MY 2016 PLANNER BOOK | Assalamualaikum beautiful girl. Tinggal beberapa jam sahaja lagi menghitung untuk beralih arah ke tahun 2016! Yay ~ Macam mana dengan azam baru dah siap plan? Dan macam mana pula dengan niat-niat di tahun 2015? Selesai dah semua?

Kalau korang tanya liz, semua nya alhamdullilah selesai dengan baik. Hari ni liz nak kongsi diy planner book 2016 liz. DIY je kali ni, beli buku dekat Mr. DIY beli sticker dan guna kertas warna tahun lepas. 




Mula-mula liz cari calendar cute mute dekat Google lepas print. Korang boleh pilih macam-macam corak. Lepas tu liz tampal dekat kertas warna. 



Print semua tulisan yang korang rasa korang nak tampal nanti. Mudah dan jimat cost sangat-sangat. Tapi kalau tulisan korang lawa korang tulis dan warna je lagi bagus.




My Planner Book



Sticker RM1.90 ada family ada friends ada Love ~ Huhu 



Liz tampal dekat depan sekali sebagai mukadimah. 



Gunting dan tampal semua  kertas warna pink dan jadikanya divider dalam planner. 



First divider liz ialah untuk Blogspot. Tampal terus header dekat sini. Bila buka je terbayang dah blog hahah over gitu.  Setiap divider korang boleh buat macam-macam ikut kekreatifan korang. 



Huhu Agenda 2016 liz. 



Siap sudah hanya dalam beberapa minit je buat. Liz ada divide kepada 5 section iaitu Blogspot, Zilazlover, Acne Journey, Travel dan akhir sekali Dreams. Korang boleh tengok video dekat bawah planner diy liz yang dah siap. Korang share la gambar dengan liz planner book 2016 kongsi-longsi idea okay. Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua. 



Jemput tengok video juga. 
CARA BAYAR ZAKAT DENGAN MUDAH 'PPZ - MAIWP' | Assalamualaikum kepada para muslimin dan muslimat. Satu soalan yang kadang-kala pasti terdetik di dalam hati kita ialah "Kemana duit zakat akan diagihkan selepas membuat membayaran, telus ke mereka mengagihkan pembahagian zakat tersebut kepada yang memerlukan?" 



Ye tidak dinafikan bukan senang untuk kita membuat sesuatu tuntutan yang dituntut oleh rukun islam ke 4 ini. Ada sahaja bisikan-bisikan halus di telinga kita ini. Tapi tahukan anda bahawa zakat adalah wajib ditunaikan sekiranya mampu. Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Apakah syarat-syaratnya?

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[4]
" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudianwajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)[5]
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)[6]

Apabila disebut MAIWP, Wah apa pula maksud MAIWP ni? MAIWP bermaksud Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,  MAIWP ini telah dikemukan oleh Tan Sri Dr. Yusof Noor agar ditubuhkan agar memudahkan umat islam untuk membayar zakat. MAIWP ini pula diketui oleh Dato Haji Abdul Rahim Abu Bakar, ahli-ahlihnya pula terdiri daripada Haji Omar Thean Abdullahh, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz pada 20 Disember 1989. Sudah 26 tahun rupanya ia ditubuhkan. Tujuannya penubuhan ini adalah bagi memudahkan pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan melaksankan pengurusan berbentuk korporat.

Manakala Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pula ditubuhkan pada 1 Jan 1991 oleh MAIWP. Dimana tubuhnya PPZ ini adalah untuk memudahkan pungutan zakat. Objektif penubuhan PPZ adalah untuk:

1. Meningkatkan pungutan zakat.
2. Memudahkan pembayaran zakat.
3. Mendidik masyarakat islam tentang tanggungjawab berzakat.
4. Memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer.
5. Memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat.


Perkhidmatan PPZ - MAIWP yang disediakan ialah:

- PPZ - MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

- Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ke Mana Wang Zakat Di Agihkan?

Wang Zakat diagihkan kepada 8 asna (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At-Tubah ayat 60 melalui 28 skim (rujuk link bawah) bantuan bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Boleh klik link sini tau www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Kemudahan Yang Disediakan?

