REVIEW BUBBLE TEA KIRINDO SS15

2 Jan 2020

REVIEW BUBBLE TEA KIRINDO SS15 | Assalamualaikum semua 

Geng-geng air VIRAL! Tahun 2019 merupakan tahun yang viral dengan bubble tea, bagai-bagai jenama muncul jadi liz antara yang tak ketinggalan untuk mencuba segala air yang baru. 

Pernah dengar Kirindon Bubble Tea? Kalau belum korang wajib cuba sekarang dan rasai penangan air yang superb YUMMY berbanding yang lain. Yang pasti harga dia juga bebaloi dengan saiz yang disediakan tau.


Dekat Kirindo ni, kalau korang nak minum dengan harga yang lebih jimat WAJIB apply Kirindo Membership Card tau sebab jimat dia bebaloi-baloi. Tengok liz sekali minum 4 flavored terus haa hebat ke tidak? Hebat sangat!! Sambil lepak buat kerja, or tea time dengan girls time sangat sesuai dekat sini. Toilet ada, cermin besaarr ada, wifi pun ada. Just complete untuk generation zaman sekarang punya lifestyle.


Sampai tak tahu laa pulak liz nak minum yang mana satu dulu ya? Jom liz pekenalkan pada korang dari belah kiri liz ya. 

💗 Brown Sugar Crush, tinggi kan size regular tau ni, bukan biasa-biasa tau. 
💗 Ternatea (air purple dan orange) supperb fresh. 
💗 Kirindo Brown Sugar Signature (Wajib Cuba)
💗 Passion Yogurt (Favorite liz)


Ala acah-acah single kejap minum dekat sini sambil tinggal anak dekat rumah. Me Time! Untuk suri rumah atau ibu yang bekerjaya, korang wajib ada ME TIME tau supaya korang rasa segar dan bertenaga. Baru la nampak lawaaa sokmo! Melawa bersiap-siap, kalau dengan anak kecil si Amuzz ni, tudung liz confirm dah kedut seribu, supe tak yah iron tudung. 

Untuk rasa yang segar, boleh pilih air Ternatea ni, sebelum minum korang kacau dulu kasi sebati ya supaya rasa nya bergabung dan meletop. Air ni rasa dia macam air kelapa, ada rasa lemon, ada rasa berangin, jadi bila liz minum makin lama makin disedut, makin lama makin disedut. Sedar-sedar je habis!

Masa liz datang sini tak ramai orang, maybe sebab baru lagi dan ramai yang tak tahu akan kewujudan air ni, jangan risau boleh minum sebab dekat sini tiada pork atau alcohol ya. Jadi boleh minum dengan selamat dan yakin. 

Liz dah cuba ke empat-empat air ni dan liz rasa tak membazir pun untuk 1 cup beli sini sebab memang akan minum sampai habis. Paling suka ialah passion yogurt sebab liz suka rasa buah passion yang masam-masam bersama dengan yogurt, rasa banyak giler vitamin bila minum air ni. Terus rasa glowing arhh gitu!

Selamat mencuba semua. Jangan lupa visit tau. Liz ada buat video juga, boleh check You Tube Channel liz di Liyliz Yusof kalau nak tengok vlog liz minum air ni semua.

AlamatNo.49, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.