OOTD SOMETHING WITH LONG CARDIGAN LOOK | Hi guys. Hari ni liz nak kongsi kan OOTD yang santai tapi kemas. Loose but smart. Liz rasa diri liz dah sebati dengan look yang loose tapi kena kemas sebab liz tak suka sesuatu yang loose tapi selebeh. Konsep pemakaian liz mudah, tide in untuk kemas. Dan something loose supaya tidak kelihatan terlalu formal. Di bawah ialah next OOTD liz semasa walk in di Premier Clinic. 

Hadapan.

Belakang

Sisi

Bajet comel.

Dan nak promote sikit ni Shawl dari Zilazlover. Korang boleh check dekat ig Zilazlover Official sebab sekarang ni ada promosi clearance stock hanya RM15 sahaja. Murah giler kan, shawl with beads okay. 

Bye see you in my next post. 
Assalamualaikum. 
MINI SKIRT WITH HIJAB LOOK | Assalamualaikum semua. Ahad ni liz keluar juga rumah pergi ke SACC Convention Center untuk ke Pameran Pengantin 2016. Walaupun muka tengah on recover dan cell baru tengah dalam proses repairing tetap juga keluar semata nak merasa pengalaman pergi ke Pameran Pengantin. Mungkin sebab takda idea nak mulakan persiapan perkahwinan macam mana. Dengan harapan ke sini semoga mendapat ilham untuk mulakan persiapan perkahwinan daripada mana. Where should start? Pelamin / Baju / Catering / Dewan dan lain-lain. Memang tak reti la kan, bukannya ada pengalaman pun. Dan outfit yang liz pilih hari ni untuk ke Pameran Pengantin ialah sesuatu yang liz tak pernah cuba. Mini dress with hijab?

Liz ada banyak mini dress yeah tbh i'm not a good muslimah yet. But i'll always try to be better and much better onward. Dan yeah please take a look at below pictures Yay or Nay:




Pale skin without make up. Really don't like it because I love make up so much. Kerana akur dengan nasihat Dr. baiklah ku turuti juga. Nampak glowing dekat dahi dengan pipi bila terkena panas sekejap tadi. And yeah sambungan Mini Dress liz ialah yang biru bercorak macam kulit ular sawa sikit. Matching with top singkat berbanding gayakannya dengan jaket sebab dress ni sleeveless. Untuk nampak keayuan dalam image ni liz pakai dengan skirt hitam straight cut. Andaikata korang nak nampak sedikit catchy dalam image korang boleh match kan with pants.  

Dan liz sangat selesa dengan apa yang liz pakai. So guys please let me know if you guys got something good to be share on how to meet match mini dress for hijabis. Bye. See you in next OOTD look. 


Slot terselit:

Last tempek 1 muka liz duduk dekat pelamin kristal gitu. Liz rasa konsep ni cantik dan masih baru dekat Malaysia daripada pelamin, meja makan, meja potong kek semua nya konsep ala-ala kristal gitu. Tapi ni bukanlah kristal betul, dibuat daripada bahan acrylic kalau tak silap kakak tu cakap tadi. Dan lampu-lampu nya tak guna elektrik dan ada bateri sendiri sebab kalau guna elektrik risau power terlalu kuat boleh menyebabkan benda-benda tak best terjadi.

Tapi best kut. Rasa macam kalau buat konsep princess elsa ni memang cool giler lah. 
CARA BERSIHKAN RETAINER GIGI DENGAN BETUL | Sebulan dah liz pakai retainer gigi. Dan untuk kali kedua pergi I Care Dental, Dr periksa-kan perkembangan gigi liz. Sama ada bergerak atau tidak. 

Alhamdullilah Dr. cakap gigi liz bergerak cepat. Cuma nak samakan keseluruhan struktur gigi je perlukan masa lagi. Dan pesanan-nya suruh liz jaga retainer baik-baik. Cuci elok-elok dengan pencuci-nya. 

Argh sudah! Liz pun cuak jap, kenapa cuci dengan ubat gigi (paste) tak boleh ke? Dr. terus cakap tak boleh sebab paste akan mengasarkan permukaan acrylic menyebabkan bakteria dan kuman berkumpul dan mudah melekat. Jadi nanti retainer mudah rosak. Akan jadi hitam-hitam kalau bakteria dah mula berkumpul. Sama juga dengan gigi palsu benda yang sama boleh berlaku. 