1. Portal www.zakat.com.my
Kemudahan ini disediakan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam) hanya Online je tau.
Menyediakan kemudahan Taksiran, Bayaran, Semakan Zakat

2. Aplikasi i-zakat
Bukan setakat i-phone, i-zakat pun ada sekarang ni. Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store.

3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

  • Wisma PPZ,Taman Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah,Lorong Haji Hussein 2 Kg Bharu
  • Masjid Negara,Jalan Perdana KL
  • Wangsa Maju,Wangsa Delima 6
  • Presint 9.Putrajaya
  • Presint Diplomatik,Putrajaya
  • Masjid At Taqwa,TTDI
  • Masjid Abd Raman B Auf,Jalan Puchong
  • Masjid Imam Al Ghazali,Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter 

Isnin - Khamis (8:15 a.m - 4.45 p.m)
Jumaat (8:15 a.m. - 12.30 p.m.) (2.30 p.m. - 4.45 p.m.)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu - 8.15 pagi - 10.00 malam
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember 



Tiada Alasan Sibuk! Online kan boleh ~

Kalau nak bayar online? Pun boleh juga korang sebab sekarang ni macam tak sah kalau tiada sistem pembayaran online. Jadi untuk anda yang berminat nak buat bayaran secara online, anda boleh pilih di antara 13 buah bank yang dilantik seperti dibawah ini:

Skim Thohir
-Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
-Potongan akan tertera di  slip gaji bulanan anda. Kan mudah agar anda tidak terlupa untuk melaksankan tanggungjawab anda. Lagipun tak salah berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ - MAIWP
-Terdapat 2 buah kaunter bergerak
-Bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
-Boleh membuat bayaran, taksiran, semakan zakat

AMARAN! Kepada semua yang masih ada fikiran negatif terhadap PUSAT PUNGUTAN ZAKAT perlulah di ubah kepada yang positif selepas ini kerana pastinya PPZ - MAIWP adalah sebuah pusat pungutan zakat yang berlandaskan hukum-hukum syarat.

Pihak PPZ - MAIWP sedaya upaya menggalas amanah yang berat ini dalam menerima Wang Zakat dan Mengagihkan Wang Zakat kepada pihak yang layak menerimanya agar tidak disalahgunakan.

Selain itu juga, masyarakat juga harus melihat PPZ - MAIWP adalah berperanan KUTIP dan AGIH kepada seluruh asnaf yang layak hanya di Wilayah Perseketuan bukanlah di seluruh Malaysia kerana setiap Pusat sudahkan mengagihkan bahagian-bahagian pusat pungutan.

Jadi perbetulkan tanggapan anda semua ya!

PPZ - MAIWAP - Pautan anda boleh layari seperti di bawah: 

1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan 
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) 
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP
4. Youtube.com/ppztv
5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP : 1-300-88-5757
6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP


7. Pusat Pangilan Baitulmal MAIWP : 1-800-88-5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614

Selamat Menjalankan Tanggungjawab Buat Semua.








MINGGUAN WANITA DECEMBER DI RUANGAN MAKE OVER | Assalamualaikum semua pembaca blog liz. Tinggal beberapa hari lagi sahaja kan untuk menutup tirai 2015. Alhamdullilah syukur dengan apa keinginan yang liz angankan tercapai juga mengikut waktu.. Berangan jadi cover girl? Tidak lah tinggi sangat angannya sampai ke tahap macam tu. Berangan nak masuk majalah duduk dekat ruang paling belakang pun nak suka sampai tak boleh tutup mulut ni ha ~ Tapi dapat duduk dekat tengah-tengah lepas tu 2 page letak muka keh tempek berkeping-keping, aok ade? Hehe ~ Gurau je. 

