MASKER MUKA UNTUK KULIT BERMINYAK DAN KULIT JERAWAT

6 Apr 2020



MASKER MUKA UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERWAT| Assalamualaikum semua

Pilih masker muka yang betul juga merupakan perkara yang penting untuk mendapat kulit yang sihat. Tahukah korang yang di bawah setiap liang pori kita terdapat kelenjar sebum yang menghasilkan minyak semula jadi yang disebut sebum. Ini membantu menjaga kulit kita terhidrat dan sihat TETAPI pada sesetengah orang, kelenjar sebum dapat menghasilkan terlalu banyak minyak. Ini menjadikan kulit berminyak yang tahap rasa tak selesa.

Kalau kita mempunyai kulit berminyak kita akan sentiasa rasa berkilat, dan mungkin sampai tak cukup tisu nak lap muka yang berminyak tu. Katakan selepas cuci muka, kulit kita masih berminyak malah boleh terasa berminyak dalam beberapa jam selepas pembersihan. Maksudnya kulit korang jenis yang berminyak dan perlukan sesuatu untuk kurangkan minyak tersebut.

Breakout juga terjadi disebabkan kerana sebum bercampur dengan sel kulit mati dan tersekat di pori-pori kita. Jadi nak kawal jerawat? Kawal minyak muka dahulu.

Penyebab kulit berminyak merangkumi faktor genetik, persekitaran, dan gaya hidup. Korang boleh mengambil langkah untuk menjadikan kulit korang tidak berminyak iaitu dengan mencari masker yang sesuai untuk keluarkan lebihkan minyak di muka. Antara bahan yang sangat penting dan terbukti oleh dermatologis ialah masker yang mempunyai bahan CHARCOAL menjadi pilihan yang utama untuk penyerapan lebihan minyak disamping tidak menyebabkan lembapan kulit kita hilang.


Kenapa CHARCOAL MASKER atau MASKER ARANG?
Liz terangkan sikit pada semua, apa yang arang ni boleh buat ya. Arang dapat menarik racun dan apabila digunakan pada kulit ia mengeluarkan kotoran seperti minyak, kotoran, peluh dan membentuk seperti magnet yang menarik segala kekotoran dari wajah anda. Ia berfungsi seperti spons, itulah sebabnya ia digunakan begitu lama di hospital untuk merawat keracunan alkohol. Kalau korang kena cirit birit pun, doktor mesti bagi ubat charcoal tu tau sebab charcoal ni memang hebat la kerja dia menyerap benda yang tak elok ni. 

Dan apabila digabungkan dengan ramuan yang tidak tersumbat seperti asid salisilik, arang boleh berfungsi seperti spons di wajah korang untuk membuang toksin dan membuat kulit korang lebih bersih. Ia juga membantu membersihkan pori-pori anda dan membebaskannya dari sebum berlebihan, sel kulit mati dan minyak.

Produk yang diformulasikan dengan arang atau ekstrak arang boleh menjadi padanan untuk kulit berminyak dan boleh merawat jerawat. Terdapat banyak produk di pasaran yang menampilkan bahan-bahan bermanfaat ini, jadi korang harus mencubanya jika ingin menyegarkan rutin pembersihan, pengelupasan dan penghidratan kulit.

Terdapat banyak dan pelbagai jenama charcoal Masker di pasaran yang korang boleh cuba sekarang ni sebagai contohnya. Brand Garnier, Freeman dan macam-macam lagi sebenarnya which korang kena try & liz dah try macam-macam lagi.



Ada banyak sangat charcoal masker yang korang boleh pilih dan cuba. Tapi kalau korang liz, sejak dua tahun liz pakai charcoal masker Mary Kay ni, liz memang tak tukar lain dah. Sebab dia memang sangat best which bila masker charcoal tu kering dekat muka, warna hitam charcoal tu bertukar menjadi warna kelabu.


Charcoal Masker Favourite Liz since 2018 sampai sekarang.

Dua tahun dah sebenarnya liz pakai masker muka charcoal ni tapi tak pernah terlintas pula hati ni nak tulis review dalam blog. Sementara masa lapang banyak ni, liz rasa baiklah liz kongsikan pasal masker yang THE BEST ni.

Nama diberi CHARCOAL MASKER CLEARPROOF MARY KAY. Ramai la duk cakap Mary Kay ni mahal tapi 1 benda yang kadang orang kita ni dia tak perasan bab long term using & kuantiti. Barang Mary Kay semua boleh guna up to 6 bulan tau tak dan lepas tu dia punya kuantiti banyak bukan sikit-sikit.


KENAPA BAGUS SANGAT CHARCOAL MASKER NI?

Korang kena tahu fungsi charcoal menyerap segala kekotoran, bacteria & minyak yang ada atas permukaan kulit. Sebab tu selain menyerap minyak lebihan di muka, charcoal ni juga boleh menyerap bakteria jahat dalam jerawat tersebut.

Liz ni bukan jenis yang suka sangat term-term scientific sebab rasa susah nak faham. Jadi bahan yang mudah macam ni senang sikit nak link kan dengan masalah kulit. Liz pakai charcoal masker ni da 2 tahun. 1 botol ni tak habis-habis lagi tau dak punya lama liz boleh pakai. Lepas tu masker ni pula pakai 2 x seminggu ja. Kena la rajin kalau tak nak tengok muka berminyak macam minyak goreng pisang.

Teksture charcoal masker ni sejuk dan mudah untuk sapu deka muka. Untuk kulit jerawat sangatlah sesuai pakai sebab dia akan mengecutkan jerawat korang dengan sangat cepat. Korang kena tahu juga tau yang pakai masker hanya 15 minit sahaja. Jangan lebih dari tu nanti dia tarik lebih minyak dari sepatutnya jadi kering pula kulit korang.

Nampak tak area warna kelabu tu?
Berjaya serap minyak. 


Kalau you all nampak kawasan charcoal masker yang bertukar kepada warna kelabu, itu bermaksud kawasan tersebut terdapat banyak minyak yang berlebihan. Dan kalau you all tengok dekat dagu liz ada sebiji warna kelabu. Itulah jerawat yang ada seketul di situ, charcoal masker ni tolong sedut segala apa yang tak patut ada dekat kulit.

2 hari insyAllah jerawat kecut dan hilang begitu sahaja. Jadi charcoal masker ni item kesayangan liz yang tersangat agung gituh. Tak hairan la charcoal masker ni memang award top 1 charcoal masker di peringkat International tau.

Kalau you all berminat nak cuba charcoal masker Mary Kay ni, boleh try wasap dekat sini 010-2276292 sebab beauty consultant ni dapat award best beauty services tau dan service dia bagi terbaik. Korang mesti akan cantik terus kulit!!! 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.