RUTIN PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT DENGAN KO SKIN SPECIALIST PRODUCT | Assalamualaikum beautiful ladies.  As per request daripada readers trough emails dan juga whatapps yang selalu bertanya perihal rutin penjagaan produk kulit harian liz dan cara penjagaannya. Oleh itu liz buat 1 special entry RUTIN PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT hari ni untuk korang. #muahciked

Langkah Pertama:


Amboi muka ber-make up bagai kan liz. Liz jarang make up heavy macam ni, selalunya bila liz ada photo-shot untuk modeling baru lah MUA akan make up yang heavy-heavy sikit. Faham-faham je lah kan macam-macam make up melekat dekat muka ni. (Siapa kata orang ada jerawat tak boleh jadi model?) Liz dah buktikan! Korang pun boleh tau. Jangan rendah diri sangat tau.

Bila sampai je rumah liz terus ambil Bio Perform Cleasing Oil (1 CO) untuk remove semua make up yang ada dekat muka. Mudah untuk hilangkan make up yang waterproof juga tau.

Cara penggunaan 
Dermax Bio Perform Cleansing Oil 1CO 120ml RM128

Pastikan tapak tangan korang kering. Kemudian titiskan beberapa titik ke atas tangan dan gosokkan ke seluruh muka dan juga leher.  Bila dah rata ke seluruh muka boleh lah remove dengan air / air suam.

Langkah Kedua:



Ini ialah keadaan muka liz bila dah guna Bio Perform Cleasing Oil.  Lepas bilas dengan air kemudian liz akan guna pula Purifying Cleasing Gel.

Cara penggunaan
KO Dermacare Purifying Cleansing Gel 220ml RM198

Pam kan sedikit cleasing gel ni atas tapak tangan dan cuci seperti biasa anda cuci muka. Bagusnya pencuci muka ni sebab dia sesuai untuk semua jenis kulit. Lagipun ada kandungan extract timun. Yang liz tahu lah kan extract timun ni bagus untuk kulit yang ada jerawat.

Langkah Ketiga:



Happy face!!! Bersih sangat muka bila dah cuci.  Kemudian liz akan keringkan muka dulu dengan tuala bersih. Lepas tu liz akan guna Ko Dermacare Anti-Acne Mist. 

Cara penggunaan:
Ko Dermacare Anti Acne Mist 65ml RM120

Mudah sangat-sangat nak guna ni. Cuma perlu spray je ke seluruh muka. Anti Acne Mist berfungsi sebagai toner muka tetapi bagusnya Anti Acne Mist boleh digunakan sebagai penyegar muka. Contohnya liz selalu keluar dengan muka bermake up dari pagi sampai petang, nak mudah spray je supaya muka nampak kekal segar. :) Best kan? 

Langkah Keempat:



Langkah terakhir liz akan guna Vitality Purifying Essence.


Cara penggunaan:
Ko Dermacare Vitality Purifying Essence II 30ml RM180

Liz selalu akan gongcang sikit botol ni dan letak beberapa titis ke cotton pad ni.  Fungsi essence ni untuk balance kan PH kulit liz. Selain tu juga consultant pernah bagitahu liz essence ni sesuai untuk kawal minyak dekat muka. Jadi liz selalunya akan sapu lebih di area dahi dan juga area T zone. Memang sangat-sangat sesuai kulit berminyak.



Tadaaaaaa. Hasil my skin. Clean giler. Lepas tu dah boleh tidur. Kalau rajin liz akan pakai Sago Mask. Boleh baca pasal Sago Mask di SINI Tapi kalau ada jerawat 1 2 biji liz akan letak acne gel cepat-cepat. Alhamdullilah happy to be happy that my skin recover a looootttS! Tak sabar nak pulihkan parut dekat muka dan juga baiki clog pores. 



