HAPPY BIRTHDAY 26 YEARS OLD TO ME | Assalamualaikum semua 

Alhamdullilah 26 tahun dah usia liz, syukur masih diberi peluang bernafas di bumi Allah hari ni. Andai kata umur liz tak panjang, mesti tragedi kebakaran pada tahun 2016 tu liz dah arwah. 

Dari kes tu, liz belajar banyak benda yang ajal maut ni tak perlu tunggu sakit, tak perlu tunggu tempat bahaya, tak perlu semasa memandu, dalam rumah sendiri pun boleh mati bila dah tiba ajal. Ajal maut jodoh dan segala yang berlaku semua atas ketentuan Dia.

Tahun ni pula ialah tahun pertama liz sambut bufday sebagai mami, tapi masa bufday liz ni, muzaffar demam selsema. Baby demam memang tak tidur malam kami as parents, begilir-gilir berjaga. Mesti semua parents pun macam tu kan.


6 February 2018, Hari Selasa kali ni jatuhnya tarikh bufday liz. Sepanjang tahun sambut bufday, kali ni lah kali pertama liz lupa tarikh bufday liz. Selalunya setiap tahun excited tunggu surprise bufday tapi kali ni sebabkan muzaffar demam, terlalu sibuk jaga anak sampai lupa hari jadi sendiri. Rasa macam ibu mithali sangat kan ~

Baiknnya suami, tiup belon pukul 1 pagi dalam kereta sebab nak buat surpise pagi buta masa pergi kerja. Kebetulan pula hari selasa ni Malan outstation jadi memang no any special dinner ke apa. Tapi dapat kad yang ayat dia .. buat I melting giler ... 


HAPPY sangat you alls! Sepanjang hidup 26 tahun ni kali pertama liz dapat baloon yang banyak macam ni. Tahun ni macam sambut bufday dengan baloon pula, suami bagi baloon banyak, kawan-kawan pun bagi banyak baloon.

The happy me.




Makanan dekat sini memang semuanya sedap-sedap, liz rekemen sangat korang datang sini. Nama tempat ni Fei & Ali Cafe Shah Alam. Kek dia sumpah sedap!


Sekeping kek ni RM15 tapi memang sedap sangat, makan je cair dalam mulut. Berlapis-lapis kek ni. Macam kek lapis, sedappp nya tak dapat nak gambarkan dekat korang, memang korang kena cuba makan sendiri.


Tempek 1 gambar lagi, muka 26 tahun sambut bufday. 
Semoga next bufday lagi awesome. Hihi ~

Notes: Rasanya baju ni pernah pakai masa sambut bufday zaman bujang dengan Malan dulu. 4 tahun yang lepas. Haha ~ 
KELAS PRODUCT KNOWLEDGE MARY KAY | Assalamualaikum semua 💕

Alhamdullilah Sabtu lepas liz selesai hadir kelas 'Product Knowledge' semua pasal Mary Kay. Semakin lama liz kenal Mary Kay semakin yakin liz dengan produk ni dan liz semakin banyak pengetahuan pasal penjagaan kulit. Mulanya liz join Mary Kay sebab untuk ilmu dan kegunaan sendiri je tapi bila dah join Group Sister yang gojes-gojes, liz terpengaruh dengan semangat diorang berusaha untuk mencatikkan setia wajah yang mereka jumpa. 

Liz terharu sangat yang team Angelista Bee berusaha bantu wanita dan consult sungguh-sungguh pasal masalah kulit diorang. Macam tu la liz rasa terpikat dengan Mary Kay bila beauty consultant liz take care pasal skin liz. Dan sekarang pula liz yang semakin semangat nak bantu semua wanita yang ada masalah kulit sama macam liz pernah lalui. Orang yang takda masalah kulit ni kategori kulit tayar. Hahaha ~ lasak, pakai apa tu tak rosak. Tapi kita yang kulit macam senstif ni, tolong lah hati-hati pilih produk.

  
Half team Angelista Bee. Ada ramai lagi sebenarnya tapi diorang buat PK dekat area masing-masing. Ni yang best, bila product knowledge ni akan dibuat di seluruh Malaysia jadi tak da masalah bagi mereka yang diluar Selangor untuk timba ilmu sekali. 


