maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hambaNya. Bila sekelip mata liz kehilangan sebuah rumah yang banyak memori zaman kanak-kanak sehingga remaja dan meningkat dewasa. Allah lenyap kan nya sekelip mata dalam 1 malam. Sepanjang kejadian, liz tak pernah menangis depan mak sebab liz tahu mak susah nak terima keadaan yang tiba-tiba ni. Setiap kali selepas subuh mesti mak menangis, malam-malam kadang-kadang mak mengigau. Liz tahu yang liz kena kuat depan mereka, dan masa ketika tu, kekuatan liz ialah Malan. Setiap malam, liz akan terjaga setiap jam 2 pagi. Jadi masa majlis ni, badan liz memang dah susut sangat, dahlah asalnya memang liz underweight. Bertambah-tambah kering nya. Takpe yang penting sihat.

Dan liz tak suka orang lihat liz seorang yang lemah, mudah terpengaruh dengan emosi. Dari kecil liz dah latih diri untuk berdikari dan berusaha, sebab liz percaya nasib seseorang itu hanya boleh berubah dengan usaha sendiri. Liz taknak orang tahu liz susah, liz tak nak orang tengok liz ada kehidupan yang sedih. Tapi hakikatnya ada ketika liz memang tak mampu nak sorok. 

Bila ada yang bertanya, liz tak trauma pun kan. Keluar dari rumah dengan keadaan melecur, dengan menghintung hari je nak nikah. Nak itu ini persiapan semua, liz tak sempat nak trauma. Liz cuma tak boleh duduk seorang diri, liz tak boleh kalau drive sorang-sorang sebab bila waktu sorang-sorang tu kesedihan tu pasti datang. Dan liz tahu liz kuat untuk hadapi dugaan ni.

Bila dengan kawan-kawan yang rapat dengan liz, liz tak boleh cerita pasal rumah. Sebak sangat rasa! Walaupun rumah tu kayu 100% tapi rumah tu tempat gather dengan kawan-kawan sekolah setiap tahun. Rumah tu tempat saudara mara, sepupu sepapat semua balik beraya. Setiap inci dalam rumah tu, setiap sudut, setiap perabot yang ada dalamnya semua sangat bernilai buat liz.

Sorry! I should tell you guys more about my wedding story bukan cerita sedih. fUhhh!




Dulang hantaran gubahan untuk Mas Kahwin dan cincin kedua belah pihak. 

Liz gubahkan, masa cari bunga ni pun kaki liz jalan tempang lagi, berherot lagi. Kadang-kadang rasa pedih dekat bawah tapak kaki. Design ni pula Malan yang request.

Sebenarnya liz sedih bila tengok hantaran, banyak perkara kami lakukan bersama-sama, tapi liz tahu Allah nak uji kami supaya lebih kuat untuk hadapi dugaan yang diberikan. Hantaran kedua belah pihak lebur dalam kebakaran, bila ingat semula sebelum ni Malan ada bagitahu untuk upah orang gubahkan. Tapi liz yang berkeras nak gubah sendiri dan gubahkan untuk pihaknya sekali, dan bila dah siap, hantaran tu lebur pun bersama-sama. 


Bersyukur yang liz masih diberi peluang untuk menjadi isteri kepada Malan.

Yay my first diamond ring, ada juga yang kata membazir beli mas putih dan diamond. Nanti dah pakai no value, tu lah korang tak tahu value tu specific untuk orang yang pakainya sahaja. Nanti jual tak laku, bila korang ada niat macam tu, meaning korang ada niat ke nak jual cincin kahwin korang? 

Tak baiklah korang ni.



Taniah suami, hanya sekali lafaz sahaja. 
Terima lah hadiah pertama dari isteri mu ini.

Terima kasih banyak selesaikan segala kesulitan urusan untuk kita bernikah, masa liz tak sihat lagi, Malan banyak korbankan masa dia untuk ke makhamah angkat sumpah, uruskan banyak dokumen yang dah terbakar. Sedangkan liz sendiri rasa dah hampir give up. Tapi Malan masih lagi kuat semangat dia, mana nak uruskan project yang dia handle lagi. Sampaikan ada meeting yang dia tak dapat pergi sebab ambil cuti beberapa hari teman liz dekat Lipis. 