Love you face / Love your body / Love your skin
Liyliz Yusof





UBAT JERAWAT KLINIK DR KO | 

Assalamualaikum beautiful ladies.  Seronok tak hari sabtu korang semalam? Semalam liz bersemangat waja menghadiri kenduri kendara saudara mara.  Selalunya liz ni bukan rajin sangat nak hadiri kenduri-kenduri ni sebab MALAS nak jumpa sedara mara yang suka buat soalan macam ni "Kenapa muka banyak jerawat ni? Tak jaga lah ni." Eh hello hello haishhh tahan kesabaran please.  Pernah tak korang alami situasi macam ni? Liz dah banyak kali kena! Simpan rasa hati terluka dalam-dalam di lubuk hati tau. #mencikkkkkk






Tapi dengan adanya Ko Series Acne Therapy Solutions Clarifying Treatment Gel korang tak payahla risau sangat sebab gel ni boleh bantu kurangkan tindak balas bakteria jerawat dekat muka tau.  Selain tu juga Acne Gel ni pun tolong kurangkan kemerahan kesan jerawat. 

Detail product:
Ko Series Acne Therapy Solutions Clarifying Treatment Gel 20g RM99

Cara penggunaan
Selepas sesudah cuci muka korang boleh titiskan pada jari kemudian boleh sapukan di bahagian yang kerap naik jerawat.  Gel ni boleh membantu merencat kenaikkan jerawat baru. Terutamanya dia bahagian T Zone dan juga di bahagian kulit berminyak.




Tadaaaa! Liz suka guna Acne Gel lepas solat magrib jadi semalam waktu pakai Acne Gel ni teringat pula dekat korang yang suka baca blog liz. Jadi liz pun rasa macam rajin je hari ni nak share dengan korang.  Cuba korang tengok ada tak lagi mana-mana jerawat? Dekat dahi tu nampak tak dah kecut pun. Dekat pipi ada tak? Ada parut dan juga kesan hitam yang semakin pudar. Lepas dah baik semua ni liz nak atasi masalah open pores pula. Lepas tu kena buat treatment sikit ni sebab ada oil seed di bahagian tepi hidung dan juga bawah mata.



Ini gambar semalam. Kemain lagi liz senyum penuh yakin!!! Opss sorry Encik Boyfren nampak gayanya kulit kita ni dah ten ten.  Suka sangat menyising lengan baju sekarang ni. Almacam habit pula sejak akhir-akhir ni. Sempat lagi ni nak putih kan sebelum hari berbahagia? Eah! 





PERSIAPAN PINDAH RUMAH DAN BILIK BARU | Assalamualaikum beautiful ladies. Minggu yang sangat memenatkan tapi dek semangat tinggi yang menebal dalam diri untuk pindah rumah baru dan bilik baru.  Jadi liz persiapkan diri liz dengan beberapa persiapan untuk menjadikan rumah dan bilik baru liz sama seperti rumah dan bilik sekarang.

Untuk makluman korang semua ladies. Liz akan berhijrah dari Pahang ke Selangor demi career dan future ehemmm. #marriedsoon maybe? Tak mungkin liz nak bawa semua barang dalam bilik pindah sana betul tak? Tapi dalam masa yang sama liz nak bilik baru tersebut sama macam dekat rumah.

Ada banyak bantal. Ada banyak barang-barang craft liz. Ada banyak sampah sarap. Hahahaha. #penyepah Rasa segan pula nak bawa Mr. Teddy bear besar tu nanti roommate fikir apa pula. Saiz Mr. Teddy tu pun dah separuh tilam.  Lepas ni takda katil. Beli tilam je tidur kat bawah. Tiba-tiba muncul perasaan excited bila mak abah suruh liz belajar bedikari. Masak mengemas semua sendiri. Alah nanti sahur siapa nak kejutkan? 

Seperti yang korang tahu liz juga ada felt shop online. Dah dua bulan liz tak ambil tempahan sebab nak tumpu kan perhatian pada business baru liz di ZILAZLOVER. Korang jomlah like page Zilazlover ye ada banyak promosi ada nanti.  Okay jadi bulan ni liz jahit dua biji bantal untuk di bawa ke Selangor. Kiranya buat peneman lah tu peluk-peluk. 

