TEMPAT MAKAN SETIA ALAM BUFFET | REVIEW SHABU X

14 Jan 2020

TEMPAT MAKAN SETIA ALAM BUFFET | REVIEW SHABU X Assalamualaikum and Hi Alls

Wehh!! 3x ulang alik lalu I tak nampak Shabu X ni dekat mana, seriously buat malu uitt orang Setia Alam.

Lately ni memang makan dan makan ialah aktiviti baru 2020 yang buat aku rasa pipi naik semakin membulat! Tapi pipi je weh, badan lengan aku semua cekeding, hahhh pening giler sebab kalau fikir lagi memang terus giler jadi biarla nak jadi apa pun dekat pipi ni. 


Ini lah dia Shabu X. Shabu shabu jommm. Dibahagikan dua bahagian, duduk bahagian depan makanan lagi better la senang nak ambil tau.

PENGGEMAR STEAMBOAT! Ini tempat yang heaven untuk you all lepak dan makan. Selalu nak lepak-lepak dekat coffee kan, tapi this time kami try other new thing which lepak dekat Shabu X Setia City Mall seawal 11 pagi. Kedai ni memang paling awal pun buka 11 pagi ye jangan datang awal dari tu. 

Pertama kali juga aku makan dekat sini jadi jangan segan-segan untuk tanya pelayan dekat situ step untuk makan situ. Ye la kena tahu juga nak buat apa dulu kan. 


Ini ialah buku menu nya. 

1st step : Pilih jenis sup. Sup ada 4 jenis. Kami pilih ofcoz tomyam lepas tu lagi 1 sup shabu signature. Sup shabu ni macam sup mee wooden, plain sup yang rasa dia enak-enak gituh. 


Sup pilihan kami.

2nd step : Pilih berapa jenis daging yang korang nak makan, ada 3 jenis daging, | Ayam | Lamb | Beef | boleh pilih kesemuanya dan bagitahu pada pelayan nak berapa banyak. Kami mintak 2 ayam, 2 beef, 2 lamb. Nanti dorang datang la hantar dan set up kan dapur steamboat kita. Ala dia macam Johnny gitu tapi dekat Shabu X lagi puas sebab boleh refill sampai korang membulat perut sehingga tak mampu nak telan lagi. 

3rd step : Boleh layan diri, ambil segala bagai buffet di belakang, ada kaunter sushi, ada kaunter goreng-goreng, ada kaunter air, kaunter ais krim, kaunter pelbagai sayur dan bebola.

Pelbagai jenis goreng-goreng ada sini

Daging cincang ni kalau nak kena request.


Sushi ni sedap!!! Sama rasa macam makan dekat sushi king.

4th step : Start lah memasak ye you all! Sambil masak, makan, sambil borak sambil cakap sambil makan. Dan makan lagi.... which best laaa lepak dekat tempat macam ni. 



Suasana dia liz sukaaaa sebab duduk sebelah TV skrin besar sambil makan sambil nyanyi haha. Macam anak muda sangat!!! 


Kalau tak nak borak, nak gaduh dekat sini pun boleh. Macam yang belakang tu.

Harga steamboat buffet sini liz rasa berpadanan dengan harga sebab ofcoz pertamanya dia selesa giler.. Dan kalau korang tanya liz bawa budak sesuai ke tak? Kalau tanya liz, liz akan repeat lagi untuk makan steamboat yang memuaskan hati ni. Sini takda grill-grill tu tau. Itu yang membezakan Shabu X dengan tempat lain. 


Sebelum balik, boleh mintak cashier tolong ambil gambar tau.
Dah siap check in Shabu X Setia City Mall! 
Next kita nak check in mana pula?
Nantikan ..... 

Konsep : Buffet Steamboat 
Harga : RM34.80 (Lunch), RM38.90 (Dinner)



Lokasi Shabu X LG 07/08 Setia City Mall, depan Samsung, sebelah dengan coffee lavender. Kalau tak jumpa juga, korang boleh geng dengan liz, lalu 3x dari utara ke timur ye. 


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.