Tiba-tiba masa bulan November liz keluar dalam majalah Dara untuk 1 ruangan yang membincangkan hal trend Yuccie. Dan kali ni liz keluar dalam majalah Mingguan Wanita pula untuk bahagian Make Over. Seronok sebenarnya untuk orang yang pertama kali kena shoot 2 3 kali tapi kalau jadi model tu liz boleh bayangkan penat nya mereka nak bersiap-siap, tukar baju, posing sana sini. Lepas tu tukar lagi baju ~ Fuh. Kagum juga dengan mereka-mereka tu bukan sekadar tengok dorang cantik je sepangjang masa tapi cara kerja mereka pun boleh tahan penat. Belum lagi kalau dorang buat sesi outdoor. Fuh ~


Ni lah hasilnya selepas di posing 2 3 4 5 6 kali dapat lah 1 hasil yang ala-ala pandai posing sikit. Keras juga badan ni. Tapi liz suka sangat dengan Kak Has, wartawan yang invite liz ke sini sebab layanan dia baik sangat. Lemah lembut je bercakap, tolong betul kan baju liz. Rasa special pula. Dan pakaian yang liz pakai ni jenama daripada artis Syarifah Zarina. Okay happy sangat sebab model lain pakaian dari vendor je. Rezeki liz agaknya .. 



Ni gambar liz sebelum siap make up. Oh my pale skin.Tidak lah cantik mana tapi manis tu ada kan? Baik cakap ada! Haha ~ Step by step juga kena shoot, siap 1 bahagian kena bergerak ke bilik shoot, lepas tu balik ke bilik make up lepas tu other step pergi semula ke bilik shoot. Sampailah siap 5 step tersebut. 

Kalau korang berminat nak cuba-cuba join make over ni apakata check dekat ig Kak Has. Mana tahu rezeki korang ke. Okay jangan lupa follow dia di instagram @LIZARISSAADAM_MY atau boleh email beliau di norhasliza.shafi@karangkraf.com untuk berkongsi cerita pun boleh. 




SEPHORA AVOCADO MASK REVIEW | Assalamualaikum all. Dalam beberapa bulan lepas liz mendaftar sebagai ahli di Sephora. Liz rasa every girls will shout kalau nampak Sephora Store di mana-mana shopping complex nowadays. Kalau tak beli pun you guys mesti masuk nak menampak lepak-lepak try itu ini kan? 

Selepas menjadi ahli, dalam beberapa minggu kemudian korang akan dapat email dari Sephora untuk redeem Mask Sheet Sephora dekat store mereka. Dengan syarat hanya tunjuk kan email tersebut di kaunter. 

Best kan jadi ahli Sephora sebab dapat barang Free 1. Hoho ~ Jadi baru-baru ni liz pergi redeen Sephora Avocado Mask liz di Sunway Pyramid. Selepas dah seminggu baru liz pakai. Liz skin yang sensitive jadi takut juga nak try tapi kalau tak try rasa rugi. 

Okay jadi try la pun malam kelmarin letak dekat pipi muka. 


Bau nya best. Tak kuat sangat just nice. Liz suka ~ Memang tak dinafikan bila di pakai dekat rasa lembut dan moist je. Sebab liz sejenis kulit kering di bahagian dahi. 


Liz tak boleh nak share ingredient dia sebab tulis dalam bahasa cina. Dan mask ni memang made in China pun. 


Bila dah pakai rasa lega sangat sebab rasa lembut dan bahagian-bahagian yang ada line tu pudar. Tapi the worst is ~~~~ keesokkanya petang. JERAWAT naik bahagian dagu dan pipi 1 biji. Korang ada tak pengalaman macam ni? So far liz tak jumpa lagi mask buat liz rasa happy to next day. 
FELT PILLOW HAPPY BIRTHDAY DESIGN | Assalamualaikum semua. Korang tengah cari hadiah sempena hadiah Hari Jadi ke? Kalau korang tengah cari hadiah dan masih lagi tak tahu nak bagi hadiah apa, korang boleh order Felt Pillow dengan liz. RM 30 sebiji exclude postage tau. Kalau korang nak buat sendiri pun boleh, bahan-bahan yang perlu ada wajiblah kain Felt. Mana nak beli kain Felt? Korang boleh cari dekat Daiso. Macam-macam warna ada terjual di Daiso.


Antara warna yang liz nak buat ni.




Boleh draft dulu kalau korang takut nak lekat. 
Cuba-cubalah susun atur sendiri tengok cantik ke tidak.


Tadaaa ~ Siap sudah. Design yang simple dan cepat siap. 


Whataps 0102276292 untuk ordee.

SILKY GIRL PERFUME EGYPTIAN LILY | Bauan untuk akhir tahun 2015 ~ Setiap bulan kalau boleh liz nak perfume baru. Tak kisah la harga nya murah ke mahal yang pasti kena tukar-tukar bauan. 