Dekat klinik tu ada jual pencuci tu tapi pricey sikit jadinya liz beli Polident Guardian. Senang je cara mencuci-nya cuma rendam-kan sahaja retainer dalam bekas berair dan letak-kan polident dalam bekas tu. 5 - 10 minit boleh bawa keluar dah. Jangan rendam lama sangat sebab nanti bahan pencuci tu melengkap pula dekat retainer tu. Sebelum pakai rendam dalam air bersih dulu. 

STEP 1: Dalam polident ni ada 16 tablets. Korang gunakan 1 tablets sahaja.


STEP 2: Masukkan 1 tablet ke dalam bekas air bersama retainer. 


STEP 3: Tunggu selama 5-10 minit. Bawa keluar dan rendamkan ke dalam bekas air biasa. Bilas dan keringkan. Baru pakai semula. 


Untuk lebih terperinci korang boleh tanya Dr. korang ye. 
Bye. 

GELATO MILKISSIMO MALAYSIA (DA MEN MALL SUBANG JAYA) | Tiba-tiba lidah ni boleh teringat rasa ais krim Milkissimo yang liz dah cuba semalam (Sabtu). Sedap sangat! 

Milkissimo ialah sebuah nama Syarikat Ais Krim yang berada di Jepun. Kini Milkissimo melebarkan sayap nya ke Malaysia. Specialty ais krim dekat sini semuanya GELATO, sebenarnya Gelato ialah bermaksud ais krim dalam bahasa Italian. Dan bahan % terbanyak asasnya dalam Gelato adalah susu. 

Milkissimo Gelato

Ada 18 perisa dekat Milkissimo yang korang boleh pilih. Dan sebelum pilih korang boleh rasa semuanya. Liz memang paling lama berdiri dekat depan ni untuk rasa kesemuanya. Dan orang terakhir dapat buat keputusan untuk makan yang mana satu. 


Dan akhirnya liz berjaya buat pilihan ikut selera tekak liz. Yang pertama Huscup (Merah). Next ialah Berry Blossom (Pinky) rasanya tak berapa manis dan macam ada rasa ros. Best sangat korang kena rasa. Dan terakhir ialah White Peach. Korang akan peach dengan susu. Dan ada banyak lagi perasa lain yang ada kalau korang nak cuba.


Next menu ialah Signature Wafer. Korang boleh pilih mana-mana sahaja Gelato yang korang nak untuk makan dengan Wafer. Liz suka wafer ni tebal, luarnya garing tapi dalam nya lembut. Bila makan dengan ais krim harghhhh bestnya. Perisa yang liz ambil dari kiri ialah Biscuit & kanan ialah Tiramisu. Bila campur dengan buah dan whipe cream perhhh lagi best. (Sweet Tooth)

Liz boleh habiskan nya semua.  I don't need help. 

Parfait. 

Menu terakhir yang liz cuba dekat sini ialah Parfait Teddy Bear. Terdapat 4 jenis Parfait yang korag boleh pilih dekat sini. Antaranya ialah:

Mocha Lover, Caramel Coffee, Berry Berries & Teddy Bear. 


Lokasi nya korang boleh ke Da Men Shopping Mall Subang Jaya di Lot G - 31 


Bye See You Again. 
http://www.milkissimo.com

REVIEW DEAR KLAIRS CREAMY & NATURAL FIT CONCEALER | Hi Assalamualaikum. Minggu ni liz pergi kerja rasa extra beautiful sangat tau sebab liz dapat tutup tompok hitam dan liang pori terbuka dengan sempurna. Best sangat produk yang liz nak kongsi kan dengan awak semua ni. Memang terbaik!

Produk yang liz maksudkan tu ialah Klairs Creamy & Natural Fit Concealer. Rasanya awak semua pun tahu kalau biasa baca blog liz, liz akan pentingkan make up base. Antara bahan utama untuk make up base mestilah CONCEALER. Dan Klairs Creamy & Natural Fit Concealer ialah concealer yang terbaik untuk kulit yang sensitive. Kerana bahan-bahannya ialah daripada bahan semula jadi yang selamat.


