3 Jul 2021

KEBAIKKAN MEMAKAI BUBBLE MASK

Assalamualaikum & Good Morning beauty people

Bubble mask ialah masker wajah yang boleh menghasilkan kesan gelembung buih semasa kita sedang menggunakannya. Masker bubble diyakini dapat membersihkan kulit wajah daripada pelbagai kekotoran dan debu. Selain tu juga, bubble mask mampu mengurangkan sebum di dalam kulit.  

APA itu SEBUM? 



Sebum ialah minyak berlebihan (skin oil) dan kilatan di wajah akibat kelenjar sebum yang dihasilkan oleh badan kita. Untuk lebih spesifik, sebum mengandungi trigliserida dan asid lemak (57%), ester lilin (26%), squalene (12%), dan kolesterol (4.5%). Dan sekiranya ini berlaku pada wajah kita, skin kita akan menghadapi pelbagai masalah kulit, seperti pori tersumbat, kulit berjerawat dan sebagainya. Jadi bahasa mudahnya, kena balance kan minyak di muka kita supaya kulit kita terkawal. 

Sekarang ni, bubble mask menjadi ikutan penjagaan wajah ala ala Korea tau sejak akhir-akhir ni. Kesan gelembung buih yang dihasilkan ni ialah untuk apa? Saja-saja untuk pakai syiok sendiri atau sebenarnya banyak kebaikkan nya? Mari kita baca dengan lebih lanjut. 

Apa itu BUBBLE MASK?

Bubble mask ialah masker yang terhasil daripada air yang mengandungi karbon, arang, suplemen kolagen, dan tanah liat. Mask ini sangat popular di Korea dan tak lupa juga ianya semakin tular dalam kalangan pengguna Malaysia. Apa perbezaan Masker Bubble dengan Masker yang lain? Perbezaanya ialah dari segi prosesnya, bubble mask menggunakan proses oksigenasi khusus untuk membersihkan kulit dimana lebihan minyak akan keluar bersama buih masker. Manakala masker yang lain menggunakan proses biasa kita gunakan ia itu dengan membilasnya.Apa manfaat BUBBLE MASK?Bubble Mask ni berfungsi untuk membersihkan kotoran di dalam kulit melembabkan serta mengekfoliate kan kulit wajah kita.  PALING PENTING, doktor pakar kulit juga dari Mount Sinai Hospital ada mention yang bubble mask ni boleh menyerap minyak dan menutup pori-pori kulit wajah. Bahan utama dalam bubble mask yang korang kena tahu ialah :1. Natural surfactants (cleanse)2. Charcoal (exfoliate)2. Glycerin (moisturise)
Tiga fungsi utama ini yang akan membuat kulit anda berasa lembap, segar dan bersih dengan baik. Kalau anda gunakan bubble mask ni secara berjadual dengan betul. Kulit anda akan nampak halus dan awet muda. Dan tiga bahan utama ini ada dalam Bubble Mask Mary Kay. 

Cara menggunakan BUBBLE MASK MARY KAY

Mudah saja cara pakai dia, korang boleh save picture ni dan ikut langkah 1 sehingga langkah yang terakhir. 1. Cuci muka terlebih dahulu lalu terus pakai kan masker bubble anda2. Perhatikan buih di muka anda, dan urut nya untuk hasilkan buih yang lebih banyak (selama 15 -20 minit)3. Cuci dengan air biasa seperti biasa4. Gunakan softener pada kulit dan juga diikuti dengan pelembab kulit anda*Hasilnya anda akan melihat perbezaan tona skin anda lebih cerah, lebih lembut dan lebih berseri. 
" Jom tengok, liz kongsikan hasil testimoni daripada liz sendiri serta testimoni daripada customer liz sendiri. "






Skin liz baru ni breakout lagi lepas raya, sebab semasa puasa minum vitamin C, konon2 nak bertenaga kan. Wahhh dia naik balik macam cendawan ya, tapi alhamdullilah cepat2 recover semula dengan penjagaan skin care yang betul. Kalau anda perlukan consultantion tentang skin dengan liz, boleh wasap 
010-2276292 , jangan risau, untuk consultantion skin care liz tak charge apa-apa. Hopefully dapat membantu anda mengenal jenis kulit dan masalah kulit anda, kalau dah tahu nanti barulah senang nak pilih product dan pakai apa. Betul kan.. 








1 comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.