Siapa sahaja yang tidak mahu kulit yang bersih dan cantik. Semua wanita terutamanya inginkan kulit yang sihat dan cantik. Tak kurang juga dengan kaum lelaki. Pokok pangkalnya, bila soal tentang jerawat ni pasti apa sahaja jantina anda, anda pasti tidak sukakanya. 

Ramai yang dah cuba maca-macam tapi masih tidak mampu menghilangkanya jadi apa lagi cara yang boleh anda buat? Sendangkan sudah habis banyak duit dengan product yang kemudian harinya tidak memberi kesan apa-apa pada kulit. Persoalannya, adakah terdapat cara menghilangkan jerawat secara berkesan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sentiasa jaga kebersihan wajah

Sama ada anda mempunyai kulit berjerawat atau sebaliknya, mengekalkan kebersihan kulit wajah pada tahap optimum adalah amat mustahak!

Kenapa penting? Pencucian wajah akan bantu menghilangkan kekotoran, debu-debu halus yang tidak kelihatan, sel kulit mati atau minyak kulit berlebihan.

Tipnya: Cuci muka 2 kali sehari, siang dan malam. Gunakan pencuci muka dengan kadar PH seimbang dan dilabel non-comedogenic.

Harus kalian faham, mencuci dengan terlalu kerap juga tidak semestinya lebih baik, malah mungkin lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

#2 Cubalah produk jerawat di kaunter

Produk-produk acne di kaunter tidak memerlukan sebarang preskripsi.

Sebilangan besar daripadanya mengandungi bahan seperti benzoil peroksida, asid salisilik, asid glikolik, atau asid laktik, yang mengekang pembentukan bakteria tapi mampu mengeringkan kulit.

Disebabkan itu, korang harus berhati-hati saat menggunakan produk sebegini.

Anda juga disarankan untuk bermula dengan kepekatan yang rendah hingga kulit mulai serasi dengan produk tersebut.

#3 Gunakan alat solek dengan berhati-hati

Semasa kulit ‘dilanda’ jerawat, elakkan daripada memakai bedak asas atau pemerah pipi.

Sekiranya anda masih ingin memakai alat solek, pastikan untuk mencucinya dengan bersih sebelum tidur.

Bagi mereka dengan kulit berjerawat, memakai kosmetik yang diformulasi sebagai bebas minyak, tanpa pewarna atau bahan kimia tambahan menjadi pilihan yang bijak!

Selain itu, pilih alat solek yang dilabelkan sebagai non-comedogenic, yang bermaksud tidak akan mencetuskan jerawat.

Sentiasa rajinkan diri untuk membaca dan menilai senarai ramuan pada label produk sebelum membeli okey!

#4 Kawal tangan, elak kerap sentuh muka!

Tabiat menyentuh muka ini sering menjadi punca tumbuhnya jerawat! Elakkan menyentuh pipi, dagu atau wajah anda, lebih-lebih lagi tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Mengapa? Ini kerana, anda bukan sahaja menyebarkan bakteria, bahkan berupaya merengsakan kulit wajah yang sudah meradang.

Peringatan! Jangan pandai-pandai memicit atau mengeluarkan isi jerawat dengan jari yang tidak dicuci, tindakan ini berisiko memicu jangkitan dan parut.

#5 Bersenam secara konsisten

Bersenam secara teratur bukan sahaja bagus untuk tubuh badan, ia juga bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Semasa bersenam pula, elakkan memakai pakaian atau menggunakan peralatan yang berupaya mewujudkan geseran dengan kulit atau menyebabkan kegatalan.

Pastikan untuk mandi atau mengeringkan peluh sejurus selepas bersenam.

#6 Elakkan pendedahan matahari yang melampau

Selaran matahari yang mengandungi sinaran ultraviolet berupaya meningkatkan keradangan, kemerahan, bahkan jeragat (hiperpigmentasi) yang sukar dirawat!