Concealer ni boleh di sapu di bahagian bawah mata bagi siapa yang ada lingkaran gelap bawah mata boleh la cover up. Dan juga concealer ni boleh diguna ke seluruh kawasan muka yang ada tompokan cela. Macam liz suka gunakan 2 kali sapuan di bahagian yang bermasalah. Sapuan yang pertama kalau dah selesai biarkan selama 15 saat macam tu kemudian sapu pula kali kedua. Lepas tu tapping dengan lembut sehingga rata dan menutupi cela yang awak tak nak tu. 


Kalau korang nampak tekstur yang liz sapu atas tangan liz tu memang pekat concealer nya. Code warna nya ialah natural dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau sebab korang boleh tambah layer atasnya dengan code warna foundation yang korang pakai. Full coverage dan make up korang pun tahan lama. Liz memang suka concealer. Yes Concealer. Nampak tak repeat banyak kali. Nampak sangat suka sangat ni concealer. 

Promotion Price: RM56.60 till End of February 2016
Normal Price: RM77.99
Jadi cepat-cepat sebelum promosi ni tamat tau.





CARA PRINT BANK STATEMENT MAYBANK2U | Assalamualaikum. Hari ni liz nak kongsi dengan korang cara nak print bank statement dekat maybank2u.com Sebabkan hari ni liz perlukan bank statement untuk memohon 1 harta baru. Hehe ~ Semoga dipermudahkan.

Jom tengok gambar langkah-langkahnya:

1. Pergi ke Google dan type Maybank2u
    Masukkan usename dan kemudian password.


2. Cari e-billing dan statement.
    Klik tau tu dekat yang bawah kotak kuning tu.



3. Statement: Klik dekat Saving Account.


4. Statement Summary : Pilih dekat Select Statement Date untuk himpunan date yang korang mahu. 


5. Statement Summary : Keluar lah nanti details nya. Korang boleh pilih  nak view dulu atau terus       klik je print. 


6. Keluar la dalam bentuk PDF. Selamat menggunakkanya dengan Free.




Mudah kan. Bila-bila masa sahaja korang nak guna boleh print. 
Tapi haruslah active kan Maybank2u dulu. 
Harap membantu korang. 

Kalau korang tertanya-tanya cara nak dapatkan resit transaksi MAYBANK2U PDF boleh check out entry ni: 



D.I.Y RECYCLE BOX | Assalamualaikum semua. Bila cuti memang seronok tapi lagi seronok kalau hari tersebut korang buat sesuatu yang korang suka. Liz kalau duduk rumah tak buat apa-apa liz akan rasa kebosanan yang sangat maksima. Jadi mesti juga kena buat benda yang tak buang masa. Kalau tidak liz akan rasa hari tersebut sangat tak produktif.  

Jadi liz guna barang terpakai yang ada dan buat make up box harian. Senang nak capai barang make up yang selalu liz guna sebab liz ni malas nak simpan secara tertutup. Nak cari lagi nak hamik lagi. Rasa leceh nya! Jadi guna box yang terbuka macam dibawah ni. 


Siap! Simple sangat boleh siap tak sampai 5 minit. Buatnya hanya tampal-tampal dan siap. 
Apa yang liz letak dalam kotak ni ialah rutin make up harian liz ke pejabat. 


REVIEW MENTHOLATUM BOTANICS | Assalamualaikum & Hi Holla everyone ~ Sesi kecantikkan bermula! Meh dekat-dekat sikit liz nak ceritakan satu produk baru yang liz dah cuba pada cuti raya cina baru ni. Korang tahu jela kan perempuan ni kalau ada produk baru mesti nak cuba. Siapa tak nak cantik! 

Produk yang liz nak kongsikan dengan korang hari ni ialah dari Mentholatum. Apa yang terlintas di fikiran korang semua bila liz sebut MENTHOLATUM? Mesti korang terbayangkan Lipice, Sunplay, Selsun, Hada atau mungkin Oxy? Dan bestnya tahun ni Mentholatum keluarkan satu lagi produk terbaru iaitu Mentholatum Botanics yang dirumus khas dengan ramuan alam semula jadi yang berkualiti tinggi dari bunga-bungaan. Suka bunga tak? Jom la letak bunga dekat muka sama-sama dengan liz.  

Letak dalam kotak siap-siap senang nak mencuba!