Liz bukan kenal pun diorang ni semua tapi sejak masuk Team Angelista Bee Mary Kay, liz seronok sangat sebab semua sisters dalam team saling membantu. Yang tak cantik pun boleh jadi cantik dan liz bila down tengok kulit sendiri, diorang mesti bagi semangat bagi tips dan suggest product2 Mary Kay mengikut pengalaman diorang. Sebab beauty consultant Mary Kay ni semuanya based on experience kulit masing-masing. Sebab tu liz confident dengan bc Mary Kay. 


Ni sufi, Sales Director untuk team Angelista Bee Mary Kay. Semasa kelas ni, dia cerita I Story dia dalam kerjaya Mary Kay dan juga masalah kulit yang dia alami. Selama 5 tahun dia guna Mary Kay dan tengok la kulit dia sekarang, gilerrrr AWESOME. Sihat berseri dan glowing. Liz tak sabar sangat nak dapat kulit macam ni nanti. 


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Liz tak pernah berborak dengan ella, tak pernah bertegur sapa tapi kite selalu nampak dan tersempak masa zaman UITM dulu. Rasa annoying juga dengan dia ni asyik-asyik post pasal Mary Kay je. Tapi lama-lama jatuh cinta bila tengok acne journey ella yang consistent. Tak macam acne journey liz, up and down. Sampai give up jumpa doktor pakar dah. Sebab dah dekat 3 tahun macam kejap okay kejap kiok. Dan mahal pula tu kosnya.

Jadi liz pun Helo helo ella! Ternyata makin jatuh cinta dengan dia, dia ni beauty consultant liz, dia yang bertanggungjawab jaga skin liz. haha gitu ~ Dan macam tu jugala liz bertanggungjawab jadi beauty consultant korang. 


Get ready you alls. Kitorang dah nak start kelas. Dalam kelas ni, kami semua belajar pasal produk-produk Mary Kay. Dan apa lagi yang best dan yakinkan liz jadi Beauty Consultant Mary Kay sebab setiap produk ni ada satisfaction guarantee.  Kalau korang pakai tak sesuai, kite akan gantikan dengan rangkaian set yang lain. Best kan? Kalau korang pakai produk lain, rosak muka, ada dapat ganti rugi tak????? Tak da kan. 

  
Dalam Mary Kay ada team-team tau. Korang boleh pilih mana-mana beauty consultant yang korang suka dan yang terdekat dengan korang. 


Selesai kelas product knowledge dengan 3 Mentor yang hadir hari ni. Ramai kan? Kelas ni kita campur dengan team yang lain juga. Jadi tak hairan korang akan jumpa ramai beauty consultant Mary Kay cuma yang bezakan nya ialah cara consultant tu mengikut ciri-ciri personal tersendiri. 


Bagi yang lelaki... nampak tak , kite sekarang ni ada bc lelaki WOOOOwww sangat. 


Bagi sesiapa nak Helo Helo liz kan, boleh wasap liz tau. Consultation FREE je.
Nak sangat tolong korang. 

010 - 227 6292


RESEPI MUDAH IKAN KICAP CILI | Assalamualaikum korang. Jom memasak ~


Bahan-bahan :

Ikan tenggiri 5 / 6 keping
Bawang Merah Kecil 5 ulas
Bawang Merah Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas (I suka banyak bawang putih)
Halia (2 cm)
Kicap 

Cara-caranya :

Goreng dulu ikan. Letak tepi. 
Tumis bawang putih bawang merah dalam minyak panas. (Minyak tumis sikit)
Campak halia 
Letak kicap + Air 
Masukkan ikan 

Last sekali tabur cili dan bawang besar sebagai hiasan. Siap!

Resepi cincai ni masa liz darjah 6 dah tau buat, sampai ke bujang pun kerap masak macam ni sebab mudah dan gerenti sedap. Sebab apa? Sebab ada KICAP, hahahaha ~


KOS PINTU KERETA SAGA BENGKOK | Assalamualaikum you alls . . . .

