KOS PINTU KERETA SAGA BENGKOK

12 Feb 2018

KOS PINTU KERETA SAGA BENGKOK | Assalamualaikum you alls . . . .

Pagi-pagi tajuk dah pasal KOS. Bila ada kos yang tak patut dikeluarkan maknya itulah ialah kos kerugian tanpa sempat menuai. Bila kos yang tak diingini terjadi, jadi pentingnya kita semua ni ada saving.

Sebab tu hidup jangan dongak langit sokmo, mujur lah juga yang buat kereta I bengkok ni ialah si suami. Kalau diri sendiri yang buat, merana juga tak dapat nak beli produk kecantikkan Mary Kay next month. Walau macam mana pun, kecantikkan kena jaga dikala ekonomi tengah merosot ni ye kaum-kaum wanita semua. 

Nak jadi, semalam suami liz nak reverse kereta tu sikit je ke belakang sempena nak memberi ruang yang luas untuk menyidai baju. Tapi nya entah macam mana dia punya reverse tu dengan keadaan pintu kereta tak bertutup, berkain pelikat lagi. Entah pelik sepeliknya dia boleh langgar tembok pagar, bahaya juga ye si suami kalau memandu pakai kain pelikat. Hahahahahaha ~

Liz tengah baru nak mulakan sesi mengepam susu untuk Muzaffar tekejut weh, bunyi "Boooommmp," Kuat giler!!!! Macam ada bom jatuh depan rumah, ingatkan pagar rumah kena rusuhan dari pihak luar. Rupanya suami sendiri yang merusuh kan kereta ku. 

Moody terus suami liz semalam, kerugian-kerugian. Dia yang buat, dia lah yang kena ganti kan. Mana tak moody, nak kumpul duit bukan senang, nak keluar duit tak sampai seminit pun. Sampai tak boleh tidur semalam dia google, bila google macam takda orang share pulak pasal KOS PINTU KERETA BENGKOK (Proton Saga). Jadi liz pun terfikirlah nak update 1 entry dekat sini. 


1st kereta liz tau at age 22, hasil duit sendiri ni. Deposit sendiri, monthly payment pun sendiri. 



So tadi husband dah hantar ke bengkel kereta dekat Meru, liz pun tak sure nama kedai apa, tapi kalau ada yang nak tahu korang PM je liz dekat Page Beauty Liyliz okay. Cuma info yang liz dapat setakat ni, kos yang kena untuk luruskan semula pintu yang bengkok-bengkok RM550. Bukan saja bengkok, tapi tak boleh tutup langsung sebab ensel kereta pun bengkok. 

Dah la lagi 4 hari nak Raya Cina. Mujurlah cepat hantar kereta ni. Kalau tidak, lepas raya baru dapat lagi susah liz nak pergi kerja. Okay kaum-kaum suami semua, berhati-hati lah ketika anda memakai kain pelikat hihihihihi ~~ Risau kalau benda lain pula tersangkut. 😻


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.