 Yay dah kahwin.Tengah fikir apa tu cik abe. 

Kain songket ni liz beli di Gulatis, lebih murah berbanding di kedai lain. Dan tukang jahit songket liz pula di Temerloh, liz tahu nak cari tukang jahit songket memang susah, sebab liz sendiri masa survey di KL jahit sahaja RM400 untuk baju perempuan, jadi kebetulan liz jumpa tukang jahit di Temerloh yang sangat cantik hasilnya. Jadi liz harap semoga bakal pengantin yang sedang mencari tukang jahit songket area Temerloh / Pahang boleh tempah dengan kak siti. Bukan paid review, liz review ikhlas sebab tahu susah nak cari tukang jahit songket yang terima tempahan jahitan murah. Semoga detail liz kongsikan dapat membantu. Kain sampin Malan pula mestilah kena match dengan songket liz. Baru la geng, tambahan songket sikit dekat leher Malan. Memang nak custom made macam ni, dan ramai juga la cakap liz punya baju macam nak buat sanding. Sebab liz nak simpan kain songket, tahan lama dan boleh diwarisi hehe ~ berbanding kain lain. Why songket? Songket kan nilai yang tak lapuk dek zaman. Tapi apa-apa pun majlis korang, buat apa korang suka jangan fikir apa orang kata.

Siapa yang suka makeup natural macam liz ni, boleh la helo-helo Mag Fong. Detail dekat bawah tu nanti tau.

Terima kasih kepada semua yang datang masa majlis ni. Bridesmaid liz yang baik hati, dengar cakap pengantin, tolong pengantin itu ini. Memandangkan liz takda adik beradik, jadi kawan-kawan ni yang jenis no hard feeling, bukan kaki selfie, bukan kaki self-fish. Dan sangat hard working pastikan semua perfect! Kuat mengomen juga dorang ni, apa yang okay dan apa yang tak okay.

Tahu lah aza tak sama batch 92, pattern kain dengan warna shawl pun lain dari bridesmaid lain. Haha ~ Nak promote sikit, single lagi tu, siapa minat boleh komen dekat bawah. 

Syukur alhamdullilah, majlis sederhana tapi meriah. 
Tapi kepenatan tu masih belum terasa sehingga ke malam persalinan.
Next cerita majlis malam persalinan pula okay.

Photographer : Takeo Eicharie (FB) Ayie Photographer 
Pelamin : Rona Sari Bunga Pengantin (FB)
Makeup : Mag Fong (FB)
Taylor Nikah liz : CT Sutera Collection, Siti Asraf Hj Arshad (FB)






MAJLIS MALAM BERINAI TEMA BAJU OPAH | Assalamualaikum semua. Masanya untuk becerita perihal malam berinai.

Bermulanya malam berinai pada Jumaat lepas 23 Nov 2016 bertempat di rumah Ayah Ngah di Taman Emas, syukur alhamdullilah meriah dan sama macam yang liz impikan. Liz nak berinai sambil lepak dengan kawan-kawan sambil buli dorang buat door gift dan juga goodies bag. Masa ni la nak gosip semua pun, jeng-jeng.

Package pelamin liz tempah dengan Rona Sari Butik Pengantin Raub, ramai sangat puji pelamin nikah liz cantik. Seriously, sebiji macam yang liz nak Kak Naima buatkan. Harga juga berpatutan, liz dah booked Kak Naima ni lebih kurang 6 bulan awal tau. Alhamdullilah untuk bahagian pelamin, baju pernikahan, sanding dan bertandang tidak terjejas sebab semuanya masih di bridal. Jadi liz teruskan dengan package yang asal cuma lokasi berubah. 



Mula berinai selepas solat magrib, selesai makeup semua dalam pukul 8.15 malam.