Beberapa jenis ubat jerawat juga boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Hadkan masa anda terdedah dengan sinaran matahari, terutama sekitar jam 10 pagi dan 4 petang.

Tanpa mengira jenis dan masalah kulit, selalu gunakan krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi sekurang-kurangnya 20 minit sebelum melangkah ke luar rumah. Boleh gunakan SUNCREEN Mary Kay kerana product MK terbukti sebagai range penjagaan kulit Top 3 Skin Care Brand. 



#7 Jangan stres stres ya!

Beberapa kajian telah mengaitkan faktor tekanan/ stres dengan masalah kulit berjerawat.

Terbukti, apabila tekanan yang dihadapi tidak diuruskan dengan baik, kesihatan kulit akan mula terjejas.

Oleh itu, penting untuk mengenal pasti punca stres dan cubalah yang terbaik untuk mengawal serta menguruskan perasaan tersebut sebaik mungkin.

Sekiranya kalian masih berasa ragu-ragu, rujuk pakar dermatologi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian.

Boleh juga hubungi saya di Whatapps untuk skin consultation secara percuma di :

https://wa.me/60102276292



CARA SEMAK JADUAL SEM UITM (iCEPS)| Assalamualaikum

Weh cepatnya nak masuk sem baru, setiap kali nak masuk sem baru. Setiap kali tu liz akan lupa dekat mana nak semak jadual next sem. Masa awal-awal dulu macam semua benda buat hujung jari je tekan-tekan. Lepas dah format laptop, segala jejak dalam laptop pun seperti baru. Seolah otak liz pun refresh jadi baru.


Mujur la ada kawan pjj yang baik, bila tanya je banyak yang dia tolong guide. Seriously kalau tidak, mesti haru juga laaa pening nak cari-cari sebab asyik lupa je sekarang ni. 


Jadi liz terus letak sini siap-siap. Ini yang link semak jadual kelas next sem!!! Next sem, jangan tanya orang dah tau liz.. cari sendiri rujuk sini


Link : Klik Sini


Entry berkaitan CARA BAYAR BIL UITM boleh klik SINI

MAKAN KACANG TANAH NAIK JERAWAT KE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, walaupun kajian menunjukkan bahawa kacang tanah tak akan TRIGGER JERAWAT tetapi jangan lupa bahawa dalam kacang tanah mengandungin zat omega 6 yang tinggi. 

Dan Zat Omega 6 ni boleh trigger jerawat naik makin banyak, jadi kalau jerawat anda naik disebabkan kacang tanah. Anda kena elakkan daripada memakannya. 

Jadi penting juga ya untuk tahu zat apa yang terdapat dalam makanan yang kita selalu makan supaya kita dapat kulit yang sihat dan bersih. 


Jadi apa pula nak buat kalau JERAWAT dah naik ni? Cepat2lah sediakan ubat jerawat supaya dapat kecutkan segera jerawat yang naik dimuka tu. Kalau tanya liz, favourite ubat liz apa? Mestilah acne spot solution ni. Kalau korang berminat nak beli cepat2 contact beauty consultant ni di talian 010-2276292.




Suitable for all skin types: Oil - and fragrance-free. Non-comedogenic
This spot solution cream is formulated with the perfect blend of blemish-fighters to target current blemishes.

Direction: Apply directly to affected areas as needed. Apply product sparingly to one or two small, affected areas during the first 3 days. 

Ingredients: Aqua, Ethylhexyl, Salicylic acid, Polysorbate 60, glyceryl stearate.

Price: RM61 (29g)



Assalamualaikum & Good Morning beauty people

Bubble mask ialah masker wajah yang boleh menghasilkan kesan gelembung buih semasa kita sedang menggunakannya. Masker bubble diyakini dapat membersihkan kulit wajah daripada pelbagai kekotoran dan debu. Selain tu juga, bubble mask mampu mengurangkan sebum di dalam kulit.  

APA itu SEBUM? 