To always remind me : Tanggungjawab untuk kongsikan acne journey liz dengan korang semua dekat sana. Sebenarnya korang juga banyak bagi semangat dekat liz bila korang cerita masalah korang liz cuba untuk jadi kuat dan beri semangat tu dekat korang. Ada yang hantar gambar kulit muka dorang dekat liz. Liz faham sangat apa korang rasa bila keadaan macam tu. Tapi jangan putus semangat InsyAllah boleh pulih. :)




2nd felt pillow yang bertulis beauty liyliz sempena nama blog liz beautyliyliz.blogpsot.com dan simbolik to remind me that every body deserve to be beautiful. I want be beautiful too. You too darling. By the way kalau korang nak tempah felt pillow dengan liz boleh wasap liz 017 9804423 tempahan June akan dibuka pada minggu hadapan. Yey ... jadi buat korang-korang yang asyik dah tanya tu kan. Boleh lah tempah awal-awal sebab dalam sebulan liz selalu terima  4 -6 biji Felt Pillow je. 

Love your face / Love your body / Love your skin
Liyliz Yusof
BAGAIMANA CARA SAYA TAMPIL YAKIN DENGAN MASALAH JERAWAT | Assalamualaikum dear beautiful sisters.  Terima kasih kepada semua yang emailkan kepada liz dan memberi komen-komen yang positif dan juga hantarkan beberapa pertanyaan mengenai beauty tips. Terima kasih juga kepada mereka yang percaya kan liz untuk dijadikan pendengar masalah korang. Kadang-kadang liz berasa "Layak ke liz ni menjadi pendengar luahan korang?" Sedangkan aku liz sedang mengalami masalah yang sama dan mungkin lebih teruk daripada korang semua. 

Masalah yang liz maksudkan ialah masalah Kulit Berjerawat.  Liz rasa tak semua orang faham macam mana perasaan seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat melainkan mereka sendiri mengalaminya. Betul?

Dengan rendah hati liz membaca satu email daripada seorang pembaca blog liz. Pada pendapat liz untuk meluahkan sesuatu beban yang terbuku di hati sendiri kepada seseorang yang anda tidak kenal bukanlah perkara yang mudah. Jadi bila ada seseorang luahkan perasaan dia melalui penulisan yang seperti di bawah ni liz faham sangat sebab liz pernah alami perasaan macam ni. Terima kasih kerana percayakan liz dan pilih liz sebagai sahabat alam maya. :)



Pertama sekali liz jelaskan dekat sini. Untuk pertama kali liz mulakan rawatan dekat Ko Skin Specialist ni memang guna duit sendiri. Liz tidak dibayar untuk promote product mereka pun tapi liz start blog pasal Ko Skin Specialist ni sebab liz nak kongsikan perjalanan #AcneJourney liz dengan korang. Sebab liz rasa dengan cara ni liz tak rasa keseorangan. Liz rasa nak fight problem ni sama-sama dengan korang yang ada masalah yang sama dan cantik sama-sama dengan korang. Malu nak keluar dengan kawan-kawan? Yes pernah rasa. Malu nak keluar dengan boyfriend? Yes pernah rasa. Boyfriend bandingkan kita dengan perempuan lain? Yes pernah rasa (tapi ini bf dulu masa uni). Boyfriend tak sanggup nak teman liz buat treatment sebab rasa bored giler menunggu. Yes pernah itu cerita dulu. Bila gathering je dengan Family mesti ada yang tanya eah kulit tak elok lagi ke? Bukan pakai product mahal ke? Arghhh stress kan? Hah tapi bermula setahun yang lalu I met someone yang banyak membantu liz build up confident and stick with person yang banyak beri anda pengaruh positif okay. (POWER OF LOVE kunun) Hahaha

Boleh klik pada gambar untuk baca entry yang lepas.