Liz tak boleh fixed dengan 1 bauan sebab mudah jemu dengan bau yang sama. Kadang-kadang rasa nak muntah pun ye dengan bauan yang sama setiap masa. Korang ada tak perangai macam liz ni? 




First thing liz nak cakap liz suka bunga Lily. Sebab tu bila nampak botol dia ni liz terus ambil dan test bauannya dulu berbanding botol perfume yang lain. Bau dia best ada aroma macam grape fruit sikit kombinasi dengan berries. Bauan yang manis sesuai untuk mereka yang ceria dan sukakan bau bertenaga. 


Lagi 1 liz beli sebabnya ada percuma roll on nya sekali. Hehe ~ Suka benda free! Tapi perfume ni nak bawa balik Pahang bagi dekat Mak. Liz ambil yang roll on je cukup la. Hunting perfume baru lagi next month. :) Korang ada tak perangai macam ni yang suka kumpul perfume?



Last sekali nak cakap Merry Christmas kepada yang menyambutnya terutama buat colleagues Anna & Celes. 


KAISON KEDAI PERALATAN DECORATION COMEL - COMEL | Assalamualaikum semua. Jom hari ni baca pasal Kaison pula dalam blog liz. Kaison ialah sebuah kedai yang menjual macam-macam barangan yang comel-comel dan tempat ni memang sangat sesuai untuk semua orang yang comel macam liz. Yes comel macam liz! 

Ini ialah kali pertama liz terjumpa kedai yang jual barangan comel & unik & cantik & murah. Kalau korang suka pergi Ikea cari barangan decoration unik-unik makanya korang kena cuba sekali jejak kaki ke Kaison pula. Susun atur dalam kedai ni liz suka sebab teratur tak buat kepala pening. Nak tengok cuci mata pun rasa tenang je walaupun tak mampu beli lagi almaklumlah bulan dah tua ni.


Siapa nak minta kerja dekat Kaison boleh la hantar resume sana. Tu terpampang besar hiring ~ Barang decoration untuk Krismas pun banyak.


Terjumpa benda unik ni dekat sini. Plat pelbagai tulisan, siapa yang nak buat photobooth sendiri untuk hari bahagia boleh datang sini sebab ada banyak sangat benda-benda yang menjadi kegilaan korang nanti. Harga plat ni murah je RM6.90.


Haa siapa yang nak cari benda alah ni? Apa tah nama nak panggil lupa dah. Tapi boleh tulis title, date & description dekat situ. Liz check harganya dalam RM14.00 macam tu. 


Agak-agak siapa nak jadi kreatif deco photobooth sendiri boleh beli benda ni. 


Terdapat pelbagai jenis bantal yang cuteeee muittt weh. Harga baru RM14.00 lebih macam tu je. Liz rasa nak ambil semua tau tak!


Bila di tengok-tengok muka aku macam makin bulat pulak. #sigh diet pipi please ~
BTW nampak tak bantal yang liz pegang tu, sekarang ni kan trending bantal Mrs Always Right & Mr Right betul tak? Kalau korang nak bantal macam ni datang je sini beli sendiri. Murah weh ~ 


Siapa yang nak deco rumah kasi comel-comel boleh pilih macam-macam hiasan dekat sini. Home is WHERE our Story Begins :) hiks hiks malu pula rasa nak hanging plat ni. 


Dekat sini ada banyak sangat frame yang unik-unik. Harga memang murah korang datang je pilih mana 1 korang suka. 


Siapa nak cari bekas lilin yang comel-comel meh sini juga. Banyak sangat ~ All is favorite liz. Alan memang tahu liz suka lilin jadi dia rekemen macam-macam bekas lilin sampai liz tak tahu nak pilih yang mana. 


Ada banyak paper bag yang cute-cute juga dekat sini.


Pelbagai jenis saiz tali ada dekat sini. Korang tinggal pilih dan bayar je hah. 


Siapa yang tengah semangat decorate new year diary planner tu boleh cari sticker murah dekat sini. Belum lagi liz tunjuk wall paper yang cantik-cantik. Giler korang nanti tak nak keluar dari kedai ni. 


