SEPHORA AVOCADO MASK REVIEW

23 Dec 2015

SEPHORA AVOCADO MASK REVIEW | Assalamualaikum all. Dalam beberapa bulan lepas liz mendaftar sebagai ahli di Sephora. Liz rasa every girls will shout kalau nampak Sephora Store di mana-mana shopping complex nowadays. Kalau tak beli pun you guys mesti masuk nak menampak lepak-lepak try itu ini kan? 

Selepas menjadi ahli, dalam beberapa minggu kemudian korang akan dapat email dari Sephora untuk redeem Mask Sheet Sephora dekat store mereka. Dengan syarat hanya tunjuk kan email tersebut di kaunter. 

Best kan jadi ahli Sephora sebab dapat barang Free 1. Hoho ~ Jadi baru-baru ni liz pergi redeen Sephora Avocado Mask liz di Sunway Pyramid. Selepas dah seminggu baru liz pakai. Liz skin yang sensitive jadi takut juga nak try tapi kalau tak try rasa rugi. 

Okay jadi try la pun malam kelmarin letak dekat pipi muka. 


Bau nya best. Tak kuat sangat just nice. Liz suka ~ Memang tak dinafikan bila di pakai dekat rasa lembut dan moist je. Sebab liz sejenis kulit kering di bahagian dahi. 


Liz tak boleh nak share ingredient dia sebab tulis dalam bahasa cina. Dan mask ni memang made in China pun. 


Bila dah pakai rasa lega sangat sebab rasa lembut dan bahagian-bahagian yang ada line tu pudar. Tapi the worst is ~~~~ keesokkanya petang. JERAWAT naik bahagian dagu dan pipi 1 biji. Korang ada tak pengalaman macam ni? So far liz tak jumpa lagi mask buat liz rasa happy to next day. 

2 comments

  1. tsk tsk..nek jerawat ke liz? maybe ingredient die ade yang tak sesuai kot..so far tak de lagi mask yang sesuai ngan muke nih..masih tercari-cari jugak..huuu..

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.