CARA PERMOHONAN SLIP SPM DAN PMR YANG MUSNAH ATAU HILANG

11 Feb 2020

CARA PERMOHONAN SLIP SPM DAN PMR YANG MUSNAH ATAU HILANG | Assalamualaikum semua 

Okay hari ni liz nak berkongsi pengalaman liz tahun 2020, iaitu cara-cara untuk membuat permohonan salina slip SPM dan PMR yang musnah atau hilang. 

Kes liz ialah musnah dalam kebakaran pada hujung tahun 2016 di mana tahun yang bakal jadi pengantin lagi sebulan je lagi tau. Tapi syukur Alhamdullilah umur masih panjang, merasa dirikan rumah tangga dan menjadi seorang isteri dan ibu kepada Muzaffar Yafiq Bin Mazlan. 

Dan tahun ni liz baru bersungguh untuk buat permohonan salinan slip SPM dan PMR sebab liz bakal melanjutkan semula pelajaran liz ke peringkat seterusnya. Doakan liz ya semoga segalanya dipermudahkan. 

Dah berusia 28 tahun nak come back untuk sambung belajar semula ni. Harapnya masih cekap dan pintar untuk menelaah pelajaran bakal dihadapi pada March 2020 ni. 

Husband tanya sempat ke liz nak buat semua proses ni, tapi orang kata " Hendak seribu daya, taknak seribu dalihh".

Isi Borang Dulu

Untuk proses permohonan ni sangat mudah you alls. TAK PERLU bawa apa-apa supporting dokumen, cukup bawa IC sahaja dan diri ke Putrajaya

Blok E11, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Parcel E, 62604 Putrajaya

Liz share pengalaman liz ya sebab liz pergi ke kaunter terus, drive dari Setia Alam dalam 45 minit juga dengan keadaan hujan lagi. Okay untuk mereka yang drive sendirian, PLEASE pastikan KAD TOUCH AND GO you ada baki sekurangnya RM8 sebab parking di situ menggunakan touch and go, kalau tidak habislah korang parking jauh2 sikit kemudian menapak kalau nasib tak baik macam hari liz pergi tu kebetulan hari hujan pula. Mujur payung ada dalam kereta tau. 

Parking dalam tu yang tersangat limited

Jadi benda-benda yang you all tak jangka ni kena prepare kalau tidak akan mendatangkan ke TEKANAN terhadap diri sendiri. Kalau you all datang berteman tak da masalah boleh terus driver drop you all depan kaunter dan proses pun dalam 10-20 minit sahaja. Sangat cepat dan tangkas. 

Isi borang siap-siap di kaunter, silap ingat tahun ambil SPM dan PMR ya, tak ingat nombor giliran jangan risau. Sabab i pun tak ingat laaa tak kuasa nak hafal nombor giliran yang dah lama tu kan. 

Jadi apa yang paling utama ialah IC anda. Bila siap isi borang, anda akan diberi nombor giliran kemudian anda terus ke kaunter untuk urusan, dala 5 minit macam tu kemudian anda diarahkan untuk membuat bayaran RM30 per slip. Macam I RM60 sebab I nak PMR dan SPM. Sila bawa CASH ya, tolong elakkan segala masalah yang bakal timbul. Nak selamat bawa sahaja la cash ya. 

Bayar di kaunter paling tepi, kemudian tunggu semula giliran anda dipanggil kemudian TADAAAAA slip dah siap. Semudah itu. Tiada dokumen sokongan diperlukan. Hanya perlu bayaran yek tuan-puan sekalian. Sampul juga mereka sediakan tetapi kalau nak lagi selamat bawa la folder yang plastik tu manatau hari hujan ribut melanda tak memasal pula basah slip korang RM30 tu. 



Alhamdullilah semuanya sangat mudah proses di kaunter. Untuk yang dari jauh tu, boleh buat melalui pos. boleh lawat ke laman web https://www.moe.gov.my/orang-awam/sijil-spm 

Segala step ada disediakan di sini tau. Korang kena rajin sikit untuk baca dan insyAllah semuanya berjalan lancar. 

Untuk yang ke kaunter tu, memang akan dapat terus slip PMR dan SPM jadi yang jauh tu jangan risau. Selamat dah slip yang liz dapat ni terus lah liz pun buat salina dan scan simpan siap-siap dalam email. Pengajaran mengajar erti untuk lebih berhati-hati. 

Ada apa-apa boleh tanya di ruang komen ye. Thanks. 


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.