TASKA TERBAIK SETIA ALAM | Assalamualaikum

Alhamdullilah akhirnya Muzaffar dah jumpa taska yang serasi dengan dia. Sekarang ni setiap kali liz datang ambil dia mesti dia tak nak balik. Kadang-kadang tu kena diri lama juga depan pintu kereta tunggu dia lepaskan T'cer dia tu. Ada masa, kadang-kadang dia genggam tudung T'cer dia punya la tak nak balik. Nampak sangat dekat sini dia seronok kan.

Liz mula hantar sini masa dia masuk 7 bulan, kiranya Muzaffar dah 3 bulan dekat ni. Sebagai parents mesti kite nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan? Lagi-lagi buat wanita yang bekerjaya ni terpaksa lepaskan anak untuk dijaga oleh orang lain memang merisaukan uit. 

Tapi tengok keadaan Muzaffar sekarang ni berbanding dengan taska lama, jauh berbeza. Yang dulunya moody je, baru nak aktif merangkak tiba-tiba jadi pasif. Pelik sangat-sangat mulanya, ada 1 hari tu Muzaffar demam, liz terus naik ke atas bilik taska tengok rupanya semua baby tidur berbedung. Yang 7 8 bulan pun tidur dibedung, macam mana baby tu nak cepat merangkak, berdiri berjalan kalau anggota badan diorang kene bedung lagi. Pada liz, baby bawah 3 bulan sahaja yang perlu di bedung kalau nak tidur.

Baby-baby yang tengah nak membesar ni bagi lah dia explore apa yang dia mahu kan. Baru la cepat sikit proses belajar dia. Beza dengan taska sekarang ni, setiap aktiviti yang Muzaffar belajar dekat sekolah T'cer nya akan update dekat FB Group. Mak-mak pun lega bila tengok aktivit anak-anak dia. Ramai juga parents yang tak tahu pasal early education untuk bayi ni. Kebanyakkan mereka ingat, dah usia 1 tahun ke atas baru nak asuh belajar sedangkan kita sebenarnya dah boleh ajar anak-anak kite seawal mereka celik mata lagi. Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh buat dengan bayi yang ibu ibu tak tahu.

Belajar mengenal Allah.
Untuk kenang-kenangan Muzaffar 9 bulan punya aktiviti:




Amin. 1 T'cer untuk 3 bayi, itu sudah semestinya tau. Baby pun ada Uniforms, haa comel kan? Mulanya masa survey sini memang terasa uihh mahal la juga, baby pun kena Uniform ke? Tapi bila dah lalui sendiri baru faham seronoknya tengok anak-anak kecik ni di asuh dekat sini. 


Aktiviti meniup objek. Elok je Muzaffar dan kawan-kawan nya fokus tengok T'cer kan? Tak pula depa ni lari memasing padahal ni semua dah pandai merangkak. 'Fokus' juga perlu dilatih tau.  



Aktiviti bertatih dan merangsang tapak kaki bayi:




Bermain wayang kulit:




Perkembangan deria sentuhan:




Okay done! Nanti liz update lagi aktiviti Muzaffar dekat Taska, sebenarnya aktiviti ni ibu bapa boleh je buat ni dekat rumah cuma kadang-kadang mungkin tak terfikir kan?

Bye Selamat Berhujung Minggu.