BELI THERMOMETER MACAM DEKAT KLINIK | Assalamualaikum semua 💓

Tak dinafikan untuk anak yang pertama ni banyak yang kebanyakkan parents akan berhabis setakat yang termampu dia boleh bagi pada anak-anak dia. 

Termasuklah beli thermometer, thermometer ni liz dah guna 2 tahun sejak Amuzz berusia 5 bulan, since dia start demam liz memang beli thermometer dekat rumah. Ramai juga parents yang lupa untuk sediakan thermometer ni sebenarnya, kalau jenis pandai jamah badan anak dedar ke tidak, demam ke tidak tu rasanya okay la kut untuk tak payah ada thermometer ni. 

Macam liz pula tak mahu la ambil risiko sebab bukan mahir sangat pun baca suhu kepanasan di skala apa. Kalau you alls pergi farmasi ada macam-macam jenis thermometer yang korang boleh beli.

Untuk honest review liz sendiri, thermometer yang liz guna ni suhu nya memang sama bacaan dekat rumah dan dekat klinik. Kadang-kadang ada yang terjadi bacaan ni lari sikit, rumah cakap demam tapi bila sampai klinik elok je suhu nya. 


RM274, mahal laaaaah juga weh terbeli yang brand ni. Tapi dekat klinik yang liz pergi setakat ni banyak liz jumpa guna thermometer yang hijau ni. Senang 1 hal sebab guna infra light ni, tak payah susah nak masuk yang bawah lidah atau test dekat telinga tu. 


Kalau nak cakap pasal berapa kali Amuzz buat jatuh, dah tak terkira. Tapi jatuh dalam keadaan yang dalam casing. Casing dia tebal dan kemas giler, bukan senang untuk seketul budak nak bukak dan main. Jadi keselamatan terjamin untuk thermometer ni. Thermometer ni pula ada warranty setahun. 

Banyak lagi brand lain tau, tapi kalau korang tanya liz untuk brand Medisana ni memang liz sangat happy sepanjang pakai ni tak pernah lagi buat hal.





CARA PILIH SERUM MUKA | Assalamualaikum semua 

Macam mana nak pilih serum yang sesuai? Bercakap pasal serum sekarang ni, merata-rata orang duk cerita pasal cerum... Allah cerum pulak! Serummmm bukan cerum tau. 

Liz ada baca beberapa atikel dekat google mengenai serum, sejauh mana korang percaya pasal serum ni dekat info google? Liz pun jenis yang suka google juga, banyak info liz suka baca dekat google, dari zaman kulit berjerawat teruk lagi, macam-macam petua dan tip kulit jerawat liz baca dekat google. You guys can try and error till you guys jumpa yang serasi.

Apa liz start buat ialah liz kongsi kan pengalaman liz sendiri dekat medan blog, liz dapat banyak pertukaran pengalaman sesama mereka yang ada masalah sama dengan liz. 


Berbalik pada cara pemilihan serum, bahasa mudah nya takda orang yang pakai serum ni nak tahu sangat apa ke benda serum ni. Ramai orang perempuan ni tahu, pakai apa lagi ya boleh jadi cantik betul tak? Orang cakap pasal pakai serum, hambiikkkk pergi pakai serum. 

Korang tahu tak serum ni apa sebenarnya? Dan bila masa sesuai untuk pakai serum? Ada blog yang liz baca kalau kulit berjerawat kena pakai serum yang ada vitamin C, seriously weh? Liz rasa makin subur jerawat tu tumbuh nanti. Anyone boleh share tak pengalaman korang yang pakai serum boleh jadi best? Mungkin boleh share dekat ruang komen serum apa yang korang akan suggest pada orang lain untuk pakai serum?

Pada liz, untuk yang kulit masih ada jerawat, tona kulit tak sekata atau baru nak jinak-jinak dengan skin care. Apa yang korang perlu buat ialah kukuhkan dahulu 5 basic skin care korang. 

5 Basic skin care:

1. Cleanser
2. Masker
3. Toner/Freshner
4. Moisturizer
5. Sunscreen / etc 

Kukuh kan dahulu 5 perkara dekat atas ni, InsyAllah lepas tu korang nak taruk serum mak nenek ke, serum mak atuk ke letak la. Segala supplement kulit yang lain korang nak letak dan tepek pun letak lah yek. 

Untuk serum sebenarnya bagus sangat untuk kulit yang dah ready untuk pakainya. Serum ni bukan tak bagus tapi terlalu bagus, untuk cerahkan kulit, enhance kan lagi beauty kulit. Orang yang pakai serum ni masalah kulit kusam tu memang tak akan ada lah senang cite. Kulit dorang akan jernih dan cantik je. 

Serum ada pelbagai jenis, kulit berjerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kulit normal tak lupa juga buat kulit yang dah berkedut. Setiap dari serum ni ada ciri-ciri yang berbeza, kita tak boleh pukul habis 1 serum sesuai untuk semua jenis kulit. Liz sangat tak setuju dengan stigma yang usahawan sekarang ni guna kan 1 serum untuk semua masalah. Liz tak percaya, sebab liz sendiri orang yang phobia dengan segala tipu helah orang jual yang hanya nak untung.