Alah korang ni sabar lah, nak sambung cerita la ni tapi kasi la can tengok muka dekat cermin kejap. Hehe. Okay dah siap belek-belek muka dah jom sambung cerita pasal Botanics ni sambil minum air. Sebab air penting untuk kulit juga. *Hehehe 

Botanic ni ada 4 rangkaian tapi liz dah buat kesimpulan untuk korang mudah faham dekat sini botanic ada 3 pencuci muka dan 1 mask.  3 pencuci muka ni ada 3 formula dan korang boleh pilih salah satu formula yang disediakan mengikut cita rasa hati korang. Korang boleh tengok contoh gambar dekat bawah:


Pertama: Pembersih berbuih. 160ml (RM25.90)
[hadir dalam 2 varian iaitu Oil & Blemish Control dan Whitening]

Kedua: Pembersih dalam tiub. 100g (RM14.90)
[Hadir dalam 4 varian iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating]

Ketiga: Pembersih dengan pam. 150ml (RM21.90)
[Hadir dalam 2 variasi iaitu Deep Clean dan Moisturising & Brightening

Keempat: Mask 22ml/paket (RM6.90)
[5 varian iaitu Aloe Vera Hydrating Facial Mask,  Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask,  Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavendar for Soothing Facial Mask]


Hah mesti mudah korang nak bezakan. Jadi agak-agak mana satu pilihan korang? Kalau korang tanya pilihan liz ialah yang pertama iaitu pembersih berbuih. Dan spesifikasi yang liz suka ialah Oil & Blemish Control sebab dalam kandungannya ada ekstrak bungaan Ylang-Ylang dan ekstrak tea tree sebagai bahan utama bersama bunga pansy liar yang berkesan dalam menentang jerawat. Lepas cuci akan terasa segar sangat muka ni. Lagi best bauanya ada serai wangi. 

Nampak tu jerawat tu. Tak sabar dah tu nak kasi hilang dengan pembersih berbuih ni.

Sampai kecit biji mata happy sangat senyum!

Liz dah try! Korang pun boleh try sekali dan korang boleh dapatkannya di Guardian. Liz nak kongsikan sikit dengan korang mengenai Event Mentholatum yang liz pergi hari tu. Jadi warning dulu dekat korang dekat bawah ni nanti akan dihujani dengan banyak gambar-gambar event yang liz pergi hari tu. Jangan scroll ke bawah kalau korang takut juling mata. 

Kan dah cakap tadi boleh beli dekat Guardian.

Bila sampai dekat event ni terus ke kaunter buat tea sendiri. Banyak sangat bahan-bahan semula jadi yang liz explore. 

Ada katung tea diberi seoarang satu. 
Lepas tu sumbat lah mana 1 bahan yang disukai hati.





My beauty Friends

Sedikit pengenalan pasal Mentholatum, syarikatnya dah berusia 99 tahun dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company di Osaka Jepun. Jadi liz memang yakin dengan Mentholatum ni selain telah lama menapak dalam industri kecantikkan, bahan-bahan produk nya dihasilkan oleh bahan semula jadi.

Selamat mencuba!


SIMILAR OOTD WITH SHEA RASOL | Shea Rasol always inspired me with her modest look. Always! So today I'm gonna share with you guys my ootd (outfit of the day) that quite similar with her style that had been shared in her blog. Well sometimes when you have no idea what to wear you should learn from someone that might give you an inspiration. And yeah I find Shea Rasol style is super cool! Yeah easy pisy! That's why i loik her very much. 

- My beauty Shea -



Shawl: Zilazlover
Brown Top: Unbrand
Blue Top: Recycle from my Maksu (I sew beads down there)
Pants: Mango 
Heels: Vincci


KENAPA PAKAI RETAINER GIGI | 

Hi holla guys, hari ni dah masuk 14 hari liz pakai retainer. Wow it has been 2 weeks yo! Dan liz semakin selesa dengan retainer ni. Bila liz pos gambar liz pakai retainer ramai juga yang bertanya kenapa liz pakai retainer? Ada yang kata gigi liz dah cantik. Alah puji pulak!

Sebelum tu liz cerita sikit ye dengan korang sejarah lama liz. Bukanlah sejarah lama mana pun, nak bagitahu korang yang dulu liz pernah pakai braces. Dah 4 tahun buka braces. Bila gigi dah cantik retainer pun dilupakan. Pakai dengan tak pakai sebab dah tak rajin. REASON pakai braces? Sebab gigi depan berlapis. Liz tak nak berlapis sebab liz nak gigi yang rata. Suka tengok iklan COLGATE tu senyum berseri dengan teratur ja. Itu yang semakin berazam nak gigi cantik.

