BIRTHDAY BOX ALTHEA TURNS 2 | Assalamualaikum beautiful junkies. Yang check out post ni mesti yang geng-geng giler usah barang makeup. Betul tak?

Jadi meh la liz share dengan korang apa yang liz beli dengan menggunakan voucher hari jadi daripada Althea ni. Beruntung sangat diri ni rasanya sebab diberi peluang meraikan hari jadi Althea dari seawal usianya genap setahun dan tahun ni dah masuk tahun kedua. Cepat nya masa berlalu!


Gigih tau nak siapkan nombor dua tu. Bukan senang, dan memang bukan senang juga nak bersaing dengan korang semua yang join contest Althea Turns 2. Mana tau rezeki dapat pergi Korea, jadi mestilah kena usaha buat DIY kek guna box Althea ni sekreatif yang mungkin. 

Jom tengok barang makeup apa yang liz pilih kali ni. 


Dessert Time Lip Balm 
RM 20.00 


Witch's Pouch
Easy Drawing Gel Eyebrow 
RM24.00
Ni memang dah banyak kali liz beli tau, sebab suka sangat-sangat dengan tekstur nya. Kali ni liz beli 2 warna, 1 liz bagi dekat kawan liz sempena hadiah birthday dia, dan 1 lagi kod liz baru nak cuba. 

Too Cool For School 
RM14.00 
Paper oil ni memang dari zaman sekolah suka guna, cuma yela bukan jenama ni la. Zaman dulu beli dekat kedai biasa je. Sekarang ni seronok boleh cuba banyak jenis paper oil. Ofcoz lah untuk yang muka kuat berminyak tu kena standby benda ni. 

ABBAMART EYE LASH 
RM12.00 
ETUDE HOUSE DR. MASCARA 
RM20.00 
Kalau dah giler makeup tang mata, mesti ada je package-package mata untuk dipilih dengan harga berpatutan. Korang Mana nak dapat harga murah dengan packaging cute mute macam ni oitt!

SKIN FOOD CHOCO EYEBROW POWDER CAKE 
RM15.00
Code warna pilihan liz ialah Grey Khaki Black 


INNISFREE EYE SHADOW 
RM18.00

THE SAEM
RM15.00 
Liz pilih code pink


Dan ini pulak ialah sample! 
Banyak jugalah kan sample yang Althea ni bagi, setiap box akan dapat sample yang berlainan, jangan gaduh-gaduh yek kalau sample kite tak sama dengan awak punya. 

Sebagai penghargaan Althea yang baik hati sebab sudi sambut hari jadinya sama-sama dengan liz, jadi liz recap unboxing moment tu dalam bentuk video. 

Enjoy!
Selamat bershopping korang. 
SHOPPING AMPAIAN BABY 11TH STREET | Assalamualaikum bakal ibu dan bapa!

Banyak nya barang baby nak kena beli kadang-kadang tak terlintas pun benda tu perlu beli. Liz ni beruntung la sebab berkawan dengan seorang kakak ni yang selalu nya sangat detail dalam semua perkara. Siapa follow liz dekat-dekat mesti tahu siapa yang liz maksudkan tu.

Kalau bukan kak ayue yang tanya, ampaian untuk baby dah beli ke tidak?? Memang tak terfikir la beli oitt! Kenapa kena beli? Sebab sebaikknya kita asingkan baju orang dewasa ni dengan baju budak-budak kecil yang bersih suci murni ni. Sebab si newborn ni belum biasa sangat terdedah dengan udara kat luar, atau pencemaran yang dah biasa kita lalui. Lagipun baju-baju dorang pakai nak kena bersih. Baju kita dah ke kerja balik kerja lain kotoran nya melekat. Jadi memang kalau nak basuh pun kena asingkan tak boleh masuk dalam 1 mesin. (I cakap pasal newborn baby tau) Walaupun si kecil ni kerja depa duduk rumah je, tapi baju kena tukar tak boleh pakai yang sama sehari semalam tau. Memang lah kita nampak "alaaa bukan kotor pun" Sarung tangan dengan sarung kaki pun liz beli untuk 7 hari, kiranya sempat lah nak tukar-tukar basuh. Tapi rasanya macam nak tambah lagi. 

