DIY PLAY TELEPHONE PRE-WEDDING PHOTO

24 Nov 2016

D.I.Y PLAY TELEPHONE PRE - WEDDING PHOTO | Assalamualaikum semua.

Tak tahu la nak letak nama apa untuk benda ni, jadi kita panggil d.i.y play telephone je la ye. Liz terfikir nak buat benda ni sebab masa kecit-kecit dulu liz pernah main dengan cousin liz.  Zaman liz kecit dulu mana ada telephone betul-betul lagi, eah macam aku dari zaman batu pula. Maksud liz, zaman liz dulu mana ada smart phone, nak main game nak main ABC ngeja ke mewarna guna phone. Baru nak belajar Hello-Hello je tau dulu.

Jadi masa sekolah rendah dulu cikgu sekolah ajar cara buat telepon guna tali tu, terus lah sambung buat lagi dekat rumah. Seronok betul main bisik-bisik guna benda alah ni. Budak-budak yang mudah terhibur la katakan. 

Bila da besar ni tiba-tiba teringin pula nak main bisik-bisik dengan Malan, nak bisik tepi telinga takut mercik air liur pulak. Hahaha ~ jadi kita main bisik-bisik guna telepon mainan eah. 


Me: "Nak tau tak apa beza awak dengan banduan"
Him: "Tak tahu, apa?"
Me: "Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya"


Liz rasa liz lagi terel ngayat Malan haha ~


Guna barang apa yang ada je, tak payah membazir nak beli polistrine cup yek. Melainkan dekat rumah korang memang dah ada. Guna je apa yang ada dekat dapur korang tu. Dah dapat bekas 2 biji macam gambar atas tu, liz guna bekas air mineral je okay. Jangan lupa tebuk lubang supaya boleh masukkan tali. Dah masukkan tali, korang ikat la simpul. Alaa macam la ikat simpul pun tak reti, pejam mata pun boleh ler. 




Part ni tak yah terang beriya pun korang mesti dah faham kan. Print je lah dekat printer siap-siap, ikutlah bentuk apa korang nak, tulisan apa, nombor apa semua terpulang pada korang. Kombinasi warna pun sama, terpulanglah korang suka warna apa. Janji boleh guna untuk masa photo-shoot tu nanti. Macam-macam cara shoot korang boleh buat dengan benda ni tau. 

Save The Date Photo

Boleh buat guna as counting days picture juga tau. Macam tu... I'm counting of 30 days before my big day. 

Eah nak kahwin dah. Kos buat props tu bukanya banyak pun, barang semua dah ada, liz beli tali je RM1.20 dekat Mr. DIY. 

Sekian, nanti update lagi. 
Liz memang mampu buat short enty je setakat ni. Hehe ~
Assalamualaikum.



2 comments

  1. Replies
    1. Dr sekolah liz mg suka benda craft ni. Dlm blog pn bnyk benda craft liz update kan.. haha

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.