Bila part yang nak selitkan serum? 
Serum boleh dipakai selepas pakai toner. Cleanser > Toner/Freshner > Serum. Serum ni teksture dia ringan gileerrrr tak melekit dan mudah meresap dekat kulit dia macam air tau sapu je terus sab-sab-sab masuk dekat kulit. Dia tak macam moisturizer tau, tak macam krim lain la senang cite. Senang cite kan, cara liz pakai product, liz akan apply yang mahal dulu hehe, bukan apa bila dah pakai banyak sangat ni tak tahu nak susun pun ye. Kulit kita ni special, semua orang ada cara nya tersendiri dan korang tak payah gaduh-gaduh sangat lah yek.

Pakailah SERUM bila kulit you guys dah ready, untuk kulit yang berjerawat tu liz tak suggest korang pakai serum kecuali serum yang ada SA. Sebab dia memang bantu kill bacteria. Dari korang bazir duit pakai serum, baiklah korang bazirkan duit cari 5 basic skin care yang kukuh dahulu. 


You guys can get my Free Consultation. Free je, sebab liz memang nak tolong dan suka sangat tolong reader blog liz dapat kulit yang sihat dan cantik. Not to lie, liz dah jumpa beberapa reader blog liz tau. And I am so happy to meet you guys and get my personal consultation. 


Kalau sudi tengok kulit liz yang dulu, boleh godek-godek entry liz yang lama-lama tau. Nak contact liz mudah je, boleh pergi visit Instagram liz, boleh email liz, boleh PM facebook liz, boleh juga wasap liz tau. 

Instagram: @beautyliyliz
Facebook: Liyliz Yusof
Email: liylizyusof56@gmail.com
Wasap: 010-2276292
CARA RAWAT JERAWAT YANG TERBAIK |
Assalamualaikum semua 💓

Cara rawat jerawat perlu diutamakan. Jom kita terus direct to the point the story hari ni, malas pula nak mukadimah bagai! Okay lately liz terima banyak sangat feedback dari kawan-kawan liz pasal tak sabar nya hilangkan parut jerawat. 

So bila liz lepak dengan dorang, liz pun tolong la tengokkan kulit dorang, "haaa mana nya parut yang duk sibuk nak hilangkan parut tu" Bila liz tengok sebenarnya tak da la PARUT pun, langsung takda pun! Yang ada sebenarnya redness, merah-merah kulit yang mengacau hidup dorang tu dorang rasa parut. 

Hakikatnya bila lepas telek2, ada jerawat aktif dalam kulit yang masih tak keluar-keluar. Sebenarnya ramai juga la kawan-kawan liz yang takut sangat jerawat keluar, padahal selagi jerawat dalam kulit pipi tu tak keluar selagi tu la merah pun tak hilang. 

Liz asyik share pasal testimoni liz dekat blog kan, korang pun naik jemu juga la nanti kan. Jadi liz nak share testimoni pasal kak shima pula hari ni. 



Gambar dekat atas ni ialah pengalaman yang kak shima sendiri share. Gigih juga la liz cari haaa, screen shot bagi korang baca supaya liz tak payah susah-susah nak type panjang-panjang dalam blog ni hehehe.

Untuk yang ada jerawat aktif, SABAR ialah kunci nya, tak perlu fikir jauh sampai ke parut lagi. Yang paling utama ialah fikir cara nak stop kan JERAWAT. Selagi ada JERAWAT, pakai la cream mahal sekali pun, ubat parut mahal sekali pun selagi jerawat masih naik tak benti-benti. Baiklah kita rawat jerawat tu dahulu. 

Siapa pernah ada jerawat yang besar-besar macam ni? Yang derita dari jerawat yang mengganas macam ni, jangan SEDIH lama sangat, sebab tak guna sedih lama-lama. Apa yang awak boleh buat ialah untuk terus cuba rawat dan merawat sampai pulih!!!

Liz percaya sangat, ramai kut perempuan yang menangis tengok cermin bila tengok kulit tak pulih-pulih kan. Sebab liz pun pernah beberapa kali menangis tengok diri sendiri depan cermin. Kita tak boleh nak undur masa lepas, tapi kita boleh perbaiki untuk sesuatu yang bakal datang kan?

Jauh juga perjalanan skin kak shima kan? Dari tahun 2017 dan sekarang 2019. 3 Tahun acne journey, bila tengok keadaan kulit kak shima sekarang, liz yakin sangat kak shima happy sangat kan sekarang. 

Bila jerawat dah settle down? Baru lah next step untuk ke parut kan? Untuk enhance beauty dia..... 

Nak stalk lebih-lebih pasal kak shima boleh visit her instagram: @shimatecix
Nak stalk liz pun boleh, jangan lupa visit ig liz : @beautyliyliz




Confident with you! Happiness with you!
Get your healthy skin now with Mary Kay.