Jadinya tengah usha-usha dekat website mana paling murah jual ampaian ni. Liz terjumpa dekat 11th Street. Kebetulan liz beli lepas orang beraya jadi tak berapa nak ada promotion. Kalau korang sejenis rajin usha harga nampak harga murah dari biasa sila lah beli cepat-cepat okay. 

3 Tier Clothes Hanging And Drying Rack




Klik atas kalau nak tengok macam mana kami received ampaian ni. Selamat membeli! 

FB PAGE
TEMPAHAN FRESH FLOWER MURAH | Assalamualaikum dan selamat kembali bekerja semua. Sambil kerja sambil curi tulis blog, ni je cara liz hilang mengantuk, sejak mengandung ni, mengantuk dia lain macam. Kuasa 3 rasukan ngantuknya tu !!!

Tapi liz hari ni semangat lain macam sikit sebab mood ceria meresap masuk dalam minda bila hand bouquet yang liz buat untuk majlis perkhawinan ofismate liz hari tu ramai yang puji cantik. #kembangsemangkuk







20 kuntum ros merah dan 10 kuntum bunga daisy.


Photoshoot bila dah petang, bunga ros semakin gelap bila kena matahari. Tapi warnanya semakin naik bila dalam gambar tau. 

Sebab tu liz kahwin kan dengan daisy sebab daisy tahan sampai 2 3 hari. 


Waktu ni dah pukul 12 tengahari, bunga masih segar dan warna sekata.

Bagi sesiapa yang nak order bunga tangan macam ni dengan liz, boleh lah wasap 010-2276292. Tapi korang kena self pick up la yek dekat dengan area berdekatan rumah liz. Liz bukan nak buat business sangat pun pasal bunga ni, cuma minat dan nak tolong memeriahkan majlis korang je. Jadi kalau korang berminat nak bunga tangan menggunakan fresh flowers dengan kos yang murah marilah wasap liz ye. Warna bunga boleh pilih. Ikut korang lah nak kahwin kan warna apa pun. Details lebih meh kita bincang dekat wasap. 


Masa wedding hari tu pun liz pakai fresh flowers tapi roses putih sahaja. Jadi ikut korang la suka nak warna apa.



Contoh by Google

20 Kuntum Ros dan 10 Kuntum Daisy
Harga : Bawah RM100 
Whatsap 010-2276292


Self Pickup area Setia Alam, Meru, Shah Alam kalau korang boleh datang sini bolehlah hello-hello tempah dengan liz. 
KENA PAKAI NUTOX KALAU NAK CANTIK MACAM FAZURA | 

Assalamualaikum korang. Uit beraya lagi ke tu? Sejak kandungan dah masuk 7 bulan ni, Alhamdullilah tenaga semakin pulih dan aktif seperti sedia kala. Lemau-lemau tu masih boleh di atasi berbanding sewaktu awal kehamilan hari tu. Malas Ya Ampun, sampai cuci muka pun malas apatah nak pakai benda-benda lain.


Ceria sangat muka terima full set dari Nutox.
Comel sangat rasa. Hikhik!

Nampak kulit anjal tak tu? Meh baca rahsianya. 




Kelihatan muda hanya dalam 7 hari!

Nutox Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui membawa kebaikan anti-penuaan yang boleh dilihat dalam jangka masa yang lebih singkat



Gigih nak muda weh you alls!



Dapat kad siap ada tanda tangan Fazura lagi weh. Ko ada? 
Tak sabar sangat nak kekal muda dalam masa 7 hari. Betul ke ni?