Tapi disebabkan kisah gigi bongsu liz naik tak sekata pula baru-baru ni, dia dah menolak gigi-gigi lain ke tepi dan secara tak sengaja nya telah memberi kesan kepada gigi hadapan liz yang cantik ni. Hehe ~ Korang boleh tengok contoh gambar dekat bawah ni sebab mungkin ada antara gambar di bawah merupakan cara salah satu gigi bongsu korang tumbuh:

Sumber Google 
(Gigi bongsu liz naik seperti Mesial Impaction)

Gambar bulan 12 tahun lepas. 

Sebenarnya dia naik sikit-sikit liz tak perasan pun. Bila selalu selfie senyum-senyum baru ternampak eah asal ternaik sikit ni. Terus panic cari retainer lama tapi dah rosak. Hehe. Makanya ke klinik gigi buat baru. Pada mulanya bila liz ke klinik Dr. suggest pakai braces, bila liz cakap liz dah pernah pakai braces, sekarang ni cuma nak retain kan semula agar gigi tersebut masuk semula ke kedudukan sebelum ni. Jadi Dr. suggest kan liz pakai retainer. Tapi kemungkinan nanti Dr. akan kikiskan sedikit gigi bahagian kiri gigi untuk dapatkan ruang gigi hadapan bergerak. Dah takda ruang dalam mulut, kesian gigi tak da tempat nak naik. Sob-sob ~

Dulu liz pakai invisible retainer ni.Tapi keburukannya ialah retainer ni sangat sensitif kalau korang cabut terjatuh atau terkena benda kuat sikit benda ni senang pecah. Bila nak makan kena tanggal! Leceh~ 

Haha selekeh first day with retainer. I came late to office.

After a week. Liz punya sebutan sangat lah teruk! 
(Nak gigi cantik macam pika xoxo.)

Sesetengah perkataan sebutan nya sengau dan liz kerap gunakan bi untuk bertutur sebab pronunciation nya lebih tepat berbanding bahasa melayu. Bila liz cakap melayu kadang-kadang sebutan nya tak jelas dan orang tak faham. Rasa macam mat saleh celup. PELAT! Rasa malu bila orang detect kita cakap melayu tapi bunyi pelik kenapa. Macam tu la perasaan. Liz nak kurangkan bercakap tak boleh sebab liz kerja memang kena bercakap. Layankan jela. Air liur pun rasa banyak je pada permulaan pakai. Sangat tak biasa!

Tapi bila masuk minggu kedua semakin seronok sebab liz dah boleh biasakan diri dengan cara sebutan. Boleh biasa kan diri dengan lelangit yang sedang melekat dengan retainer. Dah boleh biasakan diri makan guna retainer. Best! 

Latest gambar hari ni. Gigi liz dah bergerak ke belakang sikit-sikit. 


Retainer sekarang!
Kalau boleh 24 hours pakai walaupun benda ni boleh tanggal kecuali waktu berus gigi yes wajib bersihkannya sekali.

Ini la dia retainer liz, liz rasa ramai yang dah tahu retainer ni apa. Selalunya retainer ni orang yang lepas buka braces akan pakainya setiap hari selama lebih kurang 1-2 tahun. Yes! You guys kena follow arahan tersebut kalau tak nak jadi macam liz sebab liz hanya pakai selama setahun lepas tu rasa malas sebab tengok gigi cantik sangat dah. Haha! Tapi hakikatnya korang kena tahu gigi kita yang pernah pakai braces tak sekuat gigi mereka yang tak pakai braces. Kenapa? Sebab gigi yang dah pernah pakai braces dah terbiasa dengan gerakan gigi ke kiri ke kanan. Maksud liz tekanan braces pada gigi dah membuatkan gigi mudah bergerak. Jadi bila gigi bongsu naik. Korang rasa? 

Korang pun dah boleh jawab kan. Gigi liz bergerak kedudukan sebab ada tekanan dari gigi belakang. untuk kenalkan semula kedudukan liz kena pakai retainer supaya ianya tidak bergerak sesuka hati dia. Korang boleh dapatkan nasihat Dr. gigi yang terdekat ye sebab liz bukan mahir sangat bab-bab ni. Cuma shared knowledge dan pengalaman yang ada dengan korang. 

Mengenai kos pula, liz buat ni dekat I Care Dental Subang Jaya. Price starting with RM350-RM1K.