HIJABISTAHUB SETIA ALAM

11 Feb 2020

HIJABISTAHUB SETIA ALAM | Assalamualaikum people

Uitt nak raya ke tu, busy cari baju raya yek. Ni merupakan pengalaman pertama i dan bff i jejak kaki ke butik hijabistahub setia alam. Walaupun kami ni penduduk tetap setia alam tapi jarang sangat nak jejak ke butik-butik sebegitu melainkan ke butik2 di Setia City Mall. Lepas shopping terus makan haa gituh.



TETAPI memandangkan viral giler Sandy Dress tu di laman Instagram, jadi ianya buat i tertarik nak jejak kaki ke butik tersebut. Kenapa tak beli online je? Hmmmm liz tak suka beli online sebab baju ready made ni kadang-kadang payah nak ngam dengan badan i jadi lagi bebaloi nak bayar RM139 tu depan-depan selepas cuba sendiri di badan.

Baju sangat banyak, tapi saiz banyak yang dah takda. Sedih la juga sebab perasaan membuak-buak nak beli tu dah ada tapi saiz pulak takda. Lagi sedih dapat sales girls yang sombong nak mati dekat situ. Senyummm berattt sangat la hiii sampai kan i yang jadi customer ni nak kena ramah tamah dengan dia. Kutlah dia tengah putus cinta ke waktu tu. Walaupunn i da tahu sales girl hijabistahub ni sombong nak mati dek kes viral di FB seorang manusia yang pernah shopping di sini. Tapi itu kata dia, tak elok dengar cakap orang kan. Jadi saja gatal nak alami sendiri. HMMM memang betul rupanya.

Sebut pasal baju, susunan cantik mengikut designed tetapinya tak di-display ikut saiz. Kiranya each of design tu kalau u suka tapi yang display tu saiz L, u terpaksa cari saiz yang u nak tapi designed lain. Contoh, macam i saiz M, baju i nak tu yang ada di-display ialah saiz L, so i kena ambil baju saiz M corak lain untuk tahu saiz M ni sesuai ke tidak dengan badan i. TETAPI untuk corak yang i bekenan tu i tak dapat cuba saiz yang i nak. Kalau nak juga try design yang u suka tu, apa saiz yang di display tu itulah yang u boleh try.

Dan ini lah yang terjadi pada kawan i, dia nak sangat tengok either corak dan warna tu sesuai ke tidak, dia yang saiz M cuba la pakai saiz L tersebut. Masa ni i tengok je muka budak sales girl yang malas tu. 

Contoh baju merah tu, saiz yang display ialah L. I pun try la saiz L tu sebab nak tahu sesuai ke tak dengan warna kulit I ni. Lepas dah try tu, I try baju biru tu sebab biru tu saiz M. Bila da siap try, I minta la nak saiz M warna merah. Fahammmm tak???? Baju yang hijau purple tu ikutkan i nak beli juga tapi hmm rasa tak tahan nak pijak lama sangat dengan sini dah. Then kawan i beli baju polkadot yang green tu tapi try saiz guna baju dress polkadot hitam. Wehhh... 

I kan riuh.. so i tanya dia semua saiz yang M yang ada dekat situ. Dalam suka tak suka i dekat situ, tak kira lah kan dia kena layan juga customer. Kemudian kawan i yang baru keluar dari try baju tu pula tanya soalan yang sama "Nak tanya saiz M yang ada yang mana ya"? 

Sales girl tu boleh jawab "saiz M yang seperti saya kata tadi tu" ... kepala hotak dia jawab macam gitu. But its okay, I kan ada tak semena-mena buat part time dekat situ so i tolong la layan soalan kawan i tu. Pada aku untuk orang yang sombong dan malas macam tu tak payah nak tolong educate sangat, anggap je la yang dia tak sesuai kerja dekat situ. Sedih hidup dia. 

Kalau tanya I, ofcoz I tak kan masuk dah. Semua orang kerja dan diberi gaji untuk sesuatu kerja tu, kalau kita kerja di bahagian kaunter pertanyaan misalnya, ada beribu orang saban hari tanya benda yang sama maybe sampai masa awak rasa jemu dan muak.. maksudnya awak dah tak sesuai kerja di situ. Kena senyum dari pukul 830 pagi sampai 530 petang, senyum laaaa sokmo sepanjang hari tu. Sebab itu lah kerja nya, takda makna nya tiba-tiba boss suruh you buat kek atau memasak tiba-tiba pada hari tersebut. 

Faham tak??? Kalau ada 10 customer you tanya size apa yang masih ada, patutnya u dah hafal dalam kepala dan layan customer dengan cerianya bukan nak tunjuk aura sombong you yang cantik tu pada customer. Ohh maybe waktu i datang tu i pakai selekeh kut. Ni pun satu masalah mentality manusia pilih kasih. Done bebel. No more hijabistahub collection after this.


2 comments

  1. I pernah beli hijabistahub ni online..jahitan bahagian butang dan cangkuk skirt sangat teruk..banyak benang yg tercabut..yg bahagian butang tu takde lubang utk masukkan butang pun. So i whatsapp cs dia, boleh pulak dia jawab "oh tu boleh guna gunting je sis"..bila tanya kenapa pleated skirt hitam tak sama dgn warna lain boleh pulak salahkan kilang yg jahit 🙄 ni last i beli brand tu takkan beli lagi walaupun nampak cantik design dia and i even unfollow dekat ig tu terus..i beli sebab owner tu dapat reward and ramai review cantik lah apa lah..tapi bila i dapat je material tak cantik macam apa yg ditulis pun..lepastu kena pulak jahit cangkuk and butang lagi sekali utk kuatkan sebab semuanya jahit satu kali benang je..sedihhh

    ReplyDelete
  2. I pernah beli hijabistahub ni online..jahitan bahagian butang dan cangkuk skirt sangat teruk..banyak benang yg tercabut..yg bahagian butang tu takde lubang utk masukkan butang pun. So i whatsapp cs dia, boleh pulak dia jawab "oh tu boleh guna gunting je sis"..bila tanya kenapa pleated skirt hitam tak sama dgn warna lain boleh pulak salahkan kilang yg jahit 🙄 ni last i beli brand tu takkan beli lagi walaupun nampak cantik design dia and i even unfollow dekat ig tu terus..i beli sebab owner tu dapat reward and ramai review cantik lah apa lah..tapi bila i dapat je material tak cantik macam apa yg ditulis pun..lepastu kena pulak jahit cangkuk and butang lagi sekali utk kuatkan sebab semuanya jahit satu kali benang je..sedihhh

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.