RM79.90, 30ml

Penantian anda bagi serum kecantikan anti-penuaan yang berkesan dengan pantas kini berakhir. Nutox Advanced Serum Concentrate baharu kini tiba! Masih mengekalkan botol kaca berwarna merah yang dikenali ramai, rumusan ini bertindak pantas bagi memastikan kolagen, elastin dan asid hyaluronik asal kulit bertindak dengan lebih pantas bagi menghasilkan kulit yang tampak lebih muda dalam tempoh hanya 7 hari


Diperkaya dengan sarang burung dan dipertingkatkan lagi dengan Teknologi Actigenic+, Nutox Advanced Serum Concentrate diformulasi untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan, kekusaman dan ketidakanjalan. Manfaat dari Algae Makro dan ekstrak Gentian India, Actigenic+ mengaktifkan struktur kulit dengan serta-merta, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.

Bagaimanakah Nutox Advanced Serum Concentrate berkesan?

1)   Memulihkan & menyegarkan
Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui dengan Actigenic+ ini mengaktifkan dan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seawal 7 hari.

2)   Menganjalkan, lebih tegang & berseri
Kulit menjadi lebih anjal dan tegang dalam 7 hari. Dengan penggunaan berterusan, perubahan lebih ketara akan muncul pada hari ke-14 dan ke-28 termasuklah tekstur kulit yang lebih berseri serta pengurangan ketara bagi garis halus dan kedutan.


Keputusan ini pula telah terbukti; 118 orang wanita Malaysia yang telah mencuba Nutox Advanced Serum Concentrate bersetuju bahawa mereka kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari! 98%* daripada wanita bersetuju bahawa kedutan mereka berkurangan dan saiz pori-pori lebih kecil, manakala 97%* juga berkata bahawa garis halus di wajah mereka juga telah berkurang.

Dengan Nutox Advanced Serum Concentrate, tekstur kulit semakin bermaya, kulit semakin tegang, anjal, berseri dan kelihatan lebih sihat, garis halus serta kedutan berkurang dengan ketara.

Bagi Nur Fazura, duta Nutox dan artis antarabangsa, Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui oleh Nutox ini menjangkaui jangkaannya. “Saya sememangnya tidak sangka bahawa kulit saya kini lebih anjal, garis halus pula telah berkurang! Sememangnya sukar dipercayai – saya tidak pernah kelihatan lebih muda hanya dalam masa 7 hari!” katanya.

“Kini, apabila saya lihat cermin setiap pagi, saya rasa lebih yakin kerana hari demi hari, kulit saya semakin cantik. Saya dapat rasakan kehidupan saya lebih baik, termasuklah kulit saya. Terima kasih Nutox kerana menghasilkan Advanced Serum Concentrate; produk yang terbukti kehebatannya! Saya cadangkan bahawa setiap wanita wajar mempunyai sebotol di rumah mahupun di dalam begnya,” kata Fazura.

Selain daripada Nutox Advanced Serum Concentrate, jangn lupa untuk cuba rangkaian penjagaan Nutox sekali seperti dibawah:



Cleansing Foam : Perfect for Normal to Oilt Skin Type 
Komen : Liz tak sesuai pakai cleansing foam ni, tak tahu la sebab keadaan tengah hamil atau memang skin liz tak sesuai sebab bila pakai pencuci muka ni kulit liz naik merah-merah. 


Moisturising Lotion : Moisture kan kulit selama 72 jam. Kandungan dia pula ada sarang burung dan bahan semula jadi.

Komen : Liz selalu pakai waktu pagi sebelum pergi kerja, masa dah siap cuci muka terus tepek benda ni dekat muka. Rasa segar dan lembut, memang fungsi dia untuk melembabkan tu berjaya la. 


Anti-Ageing Cream : Firms, Lifts, tones (Perfect for all skin type)

Komen : Liz suka pakai ni sekarang sebab tekstur dia lembut dan tak berminyak. Bila pakai memang terus meresap ke dalam kulit. Selalu pakai ni memang liz tak pakai pape foundation dah pun sebab suka keadaan kulit sekarang yang free makeup. Biarlah nampak parut jerawat pun. Huhu ~


Night Cream Repair Nutox : Regenerates | Rejuvenates 

Komen : Waktu malam lah, waktu yang paling sesuai untuk merawat kulit sebab waktu ni kita bebas dari udara luar dan waktu ni juga kulit kita rehat daripada makeup. Korang boleh lah cuba pakai night cream ni untuk membaiki sel kulit supaya nampak lebih remaja gitu.

