CARA PILIH SERUM MUKA

CARA PILIH SERUM MUKA | Assalamualaikum semua 

Bercakap pasal serum sekarang ni, merata-rata orang duk cerita pasal cerum... Allah cerum pulak! Serummmm bukan cerum tau. 

Liz ada baca beberapa atikel dekat google mengenai serum, sejauh mana korang percaya pasal serum ni dekat info google? Liz pun jenis yang suka google juga, banyak info liz suka baca dekat google, dari zaman kulit berjerawat teruk lagi, macam-macam petua dan tip kulit jerawat liz baca dekat google. You guys can try and error till you guys jumpa yang serasi.

Apa liz start buat ialah liz kongsi kan pengalaman liz sendiri dekat medan blog, liz dapat banyak pertukaran pengalaman sesama mereka yang ada masalah sama dengan liz. 


Berbalik pada cara pemilihan serum, bahasa mudah nya takda orang yang pakai serum ni nak tahu sangat apa ke benda serum ni. Ramai orang perempuan ni tahu, pakai apa lagi ya boleh jadi cantik betul tak? Orang cakap pasal pakai serum, hambiikkkk pergi pakai serum. 

Korang tahu tak serum ni apa sebenarnya? Dan bila masa sesuai untuk pakai serum? Ada blog yang liz baca kalau kulit berjerawat kena pakai serum yang ada vitamin C, seriously weh? Liz rasa makin subur jerawat tu tumbuh nanti. Anyone boleh share tak pengalaman korang yang pakai serum boleh jadi best? Mungkin boleh share dekat ruang komen serum apa yang korang akan suggest pada orang lain untuk pakai serum?

Pada liz, untuk yang kulit masih ada jerawat, tona kulit tak sekata atau baru nak jinak-jinak dengan skin care. Apa yang korang perlu buat ialah kukuhkan dahulu 5 basic skin care korang. 

5 Basic skin care:

1. Cleanser
2. Masker
3. Toner/Freshner
4. Moisturizer
5. Sunscreen / etc 

Kukuh kan dahulu 5 perkara dekat atas ni, InsyAllah lepas tu korang nak taruk serum mak nenek ke, serum mak atuk ke letak la. Segala supplement kulit yang lain korang nak letak dan tepek pun letak lah yek. 

Untuk serum sebenarnya bagus sangat untuk kulit yang dah ready untuk pakainya. Serum ni bukan tak bagus tapi terlalu bagus, untuk cerahkan kulit, enhance kan lagi beauty kulit. Orang yang pakai serum ni masalah kulit kusam tu memang tak akan ada lah senang cite. Kulit dorang akan jernih dan cantik je. 

Serum ada pelbagai jenis, kulit berjerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kulit normal tak lupa juga buat kulit yang dah berkedut. Setiap dari serum ni ada ciri-ciri yang berbeza, kita tak boleh pukul habis 1 serum sesuai untuk semua jenis kulit. Liz sangat tak setuju dengan stigma yang usahawan sekarang ni guna kan 1 serum untuk semua masalah. Liz tak percaya, sebab liz sendiri orang yang phobia dengan segala tipu helah orang jual yang hanya nak untung.

Bila part yang nak selitkan serum? 
Serum boleh dipakai selepas pakai toner. Cleanser > Toner/Freshner > Serum. Serum ni teksture dia ringan gileerrrr tak melekit dan mudah meresap dekat kulit dia macam air tau sapu je terus sab-sab-sab masuk dekat kulit. Dia tak macam moisturizer tau, tak macam krim lain la senang cite. Senang cite kan, cara liz pakai product, liz akan apply yang mahal dulu hehe, bukan apa bila dah pakai banyak sangat ni tak tahu nak susun pun ye. Kulit kita ni special, semua orang ada cara nya tersendiri dan korang tak payah gaduh-gaduh sangat lah yek.

Pakailah SERUM bila kulit you guys dah ready, untuk kulit yang berjerawat tu liz tak suggest korang pakai serum kecuali serum yang ada SA. Sebab dia memang bantu kill bacteria. Dari korang bazir duit pakai serum, baiklah korang bazirkan duit cari 5 basic skin care yang kukuh dahulu. 


You guys can get my Free Consultation. Free je, sebab liz memang nak tolong dan suka sangat tolong reader blog liz dapat kulit yang sihat dan cantik. Not to lie, liz dah jumpa beberapa reader blog liz tau. And I am so happy to meet you guys and get my personal consultation. 


Kalau sudi tengok kulit liz yang dulu, boleh godek-godek entry liz yang lama-lama tau. Nak contact liz mudah je, boleh pergi visit Instagram liz, boleh email liz, boleh PM facebook liz, boleh juga wasap liz tau. 

Instagram: @beautyliyliz
Facebook: Liyliz Yusof
Email: liylizyusof56@gmail.com
Wasap: 010-2276292

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.