10 PEKARA LIZ BUAT UNTUK LALUI SEMUA INI.

1. Tengok cermin dan lihat apa yang ada pada diri kita. Bila tengok dekat cermin satu perasaan syukur itu timbul walaupun muka merah-merah ada jerawat.  Liz ada hidung, ada mata, ada telinga, ada mulut dan liz ada kaki tangan. Ya Rabbi syukur nya diri ini andai dibandingkan dengan mereka yang tidak sempurna.

2.  Senyum. Dan buat perkara yang anda suka. Elakkan STRESS!!! 

3.  Selfie. Filter pictures yesss liz suka sangat buat semua tu. Sebab tak sabar nak cantik macam dalam gambar yang di filter kan. Jadi usaha dan disiplin pun lebih untuk tampil cantik.

4.  Pilih seseorang yang ada rasa mampu buat anda rasa berkeyakinan. Macam liz, bila liz ada jerawat naik sebiji ke dua biji ke liz akan cerita dekat BF liz. "Abg.. liz ada jerawat ni hah ala macam mana ni tak cantiklah liz." Siap hantar lagi pica dekat wasap BF sebab nak tunjuk buruknya rupa ada jerawat.  Dan sebaliknya BF liz akan bagi motivasi dekat liz dan cakap "sikit je tu, cepat-cepat pergi letak ACNE GEL. Cepat-cepat pergi letak cream A B C ke D ke."

5.  Bila nak keluar dengan kawan-kawan / BF liz akan make up. Sebab bila make up liz rasa lebih berkeyakinan. Walaupun tak xdapat tutup jerawat tapi sekurangnya manis lah juga daripada muka togel. Hehe.

6.  Selalu minum LEMON WATER. Detox setiap hari sebab nak singkirkan toxic dalam badan. Nak beli minuman Detox tak da duit sangat.

7.  Liz puasa daripada makan benda berminyak / bergoreng / seafood / benda-benda yang alergik dengan liz tak makan. (Tapi bila makan liz cepat-cepat buat lemon water). 

8.  Tak putus asa. Jangan pernah putus asa kalau korang cuba sesuatu product tu tak berjaya.  Walaupun liz da setahun 4 bulan dengan Ko Skin Specialist masih tak FLAWLESS takpe. Sebab sekurangnya jerawat dah tiada. Tinggal parut je dan ada masalah liang pori terbuka dan tersumbat. 

9.  Sabar! Jangan mudah beralih bertukar dengan product. Please jangan mudah terpengaruh. Kalau korang rasa product tu dah okay dengan korang, jangalah gatal-gatal pergi tukar. Lantak lah kulit orang lain tu kalau sesuai pun belum tentu sesuai dengan kulit korang.

10.  Pekak kan telinga dengan sindirian dan kritikan manusia yang jahat! Dan terus berusaha dan buat perkara yang bahagiakan korang. 

p/s kalau korang rasa kawan2 / BF korang suka dekat korang sebab rupa. Say Good Bye je dekat dorang. Chill girls. Berdampinglah dengan mereka yang selalu beri korang semangat dan sokongan.



Hi korang. Sebelum ni selalu hide BF. First time letak dekat blog takda sticker. (malu-malu kita)
Dia lah yang selalu hantar liz dan tunggu liz bt treatment. Teman shopping barang2 kecantikkan. Ambil jemput liz dan sokmo pastikan liz selamat walau dimana berada. (dengan doa kan boleh) :) Cuba faham perasaan liz. Selalu cakap liz cantik. Cakap liz comel / seksi / havoc / cantik / jelita. Hehe (tambah-tambah sendiri) 
Kesian dia tidur dalam kereta  sebab penat la tu teman liz shopping. 