Sebum ialah minyak berlebihan (skin oil) dan kilatan di wajah akibat kelenjar sebum yang dihasilkan oleh badan kita. Untuk lebih spesifik, sebum mengandungi trigliserida dan asid lemak (57%), ester lilin (26%), squalene (12%), dan kolesterol (4.5%). Dan sekiranya ini berlaku pada wajah kita, skin kita akan menghadapi pelbagai masalah kulit, seperti pori tersumbat, kulit berjerawat dan sebagainya. Jadi bahasa mudahnya, kena balance kan minyak di muka kita supaya kulit kita terkawal. 

Sekarang ni, bubble mask menjadi ikutan penjagaan wajah ala ala Korea tau sejak akhir-akhir ni. Kesan gelembung buih yang dihasilkan ni ialah untuk apa? Saja-saja untuk pakai syiok sendiri atau sebenarnya banyak kebaikkan nya? Mari kita baca dengan lebih lanjut. 

Apa itu BUBBLE MASK?

Bubble mask ialah masker yang terhasil daripada air yang mengandungi karbon, arang, suplemen kolagen, dan tanah liat. Mask ini sangat popular di Korea dan tak lupa juga ianya semakin tular dalam kalangan pengguna Malaysia. Apa perbezaan Masker Bubble dengan Masker yang lain? Perbezaanya ialah dari segi prosesnya, bubble mask menggunakan proses oksigenasi khusus untuk membersihkan kulit dimana lebihan minyak akan keluar bersama buih masker. Manakala masker yang lain menggunakan proses biasa kita gunakan ia itu dengan membilasnya.Apa manfaat BUBBLE MASK?Bubble Mask ni berfungsi untuk membersihkan kotoran di dalam kulit melembabkan serta mengekfoliate kan kulit wajah kita.  PALING PENTING, doktor pakar kulit juga dari Mount Sinai Hospital ada mention yang bubble mask ni boleh menyerap minyak dan menutup pori-pori kulit wajah. Bahan utama dalam bubble mask yang korang kena tahu ialah :1. Natural surfactants (cleanse)2. Charcoal (exfoliate)2. Glycerin (moisturise)
Tiga fungsi utama ini yang akan membuat kulit anda berasa lembap, segar dan bersih dengan baik. Kalau anda gunakan bubble mask ni secara berjadual dengan betul. Kulit anda akan nampak halus dan awet muda. Dan tiga bahan utama ini ada dalam Bubble Mask Mary Kay. 

Cara menggunakan BUBBLE MASK MARY KAY

Mudah saja cara pakai dia, korang boleh save picture ni dan ikut langkah 1 sehingga langkah yang terakhir. 1. Cuci muka terlebih dahulu lalu terus pakai kan masker bubble anda2. Perhatikan buih di muka anda, dan urut nya untuk hasilkan buih yang lebih banyak (selama 15 -20 minit)3. Cuci dengan air biasa seperti biasa4. Gunakan softener pada kulit dan juga diikuti dengan pelembab kulit anda*Hasilnya anda akan melihat perbezaan tona skin anda lebih cerah, lebih lembut dan lebih berseri. 
" Jom tengok, liz kongsikan hasil testimoni daripada liz sendiri serta testimoni daripada customer liz sendiri. "






Skin liz baru ni breakout lagi lepas raya, sebab semasa puasa minum vitamin C, konon2 nak bertenaga kan. Wahhh dia naik balik macam cendawan ya, tapi alhamdullilah cepat2 recover semula dengan penjagaan skin care yang betul. Kalau anda perlukan consultantion tentang skin dengan liz, boleh wasap 
010-2276292 , jangan risau, untuk consultantion skin care liz tak charge apa-apa. Hopefully dapat membantu anda mengenal jenis kulit dan masalah kulit anda, kalau dah tahu nanti barulah senang nak pilih product dan pakai apa. Betul kan.. 