Pagi-pagi tajuk dah pasal KOS. Bila ada kos yang tak patut dikeluarkan maknya itulah ialah kos kerugian tanpa sempat menuai. Bila kos yang tak diingini terjadi, jadi pentingnya kita semua ni ada saving.

Sebab tu hidup jangan dongak langit sokmo, mujur lah juga yang buat kereta I bengkok ni ialah si suami. Kalau diri sendiri yang buat, merana juga tak dapat nak beli produk kecantikkan Mary Kay next month. Walau macam mana pun, kecantikkan kena jaga dikala ekonomi tengah merosot ni ye kaum-kaum wanita semua. 

Nak jadi, semalam suami liz nak reverse kereta tu sikit je ke belakang sempena nak memberi ruang yang luas untuk menyidai baju. Tapi nya entah macam mana dia punya reverse tu dengan keadaan pintu kereta tak bertutup, berkain pelikat lagi. Entah pelik sepeliknya dia boleh langgar tembok pagar, bahaya juga ye si suami kalau memandu pakai kain pelikat. Hahahahahaha ~

Liz tengah baru nak mulakan sesi mengepam susu untuk Muzaffar tekejut weh, bunyi "Boooommmp," Kuat giler!!!! Macam ada bom jatuh depan rumah, ingatkan pagar rumah kena rusuhan dari pihak luar. Rupanya suami sendiri yang merusuh kan kereta ku. 

Moody terus suami liz semalam, kerugian-kerugian. Dia yang buat, dia lah yang kena ganti kan. Mana tak moody, nak kumpul duit bukan senang, nak keluar duit tak sampai seminit pun. Sampai tak boleh tidur semalam dia google, bila google macam takda orang share pulak pasal KOS PINTU KERETA BENGKOK (Proton Saga). Jadi liz pun terfikirlah nak update 1 entry dekat sini. 


1st kereta liz tau at age 22, hasil duit sendiri ni. Deposit sendiri, monthly payment pun sendiri. 



So tadi husband dah hantar ke bengkel kereta dekat Meru, liz pun tak sure nama kedai apa, tapi kalau ada yang nak tahu korang PM je liz dekat Page Beauty Liyliz okay. Cuma info yang liz dapat setakat ni, kos yang kena untuk luruskan semula pintu yang bengkok-bengkok RM550. Bukan saja bengkok, tapi tak boleh tutup langsung sebab ensel kereta pun bengkok. 

Dah la lagi 4 hari nak Raya Cina. Mujurlah cepat hantar kereta ni. Kalau tidak, lepas raya baru dapat lagi susah liz nak pergi kerja. Okay kaum-kaum suami semua, berhati-hati lah ketika anda memakai kain pelikat hihihihihi ~~ Risau kalau benda lain pula tersangkut. 😻


MAKAN DURIAN SAMPAI KENYANG DI DURIANBB PARK | Assalamualaikum korang! Rindunya weh nak menaip belog, busy giler weh sekarang waktu cuti pun kena buat kerja dekat rumah, semacam 24 jam dah tak cukup dalam sehari. 

Mujurlah dapat suami yang baik hati, saling menolong buat kerja rumah. Cuti Thaipusam baru ni walaupun cuti tetap buat kerja juga. Bila la kerja ni nak habis kan. Nak update blog kadangnya rasa tak semangat sebab cerita dah berlalu lama. Kita akan lebih kreatif idea mencurah-curah becerita bila benda tu masih baru tau. 


Ini dia posing pertama mami dan muzaffar. Belatar belakang kan Durian. Bahasa cina panggil apa? Liu Lian. Hehe 

Hopefully cerita pasal DurianBB Park ni masih ada dalam ingatan. 1st sekali kena ingat tarikh dulu, okay liz pergi Party Durian DurianBB Park ni sabtu lepas 27th January 2018. Liz dapat invitation dari PR untuk event ni, masa dapat email invitation ni liz excited giler bila PR cakap makan durian FREE FLOW! Wehhhh bestnya Durian MAHAL kut. Ni pulak dapat peluang makan Free Flow, sape tak nak. Dahlah liz sekarang hantu Durian, asal nampak durian nak makan. Sejak pregnant kan Muzaffar liz jadi macam ni tau, sebelum ni tengok durian takda perasaan pun. Sekarang ni tengok durian boleh mengalir air liur. 


