Makanan untuk kanak-kanak yang susah nak makan, boleh cuba bagi mereka pancake milo yang mudah ni. Sepanjang musim Covid19 ni ibu bapa bekerja dari rumah sambil tu kena mengasuh anak sekali betul tak. Jadi untuk anak-anak yang dah biasa pergi ke taska atau tadika ni apabila duduk lama sangat dekat rumah dia punya tahap kebosanan tu boleh menyebabkan mereka menjadi extra kreatif dan agresif. Jadi menu makanan pun anak-anak ni semakin memilih sebab tahu mak yang jaga dekat rumah, kalau dekat taska tu elok je makan apa yang ada.
Jadi marilah kita sama-sama berusaha pelbagaikan menu supaya anak-anak kecil yang memang memilih makanan macam anak liz ni. Liz faham sangat perasaan ibu-ibu yang risau bila anak tak nak makan ni.
Mari kita buat Pancake Milo bersama-sama si kecil untuk sarapan pagi. Sarapan pagi untuk kanak-kanak macam ni memang dorang suka sangat sebab ada perisa chocolate / milo di dalamnya.
Bahan-bahan:
2 cup tepung gandum
1/2 cup milo (ikut suka) / boleh letak koko powder
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan air
3 sudu gula
Cara-caranya:
- Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
- Kemudian masukkan milo, essence vanila, gula, baking powder, kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau-kacau.
- Lepas tu masukkan sedikit air sekiranya bancuhan terlalu pekat.
Tepung & gula tiada dalam gambar. Terlupa!
Siapppp! Sedap rasanya ofcozz lembut tapi paling best rasanya sama macam wafer yang kite beli dekat kedai tu.
Anak kecil yang memilih makanan ni makan sampai habis sambil cicah toping coklat. Toping tu boleh pilih sendiri you all nak makan dengan apa.
Selamat Mencuba
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.