LANGSIR MURAH SHOPEE | Assalamualaikum & morning 

Mesti ramai yang suka deko-deko rumah kan, termasuklah pemilihan langsir. Langsir ni main peranan ya naikkan seri bilik atau ruang tamu. Jadi jangan ikut dan je beli langsir, asal ada orang kata.

Langsir ni kalau nak beli, selalunya memang kena pejam mata bayar nya. Tapi kalau dapat yang murah! Lagi lah seronok, betul tak? Liz survey banyak tempat juga sebelum beli langsir ni, akhirnya jumpa seller di Shopee yang jual harga berpatutan dan ada free gift lagi tau. 









Ada banyak saiz dan boleh custom juga tau if korang nak request ikut tingkap rumah korang sendiri macam mana. Langsir lining ni sebenarnya penting kalau nak rumah atau bilik korang nak ada cahaya dari matahari masuk ke dalam rumah, kalau nak tutup full baru la layer kan lagi dengan langsir biasa ikut suka material cita rasa masing-masing. 

Untuk langsir bilik pula liz beli dekat shopee juga tapi seller personal Ikea. Sebenarnya jimat beli online, sebab jimat duit minyak, tenaga dan juga duit makan. Jadi sebenarnya okay je if u bayar shipping tu tau, jimat je lagi dari pergi sendiri. Unless u memang jenis nak rasa nak pegang baru puas hati, haa itu memang u all kene pergi tengok ke kedai. Macam liz, liz dah biasa beli online, liz baca review dan tengok video dan gambar daripada pembeli, bila dah yakin nampak rating pun bagus. Liz akan terus je beli.. tunggu je dekat rumah, barang sampai ke rumah. 



Langsir ni ada 2 tau, sesuai pakai untuk 1 panel dia jadi cantik sangat macam ni.


Ada banyak warna, boleh pilih ikut citarasa masing-masing
1 pair 145 cm x 250 cm 

Ni belakang dia, untuk langsir HILJA ni liz guna rod. 
Tapi langsir putih tu liz guna Hook. 

Kalau korang nak beli rod, liz boleh terus rekemen kan beli saiz ni, dia sedang elok untuk 1 panel dengan langsir Hilja ni suit pakai. 

Racka crtn Rod 120-210 cm (dia boleh adjust lenght tau)
Beli dekat seller ni senang, terus complete set dia, korang tak payah pening-pening okay. Nanti liz letak link dekat bawah.



Siap dah bilik amuzz, fuhh now tinggal few things untuk deko2 sikit je lagi. Link untuk item yang ada dalam gambar ni liz letak dekat bawah ya, sebenarnya nak cerita tentang langsir tu best haha terlajak banyak benda pula nak share dalam ni. Tema bilik amuzz, dusty green, blue & white. 

Link Item:
1. Langsir putih (100cm x 250cm): https://shp.ee/e7v7gnt
2. Hilja Ikea langsir (145cm x 250cm ): https://shp.ee/fzc89kh
3. Curtain Rod Holder Set Racka (W120-210cm) : https://shp.ee/u53xqw9
4. Cat Jorton (Lush Green) :  https://shp.ee/9qd7bs9
5. Meja study kecil : https://shp.ee/uavhu85
6. Carpet kiraan kaki (charcoal) : https://shp.ee/96nraa9

Bilik asas amuzz dah settle, lepas ni mami nak sambung deko play area dia pula. 
Selamat mendeko mami-mami semua. 





Assalamualaikum semua, VIRAL lah produk Brilliant ni sekarang

VIRAL di TIKTOK, VIRAL di Facebook & Viral juga di dada-dada akhbar tentang product Brilliant ni. Siapa belum guna produk Brilliant ni, sebelum guna jangan lupa buat kajian dan siasat tentang produk ni Viral yang elok ke Viral yang tak elok.

Bila dah selidik punya selidik terpulang lah pada korang nak percaya pihak yang mana. Kalau tanya liz, liz percayakan pihak KKM yang mengeluarkan kenyataan tentang bahayanya kadungan dalam produk Brilliant ni yang mengandungi bahan merkuri yang tinggi. Masih ramai sebenarnya yang tak kisah pun tentang bahan merkuri ni asalkan CANTIK. Cantik untuk sekejap atau cantik untuk jangka masa lama. Korang sendiri yang buat pilihan.