Ada Jelly Sticker OMG supper cute warna dia striking. 


Penyepit baju boleh penyepit hidung pun boleh ~ Banyak nya supper cute decoration penyepit-penyepit ni!


Siapa yang nak buat birthday party nak guna tissue cute mute macam ni pun boleh datang sini beli. Liz tak faham kenapa semua benda nak buat jadi cute!


Okay liz dah tak larat nak upload gambar yang comel-comel dalam blog ni. Kalau korang nak tahu apa lagi yang ada dekat dalam Kaison ni boleh la ke Kaison Setia City Mall. Level berapa pepandailah korang p check dekat maps Mall mereka ye. 

Good Nite. Esok kerja! 
BERENANG KETIKA DATANG BULAN ATAU PERIOD | 

Boleh ke nak berenang ketika period ni, darah tak keluar ke dalam kolam? Tertanya-tanya pula, tiba-tiba rasa tak yakin nak berenang ketika sedang datang bulan.

Aktiviti yang paling-paling liz suka buat selain Zumba, Work Out dan jogging ialah berenang! Yes liz suka sangat berenang walaupun masih lagi dalam usaha membaik pulih cara penafasan semasa berenang. 

Jadi hari ni liz nak kongsikan pengalaman liz sendiri berenang ketika datang bulan ataupun bahasa yang lebih familiar ialah period. Semalam liz bersama dengan favorite girlfriends liz pergi buat aktiviti rutin kami seperti biasa. 


Selalunya setiap hari Jumaat tapi semalam tiba-tiba nekad pula pergi berenang weekday. Kebetulan pula liz tengah period, agak-agak boleh ke liz berenang sewaktu period ni? Habislah kolam warna merah nanti? Selesa ke berenang waktu period? Sebenarnya boleh je berenang waktu period ni bahkan lagi digalakkan untuk kurangkan sakit pinggang semasa datang haid.  

Secara scientific kajianya liz memang tak arif sangat, ada yang mengatakan bahawa berenang ketika period boleh kurangkan rasa cramps and make you feel better all over the pain. Tapi liz rasa memang best bila masuk dalam air dan terampung cuma dari segi tenaga untuk berenang terasa sedikit perlahan. Maksud liz, nak kuak tangan dan nak kayuh kaki tu rasa berat je. Jadi liz banyak bertenang dan terapung lepas tu kayuh perlahan-lahan. Secara tak langsung mood yang moody pun ceria je. Rilex dan terampung haha ~ selesa ~

Mesti korang nak tahu liz pakai pad ke tidak semasa berenang? Masa turun berenang liz terus tukar new pad, maksudnya korang jangan lah turun dengan pad yang banyak darah semua tu. Better tukar sebab nanti mesti pad korang tu akan masuk air. Berenang pakai pad agak tak selesa sebab rasa basah semacam. Oppss wanita semua sahaja kan yang baca? Sebenarnya tiada sebab untuk malu period atau haid dengan lelaki sebab lelaki pun ada ibu ada adik beradik perempuan. Tak  faham juga dengan lelaki yang suka pandang rendah pada perempuan bila kita datang haid, seolah-olah perempuan ni lemah sangat dan bila kau datang haid itu ini tak boleh buat.  Sepatutnya mereka pun kena tahu bila esok lusa ada anak perempuan nak dijaga. 

Lepas tu kawan liz ada cakap, liz tak payah pakai pad lah, darah tak keluar sebab pressure air lebih tinggi dari diri liz tu. Okay liz pun tak berapa ingat pasal pressure2 ni semua last masa sekolah je belajar Fizik dulu. Liz pun pergi tukar, bila tukar tengok pad yang tadi masih lagi bersih. Okay terus tanggal cepat-cepat dan masuk semula dalam air. Kalau lama-lama duduk dekat luar risiko untuk darah keluar menitik-nitik juga tinggi. Haa nanti malu korang ingat darah keguguran pula lalu turun tepi betis tu. 


Daripada petang berenang sampai ke malam. 

Bila naik dari berenang tu memang tak da darah keluar ketul-ketul ke memang tiada. Dah lebih kurang 2 jam dalam kolam tangan pun dah kecut-kecut. Siap mandi semua terus liz pakai pad semula. Rasa lega sangat lepas berenang tau tak. Perut pun lapar pergi lepak mamak-mamak chillex-chillex dengan kawan-kawan. Happy! 