XO XO ! 
Love your face - Love your body -Love your skin
Liyliz Yusof




TUDUNG BAWAL YUHANIS DARI ZILAZLOVER | Assalamualaikum semua penggemar fashion tudung. Semenjak Zilazlover update stock tudung bawal YUHANIS ni para admin di Zilazlover sampai tak menang tangan nak melayan wasap. Tapi alhamdullilah kami di Zilazlover akan cuba memberi yang terbaik buat anda semua.

Material Bawal Yuhanis ada pelbagai jenis. Sebagai contohnya :
1. Cotton Satin
2. Satin Korea
3. Satin Crepe
4. Satin Chiffon
(Dan pelbagai lagi)

Dan pelbagai lagi jenis material yang lain. Harga juga berbeza-beza. Owner Zilazlover sendiri sedang mengejar material-material yang terbaik untuk dikeluarkan. Buat masa ni first batch Zilazlover untuk koleksi Bawal Yuhanis ialah berjenis Cotton Satin.

Ciri-ciri Bawal Cotton Satin Zilazlover

✔ Material daripada 'Cotton Chiffon' berkualiti tinggi
✔ Satu saiz muat untuk semua
✔ Bidang 50'
✔ Labuh menutupi paras dada
✔ Terdapat pelbagai variasi warna
✔ Ada lebih daripada 20 warna
✔ Sesuai di gayakan untuk semua majlis mahupun bersantai
Harga RM20 [ Tidak Termasuk Postage ]













BERMINAT UNTUK BELI SEHELAI / BORONG BOLEH WHATAPS

: 019 6902685
: 017 9804423

BOLEH JUGA LAWATI ZILAZLOVER PAGE 


CARA MENGGUNAKAN KO DERMACEUTICAL PERFECT SAGO HYDROGEL MASK | Assalamualaikum beautiful ladies. Sebelum liz menceritakan lebih lanjut mengenai SAGO MASK, liz nak tanya korang semua ingat lagi tak entry liz mengenai Brightening Cream yang liz ceritakan dalam blogspot liz yang lalu? 

Haa yup cream yang sangat berkesan memudarkan dark spot dekat muka liz tu.  Harga untuk 30g ialah RM380.00 dan liz tak nafikan bagi sesetengah pihak harga tersebut agak mahal. Janganlah risau sebab pihak Ko Skin Specialist sebenarnya ada sediakan packaging yang lebih kecil dengan harga yang berpatutan untuk korang semua.  Kita boleh cantik sama-sama jangan sedih-sedih okay. Korang boleh beli Brightening Cream 10g iaitu dengan harga RM180.00 tapi dengar cerita pihak Ko Skin Specialist ni selalu buat Sales Promotion tau. Jadi korang kena selalu pergi ke FB Page mereka di sini untuk melihat updated info yang selanjutnya. 




Hari ni pula liz nak kongsikan pengalaman pertama liz menggunakan Ko Dermaceutical Perfect Sago Hydrogel Mask yang lebih dikenali dengan panggilan SAGO MASK.  Sejujurnya ini kali pertama liz dengar mngenai Sago Mask.  Dua minggu lepas liz buat research di Internet mengenai Sago dan kenapa ianya boleh dikaitkan dengan product kecantikkan? Dan apabila membuat beberapa pembacaan di Internet barulah liz tahu yang sebenarnya Sago ini telah dibuktikan oleh beberapa penyelidik bahawa ianya bersifat anti-pengoksidaan, anti-bakteria dan juga anti-penuaan. Selain itu juga ia berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan juga menyerap lebihan minyak di sekitar permukaan kulit. Sago Mask ni sesuai dipakai oleh semua jenis kulit sebab ianya 100% diperbuat daripada sumber semula jadi dan bebas daripada bahan kimia.


Cara menggunakan-nya:



1.  Koyakkan sahaja plastic aluminium tersebut dan anda akan lihat 1 Sago Mask yang telah        dipisahkan menjadi 2 bahagian.





2. Tarik plastik jernih tersebut dan keluarkan bahagian mata dan juga mulut.




Anak itik baru menetas ni!