Selamat mencuba yek korang. Kutlah korang pun macam liz yang dah terpengaruh dek Si cantik Fazura ni. Ada yang sesuai ada yang tak sesuai, bila meningkat umur ni, hormon berubah-ubah. Produk penjagaan pun kadang-kadang kena tukar bila dah terlalu biasa dengan kulit takda perubahan kan. 

Happy weekend you alls.




FIRST TIME BABY FAIR YANG KAMI JEJAK @ SUMMIT USJ | Assalamualaikum Salam Sabtu. 


Hari ni seharian juga lah aktiviti dari pagi sampai ke petang beraktiviti. Kalau korang tengok Insta Story liz pagi tadi liz ada share dengan followers semua pasal aktiviti pagi tadi. Masa bujang tak rajin pun ber-senaman bagai, tapi bila dah buncit 7 bulan ni baru la ada peluang join kelas ber-senam sikit. Ambil tahu sikit-sikit info-info cara nak sihat bersama baby. Tu nanti next post kita cerita yek.

Sekarang ni tengah excited nak cerita pasal baby fair yang pergi tadi dekat Summit USJ. Fair ni bermula dari 13th July - 16th July 2017 yek jangan ada yang baca post ni masa tahun 2020 korang menonong pulak pergi sana yek. 


Boleh tahan ramai juga orang nya, baju-baju untuk newborn masih banyak tersusun tapi baju untuk yang berumur 6 bulan keatas banyak yang dah luak tadi. Tapi mungkin esok diorang akan refill lagi. Dekat sini seronok sikit pilih baju NEWBORN sebab banyak pilihan dan banyak warna. Sebelum ni kalau kemana-mana mencari baju NEWBORN punya la susah sebab banyak yang dah 3-6 month dan keatas. Kalau untuk yang 0-3 month tu macam susah nak dapat. Tapi dekat sini banyak pula untuk yang kecit sikit. 


Takyah la beli banyak sangat, depa ni membesor bak juara cepatnya.




Akhirnya beli juga benda ni selepas buat 2 kali survey dan survey melalui Kak Ayue je. Hehe the best blogger sister la, banyak share tips dan suggestion. Hari tu liz pergi Aeon Mall Shah Alam, harga dalam RM39 - RM89 (mengikut saiz tau). Jadi hari tu malas beli lagi sebab nak tunggu baby fair ni. Lagipun hari tu cuma ada warna putih dengan pink. Tak mo la warna putih nanti cepat kotor, kalau warna pink pula nanti mesti girgirl je nak pakai. Kalau lari dari dua warna ni dapat la pakai secara turun termurun (selagi tak kepek lah) haha. Jadi tunggu jela baby fair kut ada warna lain lagi kan. Ternyata dekat baby fair ni banyak pilihan warna dan harga pula lebih murah, takdalah murah sangat, murah dalam RM5 - RM8 macam tu je. Harga takda jauh mana pun. 


Macam-macam bentuk ada. Pilih lah ikut selera korang dan yang penting yakin dengan naluri parenting korang tau. (ayat consultant tadi hihi)




Datang sini semata-mata nak beli baju lubang-lubang ni banyak sikit. Sebab baju lubang-lubang ni payoh benor cari tau. Bukan apa, kalau yang murah cepat habis, kalau yang ada mahal sangat sampai RM22-RM29 adoiii tak mampu la mommy. Dapat harga RM11 - RM16 mommy dah happy nak oiit. Lagi-lagi banyak warna ceria-ceria. 


Lengan pendek ada, lengan panjang ada, warna warni ada, design banyak lah pulak dekat sini untuk baju lubang-lubang ni. Terborong dalam 6 helai juga juga la tadi. Hikhik. 


