WAKTU OPERASI POS LAJU SETIA ALAM

3 Feb 2018

WAKTU OPERASI POS LAJU SETIA ALAM | Assalamualaikum semua 

Lama giler weh tak share infomasi dalam belog ni. Busy giler weh, hari-hari rasa nak benti kerja tapi sampai sekarang pun tak benti-benti juga hahaha. Sebab hari-hari dekat tempat kerja boleh belajar benda baru. Agak mencabar dan tertekan tapi bila berjaya buat kita akan rasa kepuasan dan kelegaan teramat sangat. 

Okay hari ni liz nak selit kan 1 maklumat pasal waktu operasi pos laju Setia Alam, tahu tak pos laju Setia Alam dekat mana? Buat mereka yang baru berpindah di Setia Alam, untuk makluman korang Pos Laju kita ni berada di bangunan Tesco Setia Alam. Dekat hujung sekali, sebelah dia kedai gunting rambut india. Senang sangat nak jumpa tapi agak kecik dan kadang-kadang kena berdiri sampai ke luar tu. 

Disebabkan liz dah mula aktif niaga semula sekarang ni jadi liz kadang-kadang terlupa waktu operasi Pos Laju untuk sesetengah tempat tu. Sebab liz ni merata pos barang, ikut kesempatan lokasi liz berada. 

So tadi liz nak pergi mengepos barang customer liz, liz jadi teragak-agak pula. Hari sabtu dan ahad buka ke yek? Sebab liz selalu pos barang waktu rehat time weekday je. Jadinya tadi liz dah snap picture siap-siap untuk rujukan akan datang. Kalau tak paste dalam blog ni nanti jenuh pula nak scroll gambar dalam phone. 


Okay jelas kan? Sekian untuk rujukan semua.
Selamat ke Pos Laju ye semua.


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.