MASAK SUP DALAM PERIUK NASI

11 Dec 2015

MASAK SUP DALAM PERIUK NASI | Assalamualaikum ~ Alhamdullilah dah jawab salam tersebut yer ~ Tahu tak minggu December ni liz baru je berazam nak memasak dan membawa bekal ke tempat kerja tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka telah mematahkan niat murni liz itu. 

Sebab tong gas dekat rumah dah kehabisan gas ~ Liz dah berangan dah nak belajar memasak butter chicken. Siap google resepi dekat internet tau dan liz pun tak tahu lah bila la liz ni nak pandai memasak. Usaha tu ada tapi hanya mampu dibenamkan sahaja niat usaha itu di dalam hati. 

Tapi disebabkan lapar tahap menggunung api, macam ada lava dalam perut merembis sana dan sini makanya usaha juga memasak. Nak keluar memang malas kalau dah balik ke rumah ni. Sebabkan liz pernah tengok mak masak sup dalam periuk masa musim banjir tahun lepas jadi liz pun cuba lah juga masak sendiri kali ni. Test-test periuk orang jangan rosak dahla ~


Rupanya mudah je, campak-campak je dalam periuk ni bezanya hari ni sup elektrik la bukan sup dari api. Bahasa kau liz, patutlah officemate kutuk liz cacat bahasa melayu. Kebetulan ada lobak merah dalam fridge jadi cincang-cincang halus campak kan je dalam periuk bersama air. Letak la bawang merah bawang putih pastu campak sup bunjut. Sebabkan lagi tiada lauk dalam peti ais, pecahkan la 2 biji telur dan tutup periuk nasi. Lepas tu liz pun pergilah bilik dulu, bila datang semula selepas 10 minit tengok kuah sup jadi warna oren. OMG ~ apahal jadi macam ni. Rupanya sebab terlalu lama sangat, ingatkan dia akan automatik off macam masak nasi tapi tidak rupanya. Sadis jadi kau ni liz ~ 


Dah macam masak sup ginseng kan? Sebabnya warna lobak merah tu dah turun, liz masak terlebih masak ~ Nasib baiklah sedap. Selesai makan ~ Semoga dapat tingkatkan lagi usaha rajin ke dapur. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.