Bertemakan malam berinai baju opah atau baju kurung kedah, semua orang wajib kena pakai baju opah dan berkain batik! Memang lucu lah tengok kawan-kawan liz datang berkain batik. Jalan kepit masing-masing hahah ~ Tapi memang masing-masing dalam nya ada pakai seluar tide panjang la. Mahu terlucut nanti! 

Liz booking Henna dengan Maieza Mohd Yatim (FB) atau di @maieza_pengukir_inai (Instagram). Khususnya buat korang di area Kuala Lipis, Raub & Bentong masih mencari pelukis Henna boleh Hello-hello adik Maieza ni. Lukisan terbaik! 



Cantik tak? Siap berinai dekat pukul 1AM tau. Sambil tunggu kering ni, tengok kawan-kawan lain berinai sama. By the way, dekat hidung tu bukan merah sebab inai tau, itu cahaya inai je tau bukan mental lagi nak pakai inai kat hidung haha. 

Bayangkan Maieza mula kan henna liz pada pukul 8 malam, liz pun tak sempat makan sebab terlalu excited nak pakai Henna tau. Untuk kawan-kawan liz pula, setiap 1 tangan kosnya ialah RM5 - RM10 mengikut corak. Tabung Henna ni dah lama juga liz kumpul tau, kalau korang ada berniat untuk buat malam berinai ni, liz sarankan pegantin yang sponsor pada kawan-kawan untuk berhenna ni. Dulu liz ada juga fikir-fikir yang liz rasa liz nak buat sorang je la tak perlu kawan-kawan tapi rasa sunyi pula kalau takda kawan-kawan teman. Jadi liz pun text beberapa kawan liz yang datang jenguk masa liz sakit hari tu dengan cara belanja mereka berhenna. 



Jom mula. 
Liz pilih design ni sebab liz suka ala-ala dream catcher design
Cuma tak letak bulu ayam je, sebab segan pula esok salam tangan dengan mak mertua nampak tangan menantu dia ada bulu ayam. 
Hahaha ~ the crazy part of me yang kena sorok sikit. 



Bila dah siap lukisan henna di bahagian atas tangan kita akan buat henna di bahagian tapak tangan pula. Sambil tu yang lain-lain boleh tengok katelog pilih nak design mana 1. 


Dah siap bahagian tapak tangan, kita kena main celup-celup pula. Tips liz untuk mereka yang nak jimat kos, apakata korang beli yang inai celup ni, boleh kongsi pakai ramai-ramai. Boleh beli dekat Instagram kan banyak jual sekarang ni dah boleh jimat disitu. 

Memang lah seronok tau berhenna ni sambil gosip-gosip, hakikatnya penat tau nak tunggu benda ni kering. Kalau buat sorang-sorang memang boleh stress jenuh nunggu. 



The best part, bila dapat mingle around macam ni ramai-ramai. Memang penat tapi siapa yang biasa join gotong royong tolong pengantin & korang akan rasa bernilai sangat saat macam ni. Yang hujung tu kuat ngat gosip sampai kene cubit dengan kaklong suruh tangan bergerak buat kerja haha ~




Tiba masanya buat di kaki pula. 



Rasa macam princess sangat!


Terima kasih kepada siapa yang bagi liz hadiah kain batik warna pink ni, liz tak tahu siapa gerangannya tapi masa liz buka balutan surat khabar tu liz happy sangat ada kain batik warna pink ni. 

Masa ni semua kawan-kawan dah siap berhenna, tiba-tiba baru perasan bahagian belakang kaki liz tak siap lagi. Dengan sepantas kilat liz angkat kaki macam tu supaya memudahkan tukan buat henna ni selesai kan cepat. 

Ingatkan semua pengantin nak buat henna kena macam ni, rupanya Maeiza kata, Kak Liz yang pertama angkat kaki macam ni. Hahaha ~ Seksa weh buat henna jadi pengantin ni. Selalunya Maieza akan ke belakang kaki pengantin, haha tak perlu sampai angkat kaki. Tapi masa ni buntut liz dah berat giler, malas dah weh nak bangun. Hayung kaki ke atas saja lah!