Yang putih suci pun banyak design oiittt. Andai kata masa korang survey tu jumpa harga lagi murah dari RM12 ke bawah, haaa sila beli tanpa rasa ragu-ragu. Murah sangat-sangat dah tu, lagipun newborn baby cepat besar kan, jangan beli yang mahal sangat nanti membazir kecuali korang freedom financial la yek. Huhu ~



Siapa nak beli pump breast boleh la juga ke sini. Liz tak habis survey lagi jadi belum decide nak beli brand apa? Ada siapa-siapa nak sponsor tak? Hihik. 
Drop email liz dekat liylizyusof56@gmail.com please




40% OFF for Avent Starter Set

Siapa nak pergi esok sempat lagi cuci mata dulu pun takpe, sebab sekarang ni musim baby fair dah. Merata ada baby fair. Dah macam musim orang nak beranak pula haha ~

Antara jenama yang ada dekat sana :

 [Drypers | Pigeon | Avent | Anakku | Luvable Friends Malaysia | Baby Gear | My Little Pony | Cuties B | Disney baby | Disney Cuties | Winnie The Pooh | Intex | Fair World | Koopers | Bremed | Bubbles Malaysia | Terminus | Crane | Thermos | Simple-Dimple | Parklon | Coby Haus Parklon | Holabebe | Sweetie Baby | Earth Bebe | Little Highness | Precious Bebe | Toys World | Didi | Antz Baby | Treenie | Lacte | Jingle Jungle | Best Way | VTech Baby Malaysia | Little Bean | Bright Start | Suavinix | BabyOrganix | Jardin bébé & Many many more!

Details lanjut korang pergi lah ke FB depa Daily Pins Baby!

Percaya dengan naluri parenting korang ye kawan-kawan, membaca pun baca, bertanya pun tanya. InsyAllah semua nya lancar. Sama-sama lah kita lalui pengalaman ni sama-sama lagi-lagi untuk orang yang baru nak jadi mok bapok macam kami ni. 
BAHAGIANYA DIA | Assalamualaikum 𝅕

Fuhh! 07 July 2017 memang cantik tarikhnya dan di sebabkan tarikh cantik ni la, si ika ni nak kahwin tahun ni. Eah baik ngaku! 

Taniah lah, dah kahwin. Dah boleh hembus nafas lega sikit kan. Semua nya berjalan lancar. Tak apa yang lebih bahagia selain mengharapkan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Baru-baru ni mesti rasa macam single lagi, lama-lama pandai-pandailah sedar diri yek. Status dah tukar. Sebab liz sendiri pun, dah sarat baru sedar ohh dah kahwin & nak jadi mak budak dah pun. Tu pun kadang-kadang lupa diri, tak ingat tengah mengandung.

Post ni really short entry je. Saja nak share gambar dalam blog. Sebab terasa tahun ni nak share banyak sikit pasal lifestyle dengan korang. Tahu, korang suka stalk aku. Haha ~ Nah tengok la kat sini. Tolong tambah traffic blog aku mencanak-canak sikit. Kiranya hari ni ialah hari aku half day selepas menyettle -kan semua report untuk minggu ni.


Nampak sangat pasangan yang baru kahwin mesti senyum sampai telinga. Tak payah susah-susah nak ajar. Feeling lahir dari jiwa terus. Haha ~

Allah Atep! Sabar, jangan meloncat kat masjid. 
Faham-faham, dah dapat bini kan.

(Candid yang tak disangka photog snap, aku pun tak tahu pasal apa jadi gini)
Tapi tu lah dah jadi, kadang-kadang tak sedar diri dah 7 bulan!!!


Tips posing untuk nampak slim. 
Kalau setengah ibu tacim sangat kalau orang cakap tak nampak baby bump. Aku rileks je, mujur tak da sentap pasal tu sebab aku sentiasa nak nampak slim. Haha ~

Okaylah sekian. 
Banyak lagi review lain, aku tak siap update lagi. 
Nak tidur dah ni. Esok nak masak sahur untuk suami. 

P/S : Rasa bahagia sangat bila berpeluang menjadi salah seorang yang membantu majlis ika lancar. Walaupun hantaran aku gubah tu takda la lawa mana. Idea-idea yang aku bagi tak da la bernas mana, tapi hope ko hargailah apa yang aku mampu hulurkan ni. Buat aku tacim siap ko!