3. Letakkan bahagian bawah terlebih dahulu kemudian di ikuti dengan bahagian atas Sago Mask. 


Tadaaaaaaaaaaa! Siap! Korang boleh nampak dan bayangkan tak bentuk Sago Mask tersebut? Korang akan nampak yang Sago Mask ni seperti JELLY GEL sebab tu sesuai dengan nama penuh dia SAGO HYDROGEL MASK. Yang best nya Sago Mask ni dia tidak melekit dan tidak berair.  Jadi penggunaan Sago Mask tidak mengganggu aktiviti anda yang lain seperti menonton tv / buat kerja sekolah / memasak / basuh kain / menyapu rumah pun boleh. Haaa hebat kan kegagahan Sago Mask ni.




Liz kan dah cakap tadi penggunaan Sago Mask ni tidak membataskan aktiviti harian anda.  Liz kebiasaannya akan buat design felt craft pada waktu malam. Manakala Sago Mask ni pula tidak seperti masker yang lain.  Kebiasaan masker hanya memerlukan 10 hingga 15 minit tetapi berbeza dengan Sago Mask. Sekurang-kurangnya anda perlu memakainya lebih kurang 45 minit ataupun lebih dari 45 minit.  Liz pula selalunya akan pakai lebih daripada 2 jam!  Sebenarnya semakin lama korang pakai semakin bagus khasiatnya masuk ke dalam kulit tau. Korang boleh rasa sangat selesa bila memakainya. 




AuCakk! Busuknya saya tak mandi lagi.

Okay ini ialah lebihan Sago Mask di bahagian mata dan juga mulut liz akan pakai pada esok paginya pula.  Liz rasa sayang sangat kalau tak guna daripada buang kan membazir. Betul tak? Jadi bila liz bangun pagi kebiasaannya untuk sembahyang subuh jam 630 pagi.  Sesudah selesai sembahyang liz akan ambil kepingan tersebut dan tampal kan di bahagian pipi dan dagu. Lebih kurang jam 730 pagi liz akan bersiap untuk masuk pejabat. :) Yey! Muka pun nampak bertenaga da lebih cerah tau pakai Sago Mask ni. Tambahan lagi khasiat Sago mask ni mampu merawat sunburn.




Ini ialah bentuk mask tersebut apabila liz dah pakai melebihi 2 jam. :)

Optional untuk memakainya dengan lebih kemas anda boleh menggunakan Non-Woven Cloth yang disediakan di dalam kotak Sago Hydrogen Mask ni seperti contoh di bawah:



Cara guna: Selepas korang pakaikan Sago Mask dekat muka kemudian korang ambil Non-Woven Cloth ni pakai kan pada Sago Mask. Sarungkan terlebih dahulu lubang telinga kiri / kanan dan siap :) Kemas melengkap di muka. 


Harga KO Dermaceutical Perfect Sago Hydrogel Mask 5pcs/box RM280


Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawah mengenai Ko Skin Specialist  :

Facebook page  






MABELLINE HYPERCURL MASCARA | Assalamualaikum beautiful ladies.  Macam mana weekend korang pada minggu lepas? Ada apa-apa koleksi make up baru yang di beli tak?  Dulu liz bukanlah seorang yang suka make up tapi sejak dah bekerja ni yeah penampilan itu begitu penting untuk mempamerkan identiti diri.  Orang putih kata "First Impression is Important"! Hah macam gitu lah mek eah.  

Minggu lepas liz dapat email daripada pihak Maybelline untuk mencuba Hypercurl Volume Mascara mereka yang telah diperbaik pulih dengan lebih baik daripada sebelumnya.  Liz memang antara pengguna Maybelline bagaimana pula dengan anda?  Seperti gambar di bawah Mascara koleksi liz ialah limited ed yang packaging nya Hello Kitty. Pada liz harganya sangat berpatutan untuk semua golongan tak kira pelajar ataupun mereka yang sudah bekerja.  