Kawan sekolah yang turut hadir masa malam berinai. Syikin, Jiey dan Tasha. Terima kasih datang teman tau berinai malam-malam buta ni, kesian korang esok nak kerja kena berjaga lewat. 




Thank you Jiey & Tasha tolong ambilkan gambar banyak. Tapi cahaya terlalu kuat dekat rumah. Haha ~ sorry korang. 


Sambil berhenna ni, liz tempah satey dan nasi impit dengan kawan sekolah liz sendiri, dia ada buat business Satey Kuala Lipis jadi takda tetamu kering gusi tak makan tak minum sambil buat kerja dan bergosip. 











Thank you Kaklong, ME, Ngah & Nad 
sebab datang dan selalu update dengan liz di wasap. 


We all done!
Tangan liz yang masih ada kesan melecur. 
Selamba je la buat henna tapi tak kacau kawasan luka tu sebab takut alergik dengan bahan henna. 

Visit instagram mereka: 

Makeup : @suriatizaimi
Henna : @maieza_pengukir_inai
Pelamin : @ronapengantinbungasari
Tempahan Satey Kuala Lipis : 019962 0537 


MAKE UP PENGANTIN KUALA LIPIS | MALAM BERINAI 
Assalamualaikum dan selamat tahun baru. Alhamdullilah dugaan demi dugaan untuk liz lalui di tahun 2016 berjaya ditempuhi dengan tenang dan semangat yang kuat dari ramai pihak. 

Walaupun rasa berat sangat dan mungkin putus asa untuk teruskan majlis perkahwinan di sebabkan dugaan yang ada di sekeliling. Syukur Malan banyak bagi semangat dan pulihkan semangat liz. Okay tak nak cerita sangat benda yang sedih jadi meh hari ni liz kongsikan dengan korang semua pasal makeup malam berinai


Cantik tak? 
A very natural look! No eye lashes tau. 
Warna sweet-sweet sesuai untuk makeup anak dara. 
Hehe ~ malam berinai kan.


Antara barang-barang yang Kak Sue gunakan, bukan sebarangan jenama tau. 

Nama diberi Suriati. Status wife orang okay, korang jangan nak menggatal, eah ada pembaca lelaki ke dekat sini? Kepada yang sedang mencari MUA untuk hari bahagia korang boleh la cuba cari Kak Sue ni, untuk pengetahuan semua, Kak Sue ni student Alha tu, la MUA retis yang femes tu. Harga pun murah dengan Kak Sue ni, tapi liz dapat free makeup hehehe. Sebab Kak Sue ni, kakak angkat liz dari liz zaman sekolah lagi. Sangat-sangat baik orang nya, sebab tu mak liz suka puji kak sue dari puji anak dia sendiri. Hoho ~


Tak leh buat pe, walaupun liz dah di makeup cantik macam tu tetap tak boleh kalahkan kecantikkan Kak Sue. Siapa yang berminat untuk hire Kakak angkat liz ni makeup korang, silaaaa cari beliau di Instagram @suriatizaimi untuk lihat hasil-hasil sentuhan Kak Sue yang lain. 

Kawasan yang Kak Sue selalu cover setakat ni ialah Kuala Lipis, Raub, Bentong, Padang Tengku dan daerah-daerah yang berdekatan. Boleh hubungi 014-2348088 boleh wasap dan call. Kalau liz rekemen beriya pun tak guna, korang boleh menilai sendiri dengan mata korang cantik tak liz? Hehehe ~ liz pun suka sangat makeup natural sweet ni. 

Terima kasih Kak Sue, bagi hadiah sentuhan makeup pada hari bahagia liz. Bukan semata hadiah yang diberikan ni, tapi sebenarnya liz sangat-sangat bersyukur sebab Kak Sue datang melawat liz selepas incident kebakaran dan selalu wasap liz tanya khabar dan persiapan perkahwinan liz. 

Last word!
Korang tak jumpa lagi MUA untuk area di Pahang tu, sila la book Kak Sue cepat tau! 


Call / Wasap : 014-2348088