Bahan lain yang ditemui dalam produk itu termasuk hydroquinone dan tretinoin, yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

SA berkata, mereka telah mengarahkan agar produk yang terjejas itu dipanggil balik dari kedai yang menjualnya.

Sementara itu, pentadbir wadah dalam talian yang memasarkan produk itu turut diarah mengeluarkannya daripada senarai mereka.

Menurut HSA, raksa yang merupakan sejenis logam berat toksik dilarang digunakan sebagai bahan dalam produk kosmetik.

Kalau krim yang mengandungi raksa digunakan secara kerap, ia boleh menyebabkan ruam serta kulit yang berubah warna dan bertompok.

Kalau didedahkan kepada jumlah raksa yang banyak dalam produk kosmetik bagi jangka masa panjang pula, ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk kerosakan ginjal serta sistem penghadaman dan saraf.

Menurut HSA juga, hydroquinone dan tretinoin biasanya digunakan dalam ubat preskripsi Barat bagi rawatan penyakit kulit dan dilarang digunakan dalam produk kosmetik untuk penjagaan kulit.

Sekiranya tidak digunakan dengan sewajarnya, hydroquinone boleh menyebabkan perubahan warna kulit dan kesan sampingan termasuk ruam, kemerahan kulit dan sebagainya. Ada juga yang dah pakai kulit jadi nipis dan pedih, akhirnya breakout non-stop.

Kalau korang nak tengok details nama produk yang tersenarai boleh check dekat SINI


CARA UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN ONLINE DENGAN MUDAH |


Salam Ramadan semuanya! Siapa yang masuk blog liz ni, mesti mencari CARA UNTUK MULAKAN BUSINESS ONLINE betul tak?

Sempena bulan mulia ni, bagi sesiapa yang nak ambil peluang mencuba perniagaan online sangatlah tepat pada masanya. Sebab ramai dalam kalangan yang bekerja tak sempat nak masak dah dekat dapur tu. Nak ke bazar pula, ada berapa ramai yang memilih untuk ke bazar sekarang ni? Lagi-lagi kes Covid 19 masih lagi tinggi setiap hari. Jadi ramai sangat pembeli memilih belian secara atas talian. Belian online termasuklah lauk-lauk untuk berbuka dan sahur. Jadi para peniaga sekalian ambil kesempatan ni, buka minda dan cari ilmu untuk menambah kan sales jualan harian korang dengan mengikuti program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 bersama RICHWORKS.



Jom mula sekarang, untuk menjadi usahawan yang berjaya. Perlu ada ILMU. Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. “Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju. “Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini. RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).



RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. “Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. “MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya. Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. "Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. “Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi.






 


| Info mengenai RICHWORKS |

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.




| TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN |

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.


Untuk mendaftar jom daftar program ni sila layari laman web: 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENANG PROGRAM VIRTUAL CARA MULAKAN PERNIAGAAN BERSAMA RICHWORKS SEPERTI DI BAWAH:

Richworks International Sdn Bhd No. 77, 

Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,

 40100 Shah Alam Selangor, MALAYSIA

 Laman web: www.richworks.com 

Tel:

 +6016 32346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly

 +6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini) 

Emel:

 karini@richworks.com.my 

omkarini.rich@gmail.com 

 azrin.richworks@gmail.com

CARA NAK UBAH HIDUP - 1 HARI LAGI EDISI KHAS

Ada peluang untuk ubah hidup, kenapa perlu tunggu dan sia-siakan peluang yang ada? Sebenarnya corak hidup kita sekarang ialah pilihan kita. Dan semua orang ada peluang yang sama untuk mencorak kehidupan masing-masing. 

