KESAN PRODUK BRILLIANT JADI GLOWING TAPI

15 Jun 2021

Assalamualaikum semua, VIRAL lah produk Brilliant ni sekarang

VIRAL di TIKTOK, VIRAL di Facebook & Viral juga di dada-dada akhbar tentang product Brilliant ni. Siapa belum guna produk Brilliant ni, sebelum guna jangan lupa buat kajian dan siasat tentang produk ni Viral yang elok ke Viral yang tak elok.

Bila dah selidik punya selidik terpulang lah pada korang nak percaya pihak yang mana. Kalau tanya liz, liz percayakan pihak KKM yang mengeluarkan kenyataan tentang bahayanya kadungan dalam produk Brilliant ni yang mengandungi bahan merkuri yang tinggi. Masih ramai sebenarnya yang tak kisah pun tentang bahan merkuri ni asalkan CANTIK. Cantik untuk sekejap atau cantik untuk jangka masa lama. Korang sendiri yang buat pilihan.



Bahan lain yang ditemui dalam produk itu termasuk hydroquinone dan tretinoin, yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

SA berkata, mereka telah mengarahkan agar produk yang terjejas itu dipanggil balik dari kedai yang menjualnya.

Sementara itu, pentadbir wadah dalam talian yang memasarkan produk itu turut diarah mengeluarkannya daripada senarai mereka.

Menurut HSA, raksa yang merupakan sejenis logam berat toksik dilarang digunakan sebagai bahan dalam produk kosmetik.

Kalau krim yang mengandungi raksa digunakan secara kerap, ia boleh menyebabkan ruam serta kulit yang berubah warna dan bertompok.

Kalau didedahkan kepada jumlah raksa yang banyak dalam produk kosmetik bagi jangka masa panjang pula, ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk kerosakan ginjal serta sistem penghadaman dan saraf.

Menurut HSA juga, hydroquinone dan tretinoin biasanya digunakan dalam ubat preskripsi Barat bagi rawatan penyakit kulit dan dilarang digunakan dalam produk kosmetik untuk penjagaan kulit.

Sekiranya tidak digunakan dengan sewajarnya, hydroquinone boleh menyebabkan perubahan warna kulit dan kesan sampingan termasuk ruam, kemerahan kulit dan sebagainya. Ada juga yang dah pakai kulit jadi nipis dan pedih, akhirnya breakout non-stop.

Kalau korang nak tengok details nama produk yang tersenarai boleh check dekat SINI


1 comment

LEAVE COMMENT HERE.