NAK UBAH HIDUP, Dr. Azizan Osman MERUPAKAN KATA-KATA YANG TERSEMAT DI INGATAN

10 Sept 2019

NAK UBAH HIDUP, MERUPAKAN KATA-KATA YANG TERSEMAT DI INGATAN

Assalamualaikum & Hi semua,
Ramai di antara kita sebenarnya ingin kan kehidupan orang lain yang kita kagumi, betul kan? Tapi silapnya keinginan tu hanyalah sebagai angan-angan kosong tanpa apa-apa tindakan yang drastik di lakukan terhadap diri sendiri. Tanya diri sendiri, sejauh mana tindakan yang telah anda lakukan? Belum bertindak? Baru nak plan? Baru nak fikir? Kata nak ubah hidup!

Nak Ubah Hidup, by Dr. Azizan Osman telah membuka ramai mata mereka di luar sana untuk mengenali impian, fikiran, perasaan, tindakan dan keputusan yang dilakukan akan memberi impak pada masa hadapan. Percayalah nak ubah hidup perlulah dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Kuasai diri sendiri dan barulah anda boleh menguasai perkara yang lain.



Pada 30 Ogos 2019, merupakan 1 detik permulaan yang sangat berharga apabila liz mendapat peluang untuk menyertai program Nak Ubah Hidup by Dr. Azizan Osman yang berlangsung di Setia City Convention Center (SCCC) Setia Alam anjuran oleh RichWorks International Sdn Bhd. Peserta program ni bukan sikit ya, tetapi lebih 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore datang untuk menyertai program yang hebat ni. Liz juga tak lepaskan peluang untuk bersama-sama usahawan yang bejaya untuk belajar formula yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman.




OBJEKTIF PENGANJURAN NAK UBAH HIDUP

Apakah objektif program ini, buat semua usahawan di seluruh Malaysia program ini dapat meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui business yang berjaya dan menguntungkan. Ramai usahawan dekat luar sana suka kan perniagaan tetapi mereka terlupa yang selok belok perniagaan perlukan ilmu. Tanpa ilmu, anda mungkin akan tidak jumpa jalan ke arah perniagaan yang berjaya. Dan akhirnya anda putus asa dan tidak lagi berniaga. Jadi kenapa sia-sia kan bakat dan minat yang anda telah ada? Anda hanya perlu tambahkan sedikit ilmu pengetahuan untuk mencantikkan lagi laluan perniagaan anda. Untuk pengetahuan semua, Dr. Azizan Osman ni dah 11 tahun menganjurkan program macam ni, betapa ramai usahawan yang telah beliau lahirkan dengan membantu usahawan ini meningkatkan tahap pendapatan, walaupun pada awalnya mereka jalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul tetapi kini ramai yang telah menjadi usahawan yang berjaya. Kerana minat yang tinggi dalam bidang perniagaan, liz juga antara usahawan yang pernah mengalami jatuh bangun selok belok perniagaan. Apa yang liz tak pernah niaga, pelbagai jenis liz telah cuba tetapi kebanyakkannya separuh jalan. Kerana apa? Tiada ilmu!


Untuk tempoh 3 tahun pertama merupakan tempoh perniagaan yang sangat mencabar, sesiapa yang tidak berjaya dalam tempoh ini pastinya akan gulung tikar kerana mengalami kerugian yang besar. Dr. Azizan sendiri pernah melalui fasa sebegini semasa berniaga sabun dan kelapa sehingga berhutang dan menggadaikan rumah ibunya untuk melangsaikan hutang yang ditanggung. Dengan program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman ni, liz dapat mengenali strength liz, weakness dan strategy untuk lebih maju dalam perniaagaan akan datang. 

APAKAH TURNING POINT DR. AZIZAN OSMAN?

Bukan senang ya nak bangkit dari kegagalan, bukan senang! Sejak dari itu beliau berjanji pada diri sendiri untuk bangkit dan tekad untuk mulakan sehingga berjaya dan apabila berjaya beliau mahu kongsikan formula yang  beliau pelajari dari mentornya di luar negara kepada usahawan lain supaya dapat berjaya sama seperti beliau. Turning point setiap individu itulah yang akan menjadi titik bermulanya tekad dan kejayaan. Masih buntu dimana turning point anda? 



KEHADIRAN PROGRAM RICHWORK MENINGKAT

Sebelumnya program RichWork menerima penyertaan seramai 10,000 ribu peserta sahaja tetapi kali ini telah mencecah 12,000 peserta dan ini menunjukkan peningkatan kepercayaan dari usahawan untuk menggunakan formula yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman sangat berkesan. Di dalam program ini, liz juga berpeluang bertemu dengan usahawan-usahawan yang sangat liz kagumi seperti Chef Zam,  Hanez Suraya, Mawar Rashid, Noraniza Idris, Afiq Muin, dan ramai lagi.



NAK UBAH HIDUP?

Jangan bertangguh, kerana orang yang berjaya melihat setiap saat itu peluang, setiap minit itu wang dan setiap jam itu titik mulanya untuk hampir kepada kejayaan. Fokus, Positive dan Attitude adalah antara yang telah dikupaskan oleh Dr. Azizan Osman ketika program berlangsung. 

Liz juga sentiasa ingat kata-kata Dr. Azizan ada menyebut "Quality of mind, improve your quantity of result" Jadi pilih ilmu yang betul, cara pemikiran yang betul, kelilingi diri anda dengan mereka yang positive dan fokus untuk mencapai matlamat. 


BULAN KEMERDEKAAN & HIJRAH

Apa yang menariknya, Merdeka dan Hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif program Nak Ubah Hidup ni. Ramai peserta yang datang untuk memerdekan diri mereka dari dibelengu hutang, dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidupp yang ala kadar 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan kewangan. Prof Hamka ada bekata "Kalau kerja, kera pun kerja", Kalau hidup, babi pun hidup." Bila nak jadi luar biasa? Ubah hidup sekarang.



Negativity akan membunuh segala fokus yang anda sedang kecapi, Merdeka sudah, Hijrah pun sudah. Anda Bila NAK HIDUP? Terlepas program yang lalu, ternantikan bila NEXT Nak Ubah Hidup 2020? Jadilah yang pertama sekarang untuk merebut tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020.


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.