MAKAN DURIAN SAMPAI KENYANG DI DURIANBB PARK

MAKAN DURIAN SAMPAI KENYANG DI DURIANBB PARK | Assalamualaikum korang! Rindunya weh nak menaip belog, busy giler weh sekarang waktu cuti pun kena buat kerja dekat rumah, semacam 24 jam dah tak cukup dalam sehari. 

Mujurlah dapat suami yang baik hati, saling menolong buat kerja rumah. Cuti Thaipusam baru ni walaupun cuti tetap buat kerja juga. Bila la kerja ni nak habis kan. Nak update blog kadangnya rasa tak semangat sebab cerita dah berlalu lama. Kita akan lebih kreatif idea mencurah-curah becerita bila benda tu masih baru tau. 


Ini dia posing pertama mami dan muzaffar. Belatar belakang kan Durian. Bahasa cina panggil apa? Liu Lian. Hehe 

Hopefully cerita pasal DurianBB Park ni masih ada dalam ingatan. 1st sekali kena ingat tarikh dulu, okay liz pergi Party Durian DurianBB Park ni sabtu lepas 27th January 2018. Liz dapat invitation dari PR untuk event ni, masa dapat email invitation ni liz excited giler bila PR cakap makan durian FREE FLOW! Wehhhh bestnya Durian MAHAL kut. Ni pulak dapat peluang makan Free Flow, sape tak nak. Dahlah liz sekarang hantu Durian, asal nampak durian nak makan. Sejak pregnant kan Muzaffar liz jadi macam ni tau, sebelum ni tengok durian takda perasaan pun. Sekarang ni tengok durian boleh mengalir air liur. 


Muzaffar baik semakin baik. Semakin biasakan diri dengan keadaan luar. 

Masa liz share dekat Insta Story memang ramai gile yang dm dm tanya liz kat mana ni liz makan. Mau tak giler korang, makan durian berhidang macam ni. Sebut je nak apa, durian datang depan hidung terus. Tak payah susah-susah nak kopek-kopek. 




Ni la dia durian terhidang depan mata. 1 plate untuk liz dan lagi 1 plate untuk suami. Makan dari level 1 ke level 5. Bila kita buat macam ni, baru kita boleh rasa jenis kegemaran korang yang mana 1 dan yang paling best durian jenis mana.

 Semestinya paling sedap Musang King. D197




Muzaffar ni dari dalam perut lagi suka durian, masa pregnant liz makan sampai 4 biji durian tapi hari yang berbeza la bukan serentak, lepas je berpantang pula tak sabar-sabar nak makan durian. Buffet free flow ni kiranya penutup durian untuk kami. Memang kali ni terlebih-lebih rasa kepuasan makan durian. 





Kalau rasa nak makan durian dalam suasana berhawa dingin, hahah amik kau makan durian dalam aircond, perghhh tak dapat bayangkan. Kalau korang nak merasa, boleh makan dekat dalam kabin tu. Untuk lokasi outdoor pun ada, korang naik je atas kabin ni. 



Ruang makan durian. Luas kan.



Dekat sini ada gift box semua nya pasal durian tau, kalau nak buat as souvenir memang sesuai sangat.


  
Ais krim durian pun ada, 60% isi durian, yang ni liz tak beli pun sebab rasa tecekik tengok harga sebatang RM10 lagipun datang sini dah makan banyak sangat durian.



Yang ni pula puree durian, kepda kakak kakak yang buat kek durian tu wajib beli ni senang nak simpan, bila-bila customer order kek durian anytime je boleh buat.



Sebelum balik, liz jumpa dengan Stella say bye-bye. Btw ni la dia PR yang jemput liz ke event ni. Kecik comel kan?



Last picture sebelum balik. Nanti Muzaffar dah besar boleh tengok blog mami je okay. Macam mana kamu membesar ikut mami ke event-event blogger mami. Nanti ada masa, kite pergi cuci gambar ya. 

2 comments:

  1. Berapa kena bayar liz? PR tak bgtahu ke harga per person berapa

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.