Excited tunggu parcel ni sampai sebab Mascara liz pun dah habis.  Baru cadang nak beli pada hujung minggu lepas tapi dapat pula gift daripada Maybelline sebatang Maybelline Hypercurl Mascara ni hah "Bagai orang mengantuk disorong bantal" lah kan.  Hehe cuba belajar menggunakan perumpaan melayu semula. Eah tetiba rindu zaman sekolah dulu pulak.


Okay masa Sabtu lepas liz cuba Mascara ni. Testing 1 2 3 lah konon-kononnya nak pakai nanti untuk keesokkanya ahad.  Ahad nak jumpa BF hehehe. Jadi bila liz test dan snap gambar liz tengok mata yang pakai mascara lebih segar dan ceria berbanding dengan mata yang tiada mascara.  Selalunya kebanyakkan orang tak suka pakai mascara sebab susah nak cuci bila nak solat kan? Begitu juga dengan liz tapi mascara yang baru ni cucian lebih mudah dan kemas. Maksud liz tak comot ke sekitar bawah mata tapi perlulah ada tektik nya juga ye you alls. 


Rajin-rajinlah juga visit website mereka. Supaya korang tak terlepas product-product baru daripada Maybelline. :) www.maybelline.com.my

KYRA SHIMMERY SHAWL CLEARANCE STOCK SALES | Assalamualaikum beautiful ladies. Pertama sekali liz nak bagitahu semua orang yang ZILAZLOVER telah pun beroperasi lebih kurang sebulan yang lepas. Yey! Alhamdullilah walaupun masih baru dan masih lagi baby perniagaan ni tapi sambutan di kalangan rakan-rakan dan kenalan terdekat sangat memberangsangkan. Terima kasih korang!

Hari ni seperti diwar-warkan di Facebook Page Zilazlover dan juga di Instagram. Kami sedang menghabiskan stock Kyra Shimmery Shawl.  Dalam stock kami masih ada 4 warna yang sedang menanti tuannya daripada 13 warna kesemuanya. Jadi buat anda semua yang inginkan kelainan dengan  memakai Kyra Shimmery Shawl boleh wasap Liz di 017 980 4423.  Kyra Shimmery ni berinspirasi kan daripada penampilan Dato Siti Nurhaliza yang gemar memakai shawl plain yang glitter.  Jadi kami cuba exclusive kan shawl tersebut dengan membuat shimmery shawl instead of glitter shawl.

Anda boleh refer gambaran di bawah. Jom wasap liz :)









Contoh Kyra Shimmery yang liz sendiri pakai.  Seriously memang sangat mudah dibentuk. Korang memang kena cuba dulu sebab korang tak kan jumpa dekat mana-mana tau. Hehe dekat Zilazlover je.  Tinggal 4 warna sahaja lagi jadi Zilazlover buat Clearance Stock ni cepat-cepatlah korang beli.  Wasap liz tau dekat 017 9804423



CARA PALING CEPAT HILANGKAN BLACKHEADS | OXY 
Assalamualaikum beautiful ladies.  Dalam minggu ni tiba-tiba blackheads menjadi pula di kawasan hidung. Liz pula takda masa nak pakai mask sebab asyik tertidur awal je. Hurmm dalam pukul 8 lebih dah terlelap. Bila bangun pagi-pagi dah nak bersiap pergi kerja pula. Kalau pakai mask mesti nak kena tunggu lebih kurang 15 minit juga.  

Jadi Oxy ni memang penyelamat di kala waktu macam ni.  Lepas je solat subuh lepas tu masuk semula ke bilik air basah-basah kawasan hidung terus tepek Oxy Nose Pore Strip ni. Sambil main phone tengok ig tengok email tak sedar dah kering. Terus je tarik. Lepas tu sambung lelapkan mata sekejap. Pukul 8 pagi bangun semula bersiap-siap untuk pergi pejabat. 







Hasil tangkapan pagi ni.
Selamat bekerja.