RAYA YANG LEPAS & RAYA TAHUN NI #RAYAPERTAMAKALISUAMIISTERI | Selamat Hari Raya Semua!

Selamat kembali bekerja ye kawan-kawan semua. Untunglah siapa yang masih dalam cuti beraya tu. Liz & Malan masing-masing cuti selama seminggu je, tapi sebenarnya hari Jumaat tu tiba-tiba liz tak pergi kerja. Tahla macam mana, tiba-tiba je tersedar dah sampai kat Pahang. (Aku syak ada orang bawa masuk aku dalam kereta time tengah tidur.)

Dengan tak semena-mena-nya, pagi-pagi kena wasap dengan budak ofis. "Woi mana tak datang kerja ke?" Bagitahu boss cepat sebelum boss tacim! Sebabkan tak datang hari Jumaat tu, liz terlepas nak dapet Ang Pau. 



Makanya bermulanya percutian Hari Raya kami Version I. Malam Khamis tu, liz balik ke Mentakab dulu rumah Mak Pak Mertua. Sebabnya tahun ni raya pertama dekat Kg Liz. Huhu dekat Lipis. Giliran nak beraya ni kami tak da main 1 2 ossom pun, liz pun tak request apa-apa. Sepatutnya dan selalunya kan, mesti raya pertama belah pihak suami. Kalau belah Malan pun liz ikut je. Takda masa aihh nak main gaduh-gaduh pasal balik raya. 

Tapi rezeki norrr dapat suami yang faham situasi bini dia, walaupun aku tak sempat pun nak buat karangan luahan hati kat dia suruh faham. Fahamnya dia, liz ni anak tunggal, lepas tu rumah Mak Ayah liz pula serba cacar merba sikit. Maksud liz bukanlah rumah tu tak sempurna ke apa, tapi dari segi persiapan tu dah tak sama macam dulu. Banyak kelengkapan untuk hari raya takda. Bukanlah maksud aku pikir nak tukar langsir, tukar kerusi, tukar meja. Tapi nya kuali besor nak buat rendang pun takda, periuk ini periuk itu. Banyak sangat harta pusaka Tok Wan dah punah masa kebakaran tu. Pinggan mangkuk gulai kaca pun takda yang berset-set. Sebab mak abah dengan Wan je duduk jadi barang-barang yang beli hari tu banyak keperluan asas untuk 3 orang guna je. 

Bila raya ni, Pakcik Makcik sepupu sepapat semua balik ke rumah. Mak liz anak sulung, tokwan pula memang boleh katanya sepanjang masa duduk dengan mak kat lipis tu. Jadi anak-anak dia yang lain mesti lah balik lipis kan.

Jadi malam raya sehari sebelum raya tu lah, lewat-lewat terpisat-pisat mata ni tahan ngantuk. Malan cari kan pinggan kaca set, mujur la jumpa yang murah dekat Cowboy, RM3.90 sekeping. Kiran okay la kan, nak amik 10 keping tak cukup yang ada 8 keping je. Jadilah! Kalau beli yang set dengan cawan bagai lagi mahal. #jimat-jimat

Macam-macam juga lah beli, untuk rumah sendiri takda apa pun, untuk kampung je lebih sikit. Balang kuih raya, gelas kaca yang buat angkat ke tetamu tu. Benda-benda basic untuk raya semua tu pergi beli serba sikit. 


Tabah laki aku pilih pinggan.


Selamat Hari Raya! 

OOTD Hari Raya pertama kami bersama 6 months baby dalam womb mummy. 
Warna tema ni, liz ikut jela suami pilihkan dia punya ikut suka nak warna apa. Walaupun ni warna hijau, kalau ikut sejarah warna kesukaan, hijau ni ialah warna paling tak suka. Tapi rasa macam cantik juga kan? Masih nampak kurus dan ramping. Raya tahun ni la, baru liz reti rajin sikit ke dapur. Kemas dapur buat ni buat tu masa single boleh je buat rileks buat peace.

"Anak mak dah berubah." Bertapa beryukur nya mak aku bila aku dah kahwin ni, anak dia pandai menyiang ikan dan pandai memasak.  



