KERETA PREVE TERKUNCI DARI DALAM

KERETA PREVE TERKUNCI DARI DALAM | Assalamualaikum semua 

Jangan PANIK!!!!
Kalau ikut akal pendek liz ni memang liz cakap dekat husband "Abang pecah je tingkap nanti sayang ganti". Kenapa pula aku kena ganti kan? Haaa sebab aku yang buat kereta preve ni terkunci. 

Enjin masih hidup dan ianya terlock sebab aku tekan lock button tu dan aku keluar. Dia jadi lagi pening sebab kami set children lock jadi pintu depan dengan pintu belakang tak sama sistem.

Masa ni anak dah dan beg anak dah bawa keluar, nasib baiklah kalau lagi rasa bersalah aku nak tengok laki aku serabut kehulur kehilir nak settle tu. Adoii la, dah la kunci pendua takda la cerita nya kan sebab kami baru je sampai KAMPUNG. Dah la dari jauh, sampai depan rumah kampung, kereta pula tak boleh tutup, dah sejam jenuh enjin tak bertutup. 

First thing first call mekanik la kan. Aku ada baca juga beberapa blogspot pasal preve terkunci ni tapi cara diorang settle ni bukak tayar depan dan set sistem dari bawah tu.

Cara aku ni pula lain sikit, mekanik cina dekat kawasan kampung ni cuba untuk bukak boot belakang dan dia nak tolak seat belakang dan guna tangan untuk tekan button buka dekat dash box dari dalam tapi tangan tak cukup panjang la pulak kan. Masalah sekarang tempat duduk belakang tu pula tak boleh di jatuh kan.

Pendekkan cerita dalam 10-15 minit juga nak buka boot belakang, bila dah buka tu legaaa tinggal nak tolak seat belakang. TAPIIII laki aku cakap seat preve ni ada lock juga. Adoii berapa banyak punya lock, cuba punya cuba mekanik tu tak berjaya.... dia balik dan dia kata petang nanti dia datang lagi. 

AHH sudah!!! Laki aku masuk kuar masuk kuar bertenang minum air, duduk dalam boot jolok dengan tangan sana sini TIBA-TIBA seat tu rupanya ada 1 lubang. Cuma korang tak perasan je, seat belakang tak bercantum semua, bahagian penumpang ada terpisah belah kiri. 

Lepas masuk tangan, tapi tangan pendek pulak, intai dari belakang ke depan tengok lurussss terus ke button bukak dekat dashbox. Perghhhh terus cari kayu yang panjang!!!

Sebagai Blogger, phone aku pasti di tangan, jadi naah liz bagi korang tengok gambar yang sempat liz tangkap di kala saat walaupun tengah panik ni.


Process pertama, mekanik tolong cungkil untuk buka boot belakang, take time jugalah. Jadi pencuri nak curi pun susah jugaklah... hehe 10-15 minit.. sian laki aku berjalan jauh juga gi panggil mekanik hujung kampung tu, balik naik moto dengan mekanik dengan muka senyum. (Sinar Harapan Bermula)


Selapas hasil minum air sejuk kehulur kehilir dalam 20 minit, idea bernas pun datang. Laki aku paling aku suka dia tenang haha. Akal pendek aku suruh dia pecah kan jela cermin kecil dekat belakang tu. Tapi sebenarnya laki aku cakap cermin kecik tu lagi mahal sebab jarang orang order. Kalau cermin tu pula RM300 sebab kereta laki aku pernah kena pecah juga haish masa tu siap ada cincin merisik lagi. Okay sambung cerita MISI nak unlock preve kan, nampak tak laki aku tu sambil jolok senyummmmm. Cari kayu panjang, dan jolok ikut laluan seperti dibawah gambar ini ya kawan-kawan.


Ni la seat yang liz cakap tadi tu, ramai tak perasan. Ikut sini laaa kita boleh jolok terussss ke dash box akan dapat button open door tu memang lurus dari seat tu, tolak kayu dan tekan sampai kena button tu dan TADAAAAAAA kereta preve yang terkunci kini terbukaaa. MUKA pun ada SENYUM dan bercuti di kampung dengan BAHAGIA.

Liz share story dekat sini supaya korang tak perlu nak lalui proses yang lama nak fikir. Semoga post ni dapat membantu sesiapa terjadi macam ni. Haishh benda dah jadi sebagai pengajaran.

Kos RM20 je laki aku g ke kedai mekanik tu hulur tanda terima kasih sebab berjaya buka boot belakang haha walaupun tak berjaya unlock. Terkejut mekanik tu ehh macam mana boleh terbuka kereta kan. Laki aku pun cerita benda yang sama macam yang aku tulis ni. Dahhhh cepat pergi buka kereta korang tu... 




2 comments:

  1. terima kasih...info yg sgt membantu...baru je tlg kete preve pak mertua sy...moga murah rezki puan sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih, terima kasih juga luangkan masa tinggalkan komen. terima kasih atas doanya ... semoga encik imran juga dimurahkan rezeki

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.