Masa itu emas, dan masa berlalu terlalu pantas tanpa menunggu sesiapa sahaja. Pejam celik dah masuk setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksakan pada 18 Mac tahun lalu. 

Ratusan ribu manusia diberhentikan kerja dan pelbagai impak dirasai oleh rakyat Malaysia. Makanya, hilanglah punca pendapatan, ada yang juga elaun dipotong dan juga gaji.  Ada juga yang diarahkan bercuti tanpa gaji.

Kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia benar-benar menjadi tular apabila seseorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayarbarag makanan dan ubat-ubatan yang bernilai RM58 di sebuah pasaraya pada 20 Januari lalu. Bayangkan hanya RM58 tapi begitu besar nilai pada mereka yang terkesan dengan impak Covid-19 ni. 

Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.

Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik.

Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain. Mungkin terasa macam hmmm tapi inilah hakikatnya. Hidup yang penuh tanggungjawab ini perlu kan duit. 

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion.

Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.

PELAWAAN RICHWORK KEPADA SEMUA


Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.

RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.



Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.



Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.


Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.


RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Layari ke laman web www.BinaBisnessBerjaya.com untuk mendaftar sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk anda ubah hidup ketika pandemik ini.

KEDAI BAKERI ECO 2CO HARGA ROTI DAN KEK HANYA RM2.50 

Liz yang lambat tahu tentang bakery ECO kedai RM2 ni atau sebenarnya ramai juga lagi yang tak tahu tentang kedai Bakery Eco ni? Liz excited juga nampak kedai Bakery dekat Setia Alam ni sebab yela rata-rata sini kalau kedai roti tu semua kedai nya mahal-mahal sikit. Korang tahu lah Setia Alam hehe. Jadi bila nampak kedai Bakery 2CO ni sebelah kedai Eco RM2 ni memang tertunggu-tunggu lah cerita nya nak tahu jenis roti macam mana ada jual dekat sini nanti.


Dan hari ni akhirnya kedai bakeri 2Co ni dah bukak uittt! Banyak lagi roti dan kek yang tak da dekat rak-rak ni tapi apa yang ada pun dah cukup buat liz terliur nak kaut beli semuanya. Terus teringat Aeon bakeri, sebab liz memang kerap borong roti dekat Aeon. Suka dengan roti-roti yang fresh dan harga berpatutan. 

Tapi semenjak masuk je kedai bakeri 2CO ni semalam, terus rasa baiklah di sini lah tempat baru ku untuk borong roti lepas ni. Liz memang lagi suka roti dari kek kalau korang nak tahu lah. Sebab roti ni liz suka makan, tak jemu tau lagi-lagi ada aneka jenis roti. 



Semua harga roti dan kek dekat sini RM2.50!!! Weh murah ke murah sangat. Kalau korang tanya liz, murah tau sebab kalau liz beli dekat kedai bakery atau aeon harga nya pelbagai. Jadi untuk kedai bakeri 2CO harga roti dan kek ialah RM2.50 memang sangat-sangat bebaloi. 






Pelbagai jenis minuman dan juga ais krim dekat bakeri eco ni ya korang semua. Aduiilah risau juga liz ni memang tak jadi lah diet. Setiap kali ambil amuzz balik dari school karang ada juga yang singgah sini sokmo. 


Tadi sempat juga beli ais chocolate dekat sini, Hmm airnya agak koko hehe. Maksud liz pekat sangat kokonya, macam dark chocolate. Sesiapa minat dark chocolate pahit-pahit manis sikit okay boleh. Tapi untuk anak liz, dia cakap tak sedap. Jadi terpaksalah balik rumah tambah susu lebih sikit dan tambah lagi ais. Air lain tak cuba lagi. InsyAllah dah ada kedai dekat ni memang boleh sangat lah nak kerap berkunjung ke sini. 

Kedai Eco RM2 ni dekat Bandar Baru Bukit Raja tau. Korang cari je dekat Waze atau Google Maps pasti jumpa la. Bye! Esok nak beli roti lagi.