Masa kahwin pun outdoor sini, time raya pun posing sini juga la ye suami.

Kadang-kadang aku tacim juga dengan member yang suka datang posing kat sini, tapi tak datang jenguk aku kat rumah. Weh rumah kami kat bawah ni je, di tepi sungai tu. Tapi tu tahun lepas la sebelum rumah tu terbakar. Takpe, jangan sedih-sedih. Allah know the best untuk hambaNya.


Lepas siap makan pagi dekat rumah, kami jenguk ke tapak rumah lama. Mohon korang semua doakan yang rumah ni boleh siap secepatnya yek. Pasal nenek kami ni, dah tak sabar-sabar sangat nak balik ke rumah asal dia. 


Jiran-jiran yang datang beraya tahun ni sempat la aku curi ambil gambar dorang. Walaupun rumah yang kami duduk sekarang kecil berbanding dulu, tapi tetamu tak pernah putus datang beraya. Tahun ni, liz tak buat open house, tak ajak kawan-kawan datang rumah pun. Maaf korang, aku tak larat sebab tahun ni kan aku berbadan dua. Aku pun rindu dengan geng sekolah raya aku, tahun ni kita tak dapat nak bergambar dekat tangga rumah tokwan aku. Tapi bila korang call aku, wasap kata nak datang aku always ready je menghidangkan apa yang ada.


Sebab tahun ni kite tak raya sama-sama. Gigih tau aku semak FB story aku.

2017 
Raya kedua. 
Close House. Syue datang melawat aku yang gemuk.
Semoga tahun depan kita boleh berkumpul lagi ramai.


2016




Saudara mara yang datang.
Rindu nya rumah!

  



2015




2014


2013



Bila ada gambar ni, rasa rindu dekat rumah tu terubat la juga. Kadang-kadang ada masa tu, aku usaha nak recall suasana certain-certain sudut. Tak sama bila tak nampak di mata. Bila ada gambar ni, Allah lega sangat, tak yah penat aku nak bayangkan. Tengok je dah boleh senyum. 



Masa hari raya hari tu aku rasa macam banyak je nak cerita dekat blog, bila dah seminggu berlalu. Banyak ayat yang aku karang dalam kepala ni dah terlupa. 

Macam ni lah raya liz tahun ni, korang kalau yang tak suka bergambar tu, liz sarankan korang rajin-rajinkan lah bergambar bermula dari sekarang walaupun korang tak suka expose life korang dekat Public takpe, at least korang bergambar dan simpan la dekat FB/Email/ dekat mana-mana yang korang boleh access. Mujur liz ada banyak juga gambar yang liz share dekat FB tapi liz buat Private, untuk tatapan sendiri dan selected friends je tengok. 

Kalau gambar yang hard copy tu hilang, atau dah terbakar macam liz ni. Hurmm tak boleh buat apa lah. Hargai apa yang ada lah yek korang. Raya ni bukanlah sebab semata kita nak tayang baju raya kita, makan mewah kita, tapi lebih kepada eratkan silaturahim. Kalau kawan korang ke saudara mara korang kata nak datang beraya tu, alu-alu kan okay. Walaupun kau sekadar jamu dorang air kosong dengan lempeng tawar. Haha ~ Tak da apa nak segan eah, hulurkan apa yang the best korang ada. Orang boleh rasa keikhlasan kita. 

Besar lagi nilai Hari Raya dari korang sibuk nak risau dindin tak cat, perabot tak tukar la itu la ini lah. Kalau pun ada mulut yang laser, buat rileks je. Sebab itu kan hakikat. Kumpul la azam untuk perbaiki sebab mulut-mulut ni suatu semangat juga untuk kita lebih maju. 

Usaha tangga kerjayaan. 
Semoga setiap tahun, kita lebih bahagia dan lebih rapat sesama kita. 
Terimalah post pertama yang liz recap untuk tahun-tahun sebelumnya yang tak pernah pun aku post kat blog. 
(Makin tua, rasa macam makin cantik, Except for this year!) 
Sebab aku rasa aku gemok.