KENAPA PAKAI RETAINER GIGI

10 Feb 2016

KENAPA PAKAI RETAINER GIGI | 

Hi holla guys, hari ni dah masuk 14 hari liz pakai retainer. Wow it has been 2 weeks yo! Dan liz semakin selesa dengan retainer ni. Bila liz pos gambar liz pakai retainer ramai juga yang bertanya kenapa liz pakai retainer? Ada yang kata gigi liz dah cantik. Alah puji pulak!

Sebelum tu liz cerita sikit ye dengan korang sejarah lama liz. Bukanlah sejarah lama mana pun, nak bagitahu korang yang dulu liz pernah pakai braces. Dah 4 tahun buka braces. Bila gigi dah cantik retainer pun dilupakan. Pakai dengan tak pakai sebab dah tak rajin. REASON pakai braces? Sebab gigi depan berlapis. Liz tak nak berlapis sebab liz nak gigi yang rata. Suka tengok iklan COLGATE tu senyum berseri dengan teratur ja. Itu yang semakin berazam nak gigi cantik.

Tapi disebabkan kisah gigi bongsu liz naik tak sekata pula baru-baru ni, dia dah menolak gigi-gigi lain ke tepi dan secara tak sengaja nya telah memberi kesan kepada gigi hadapan liz yang cantik ni. Hehe ~ Korang boleh tengok contoh gambar dekat bawah ni sebab mungkin ada antara gambar di bawah merupakan cara salah satu gigi bongsu korang tumbuh:

Sumber Google 
(Gigi bongsu liz naik seperti Mesial Impaction)

Gambar bulan 12 tahun lepas. 

Sebenarnya dia naik sikit-sikit liz tak perasan pun. Bila selalu selfie senyum-senyum baru ternampak eah asal ternaik sikit ni. Terus panic cari retainer lama tapi dah rosak. Hehe. Makanya ke klinik gigi buat baru. Pada mulanya bila liz ke klinik Dr. suggest pakai braces, bila liz cakap liz dah pernah pakai braces, sekarang ni cuma nak retain kan semula agar gigi tersebut masuk semula ke kedudukan sebelum ni. Jadi Dr. suggest kan liz pakai retainer. Tapi kemungkinan nanti Dr. akan kikiskan sedikit gigi bahagian kiri gigi untuk dapatkan ruang gigi hadapan bergerak. Dah takda ruang dalam mulut, kesian gigi tak da tempat nak naik. Sob-sob ~

Dulu liz pakai invisible retainer ni.Tapi keburukannya ialah retainer ni sangat sensitif kalau korang cabut terjatuh atau terkena benda kuat sikit benda ni senang pecah. Bila nak makan kena tanggal! Leceh~ 

Haha selekeh first day with retainer. I came late to office.

After a week. Liz punya sebutan sangat lah teruk! 
(Nak gigi cantik macam pika xoxo.)

Sesetengah perkataan sebutan nya sengau dan liz kerap gunakan bi untuk bertutur sebab pronunciation nya lebih tepat berbanding bahasa melayu. Bila liz cakap melayu kadang-kadang sebutan nya tak jelas dan orang tak faham. Rasa macam mat saleh celup. PELAT! Rasa malu bila orang detect kita cakap melayu tapi bunyi pelik kenapa. Macam tu la perasaan. Liz nak kurangkan bercakap tak boleh sebab liz kerja memang kena bercakap. Layankan jela. Air liur pun rasa banyak je pada permulaan pakai. Sangat tak biasa!

Tapi bila masuk minggu kedua semakin seronok sebab liz dah boleh biasakan diri dengan cara sebutan. Boleh biasa kan diri dengan lelangit yang sedang melekat dengan retainer. Dah boleh biasakan diri makan guna retainer. Best! 

Latest gambar hari ni. Gigi liz dah bergerak ke belakang sikit-sikit. 


Retainer sekarang!
Kalau boleh 24 hours pakai walaupun benda ni boleh tanggal kecuali waktu berus gigi yes wajib bersihkannya sekali.