Balik terus tidur nyenyak dan lena sangat. Pukul 8 baru terjaga haha ~ Mujur company jenis okay-okay hang nak datang pukul berapa. Janji kerja siap lah yek. 


Boleh tengok video kami berenang. Jomlah berenang sekali girls. Spend your time with your favorite girlfriends sure be super cool. 

KONSEP MAKAN DALAM KOTAK DI THE SUMBS CAFE SHAH ALAM | 

        Assalamualaikum. Hari ni liz nak kongsi kan pengalaman pertama liz makan berkonsepkan dalam kotak. Walaupun korang makan dekat sana tetap kena makan dalam kotak. Jangan nak mengada-ngada nak minta pinggan mangkuk lah weh. Takda punya. 




Gambar daripada FACEBOOK PAGE MEREKA. 

Bila waktu lunch mesti tak tahu nak pergi makan dekat mana. Kalau tak ke Giant pergi Tesco, kalau tak pergi Tesco mesti pergi EON Big Subang. Jarang nak pergi menjelajah sangat sebab masing-masing nak makan yang simple-simple dan berjimat kononnyalah. Idea Celes telah membawa kami semua ke sini. Sebab katanya makanan dekat sini boleh tahan juga sedapnya.


Menu book telah sampai. Harga dekat sini boleh diketogari kan sebagai harga mampu bayar lagi ~


Dekat sini kebanyakkannya memang menunya western food tapi nasi-nasi pun ada cuma ada dalam 5-7 pilihan macam tu sahaja.


Kalau order dekat sini lambat nya sampai. Orang nya ramai agaknya. Boleh berbual-bual berselfie panjang tanpa henti.


Di dalam cafe The Sumbs. Ruangan nya tidak terlalu besar. Boleh makan dekat luar kalau korang berminat tapi macam kami ni memang sejenis semua tak suka sangat kena cahaya matahari. Haha ~


Bayar di kaunter ye kakak-kakak semua. Sila beratur semuanya. Dekat sini yang sedap dan murah harganya ialah pasta-pastanya. Harga dalam lingkungan RM12-RM18 macam tu untuk pasta-pasta mereka. Rugi kalau tak rasa pasta mereka. Liz pun rasa rugi tak order paste ataupun spagetti yang ada dekat sini sebab apa yang liz order tak berapa memuaskan tekak.


Churus eah namanya. Entahlah ni si Celes lah ni yang order katanya sedap sangat. Kuih ni macam cha kueh tapi pada liz yang tengah jaga kulit macam liz ni tak sesuai makan sebab di luarnya sangat-sangat berminyak. Dalam dia lembut macam air skrim gitu. Sedap!


Makan ni kena cicah Chocolate. 





Oh Kotak dah sampai. Sila lihat apa di dalam.


Kecewa sebab dalam gambar nampak mewah tapi bila sampai kuahnya atas tu je secoit mozerela cheese bagai semua. Harga RM15.00





Makcik ni happy sangat kalau dapat makanan. Dorang ni order nasi sweet sour. Sampai tak habis sebab banyak sangat, asyik tolak-tolak kat kotak orang lain. Suruh rasa ~ kononnya padahal tak habis. 


Celes punya. Sangat-sangat creamy. Sedap!


Okay selesai makan! Gambar makanan Eddy tak sempat nak masukkan dalam ni. Sibuk da lapar nak makan tak menyempat nak capture. Lepas dah makan masing-masing bawa keluar botol air. Kami dah biasa keluar makan tak order air sebab setiap sorang kami ada botol air. Bila keluar jalan ramai-ramai sangkut botol air dekat bahu. Ingat lagi masa liz nak order Snack Plate KFC cakap tak nak air, lepas tu orang dekat kaunter tu gelak-gelak. Dia kata kena ada air sekali kak , package ni kak kena ambil juga air. 


Kalau korang nak cuba menjengah selera di tempat ni boleh datang ke alamat di bawah:

7-04-01 Persiran Alam 
Pusat Pernigaan World Wide 
Persiaran Akuatik Seksyen 13 
Shah Alam, Malaysia.