RESEPI CORNDOG FROZEN YANG MUDAH

25 Nov 2020

RESEPI CORNDOG FROZEN YANG MUDAH | Assalamualaikum korang 

    Hari ni liz nak share dengan korang resepi corndog frozen yang pernah liz buat dan jual semasa pkp. Liz kongsi dekat dalam blog ni semoga ada yang tengah hustle dengan sumber kewangan boleh cuba resepi yang liz nak share ni. 

PINJAM GAMBAR ANAK SAUDARA BUAT POSTER

    Untuk pengetahuan semua, liz pernah jual corndog frozen ni sehingga ke Pahang ya, bukan sahaja di area selangor. Harga dan saiz juga memainkan peranan untuk tarik pelanggan beli. Mana tidaknya, kalau korang perasan, dah ramai juga yang jual corndog frozen ni betul tak? Tapi nasihat liz pada korang semua, kena percaya pada rezeki masing-masing. Setiap produk tu tetap akan ada nilai rasa nya tersendiri.

BAHAN-BAHAN CORNDOG:

1. MOZARELLA CHEESE (NAK MURAH KENE BELI DKT PASAR BORONG)

2. SOSEJ

3. LIDI (GUNA LIDI HALF)

4. TEPUNG GANDUM (2 CAWAN)

5. SERBUK PENAIK MOREPAN 

(2 SUDU, BANCUH BAGI NAIK DULU & gula sikit dlm yeas t bancuhan ni)

CARA-CARANYA:

    Mula-mula masukkan tepung 2 cawan dalam mangkuk, kemudian masukkan air yeast yang dah kembang tu ke dalam tepung secara perlahan-lahan. Jangan bancuh lembik sangat tau, kalau korang tengok dekat youtube tu banyak yang buat bancuhan lembik jadi bila korang goreng kadang tu akan mudah bocor dan masuk minyak. Jadi okay je kalau korang buat pekat sikit, lagi-lagi buat frozen sebab nak simpan dalam freezer kan. 

    Sosej dengan cheese tu potong ikut saiz korang suka, liz suka guna lidi pendek tu sebab makan tak jemu tau. Dan rasa just nice tak muak boleh makan berkali-kali. 

    Masa liz jual tu RM1 secucuk tau, min order RM10 1pack. Jadi kalau korang rasa nak try business corndog frozen ni liz rasa sangat lah sesuai sebab mudah nak buat cuma letih nak uli. 

    Liz pernah demam ya haha sebab order banyak sangat masuk, sampai demam. Jadi liz kongsi resepi dekat sini supaya dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari peluang untuk berniaga. Liz dapat order siang malam pagi petang tak henti ya, jadi liz doakan semua orang dicurah dan dilimpahkan rezeki juga. Amin, amin, amin. 

Gambar tepung liz tak jumpa pula dekat mana, tapi doh tepung liz tu ingat tau dia macam donut sikit yang boleh diuli untuk balut corndog ni. Sekarang ni liz dah tak buat ya, liz buat ni dulu sebab nak makan sendiri tapi tak sangka kawan-kawan pula ramai beli. 


1 comment

  1. If nak frozen tu, perlu goreng separuh masak ke? Supaya tahan beberapa hari?. Ke tak perlu? Saya nak bisnes corn dog frozen , tapi tak yakin. Sebab takut corn dog frozen yang saya buat tu basi dan tak tahan lama.mohon bagi penerangan.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.