Ini la dia retainer liz, liz rasa ramai yang dah tahu retainer ni apa. Selalunya retainer ni orang yang lepas buka braces akan pakainya setiap hari selama lebih kurang 1-2 tahun. Yes! You guys kena follow arahan tersebut kalau tak nak jadi macam liz sebab liz hanya pakai selama setahun lepas tu rasa malas sebab tengok gigi cantik sangat dah. Haha! Tapi hakikatnya korang kena tahu gigi kita yang pernah pakai braces tak sekuat gigi mereka yang tak pakai braces. Kenapa? Sebab gigi yang dah pernah pakai braces dah terbiasa dengan gerakan gigi ke kiri ke kanan. Maksud liz tekanan braces pada gigi dah membuatkan gigi mudah bergerak. Jadi bila gigi bongsu naik. Korang rasa? 

Korang pun dah boleh jawab kan. Gigi liz bergerak kedudukan sebab ada tekanan dari gigi belakang. untuk kenalkan semula kedudukan liz kena pakai retainer supaya ianya tidak bergerak sesuka hati dia. Korang boleh dapatkan nasihat Dr. gigi yang terdekat ye sebab liz bukan mahir sangat bab-bab ni. Cuma shared knowledge dan pengalaman yang ada dengan korang. 

Mengenai kos pula, liz buat ni dekat I Care Dental Subang Jaya. Price starting with RM350-RM1K.


21 comments

  1. Makin cantik gigibtu..hehhe..ok tau dah kenapa

    ReplyDelete
  2. Kalau yg naik horizontal lagi teruk tertolak gigi2 lain..

    ReplyDelete
  3. Hai.. Saya nk tnya.. Mcm saya baru2 ni doc tu dh buat acuan gigi dgn satu lagi apatah lupa.. Hehe.. Next appointment dia suruh sya bwa skli xray.. Soalan nya.. Next appointment tu dh dpt pkai retainer ni.?atau dia nk check gg saya ni lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Awak bt retainer ke bt braces? Sbb sy bt retainer x bt pun x-ray. Ms bt braces je kene bt x-ray

      Delete
  4. Hi awk nak tanya berapa harga retainer awk yg latest baru buat tu? And nama clinic tu apa ya? Hehe thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dah tulis range ikut gigi. klinik icare dental dkt giant subang

      Delete
  5. Nak tanye.. Kalau pakai retainer terus tanpa pakai braces boleh ke? Sbab gigi saye jarang sikit dekat depan.. Memang teringin sangat nk rapatkan.. Agak2 boleh tak? Akak pnye memang jdi straight balik ehh gigi selepas gigi depan ke depan?

    ReplyDelete
  6. Nak tnye kalau pakai retainer terus tanpa pakai braces boleh ke? Gigi saye jarang sikit..

    ReplyDelete
  7. Nak tnye kalau pkai retainer trus tanpa pkai braces boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kene tny dr. Sy xpasti utk soalan awak tu lgpn lain org lain treatment

      Delete
  8. Nak tnye kalau terus pakai retainer tanpa pakai braces boleh ke?
    Kalau bgi gigi jarang skit

    ReplyDelete
  9. Saya hari ni start pakai retainer lepas seminggu buka braces. Rasa macam sedara king coco pulak bila bercakap. walaupun kena pakai 24 jam redha je la nak gigi cantik

    ReplyDelete
  10. Awk..pm kita sat..0126807993..nak tanya

    ReplyDelete
  11. Retainer selalu siap berapa lama n harga dia berapa?

    ReplyDelete
  12. Klu guna retainer bole makan ke teros ke... Ke kene cabut

    ReplyDelete
  13. Klu pakai retainer teros bole makan ke... Kene cabut masa makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya baru pakai 5 hari dah so time nak makan and berus gg kena la tanggalkan. Make sure waktu malam nak tidur kena pakai :) maybe dlm dua bulan pertama kena pakai 24 hours and lepas tu pakai time malam je tapi better pakai la sentiasa :)

      Delete
  14. Akak , my gigi pakai retainer macam akak juga , tapi bergerak sebab waktu makan i buka �� macam mana ni ��

    ReplyDelete
  15. Hi nak tanya klu dh veneer gigi blh ka guna retainer

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.