Muzaffar baik semakin baik. Semakin biasakan diri dengan keadaan luar. 

Masa liz share dekat Insta Story memang ramai gile yang dm dm tanya liz kat mana ni liz makan. Mau tak giler korang, makan durian berhidang macam ni. Sebut je nak apa, durian datang depan hidung terus. Tak payah susah-susah nak kopek-kopek. 




Ni la dia durian terhidang depan mata. 1 plate untuk liz dan lagi 1 plate untuk suami. Makan dari level 1 ke level 5. Bila kita buat macam ni, baru kita boleh rasa jenis kegemaran korang yang mana 1 dan yang paling best durian jenis mana.

 Semestinya paling sedap Musang King. D197




Muzaffar ni dari dalam perut lagi suka durian, masa pregnant liz makan sampai 4 biji durian tapi hari yang berbeza la bukan serentak, lepas je berpantang pula tak sabar-sabar nak makan durian. Buffet free flow ni kiranya penutup durian untuk kami. Memang kali ni terlebih-lebih rasa kepuasan makan durian. 





Kalau rasa nak makan durian dalam suasana berhawa dingin, hahah amik kau makan durian dalam aircond, perghhh tak dapat bayangkan. Kalau korang nak merasa, boleh makan dekat dalam kabin tu. Untuk lokasi outdoor pun ada, korang naik je atas kabin ni. 



Ruang makan durian. Luas kan.



Dekat sini ada gift box semua nya pasal durian tau, kalau nak buat as souvenir memang sesuai sangat.


  
Ais krim durian pun ada, 60% isi durian, yang ni liz tak beli pun sebab rasa tecekik tengok harga sebatang RM10 lagipun datang sini dah makan banyak sangat durian.



Yang ni pula puree durian, kepda kakak kakak yang buat kek durian tu wajib beli ni senang nak simpan, bila-bila customer order kek durian anytime je boleh buat.



Sebelum balik, liz jumpa dengan Stella say bye-bye. Btw ni la dia PR yang jemput liz ke event ni. Kecik comel kan?



Last picture sebelum balik. Nanti Muzaffar dah besar boleh tengok blog mami je okay. Macam mana kamu membesar ikut mami ke event-event blogger mami. Nanti ada masa, kite pergi cuci gambar ya. 
WAKTU OPERASI POS LAJU SETIA ALAM | Assalamualaikum semua 

Lama giler weh tak share infomasi dalam belog ni. Busy giler weh, hari-hari rasa nak benti kerja tapi sampai sekarang pun tak benti-benti juga hahaha. Sebab hari-hari dekat tempat kerja boleh belajar benda baru. Agak mencabar dan tertekan tapi bila berjaya buat kita akan rasa kepuasan dan kelegaan teramat sangat. 

Okay hari ni liz nak selit kan 1 maklumat pasal waktu operasi pos laju Setia Alam, tahu tak pos laju Setia Alam dekat mana? Buat mereka yang baru berpindah di Setia Alam, untuk makluman korang Pos Laju kita ni berada di bangunan Tesco Setia Alam. Dekat hujung sekali, sebelah dia kedai gunting rambut india. Senang sangat nak jumpa tapi agak kecik dan kadang-kadang kena berdiri sampai ke luar tu. 

Disebabkan liz dah mula aktif niaga semula sekarang ni jadi liz kadang-kadang terlupa waktu operasi Pos Laju untuk sesetengah tempat tu. Sebab liz ni merata pos barang, ikut kesempatan lokasi liz berada. 

So tadi liz nak pergi mengepos barang customer liz, liz jadi teragak-agak pula. Hari sabtu dan ahad buka ke yek? Sebab liz selalu pos barang waktu rehat time weekday je. Jadinya tadi liz dah snap picture siap-siap untuk rujukan akan datang. Kalau tak paste dalam blog ni nanti jenuh pula nak scroll gambar dalam phone. 


Okay jelas kan? Sekian untuk rujukan semua.
Selamat ke Pos Laju ye semua.