CARA MERAWAT KULIT MUKA DARI MEKURI LOCAL PRODUK

3 Sept 2019

CARA MERAWAT KULIT MUKA DARI MEKURI LOCAL PRODUK | Assalamualaikum semua

Alhamdullilah akhirnya setelah 5 tahun mencari penawar untuk ubati kulit yang merana dari bahan mekuri local produk terjawab dengan langkah dan konsistensi yang liz amalkan selama setahun lebih.

Langkah ni tak sesuai untuk mereka yang TIADA KESABARAN, tips dan langkah ni betul-betul untuk yang sabar dan yag nak FREE dari sengsara jerawat selamanya je tau. Kalau yang rajin tukar-tukar produk tu tolong jangan teruskan bacaan. Sila klik tutup dan cari product 2 minggu pakai dah licin kulit muka, sapu2 dah licin argh gitu katanya. Itu semua dusta! Sebab liz punya tips ialah merawat dari dalam kulit sehingga ke akar umbinya.

Dah ready untuk tips:

1. Stop pakai semua skin care selama 2 minggu, ye korang, suka tak suka tolong stop semuanya selama 2 minggu termasuklah foundation, makeup ke bedak ke, semua lah. Cuma dibenarkan mencuci muka menggunakan air suam sahaja.

2. Selepas 2 minggu, mulakan dengan cleanser dan skinvigorate brush sahaja. Alah korang tahu tak brush yang cuci muka tu, sekarang ni mana ada orang cuci muka guna jari dah. Semua nya ada specific tools untuk pencucian yang lebih bersih dan berseri tau.

3. Pakai ubat jerawat setiap malam buat sebagai MASKER. Aku memang pakai ubat jerawat ni 1 muka, ada jerawat ke takda, aku pakai semua sebab memang kebanyakkan area muka aku ada jerawat kut.

4. Masker 1x seminggu, masker charcoal yang berfungsi untuk serap minyak jerawat dan minyak kotoran dekat kulit muka aku, kulit ni kalau berminyak lagi senang jerawat membiak. Jadi tolong lah rajin kan diri pakai masker okay. Masa ni ko akan start nampak, jerawat yang dah tumbuh dekat area sama akan tumbuh dan hilang berulang kali sampai la dia tak tumbuh2 dah. Bila dah dia tak tumbuh2 dah, maksudnya bersih la kulit korang dari bahan mekuri dekat area tu. 

5. Tolong minum air masak 3L sehari, ye tolong minum 3L sehari sebab apa, sebab aku tak pakai moisturizer untuk awalan merawat kulit jerawat aku ni. Moisturizer akan buat kulit aku bertambah subur, bila subur sangat nanti kulit tumbuh jerawat balik. Jadi aku pilih untuk lembabkan kulit dari dalam dulu. Bila dah stabil baru lah aku pakai moisturizer macam sekarang ni.

Cukup 5 cara ni je dulu untuk awalan 3 bulan. Korang tak payah mengarut mengada nak tepek macam-macam lagi. Rawat dulu jerawat yang mencanak tu okay, bila semua dah puas keluar, dah settle on off jerawat ni tak kan naik dah dekat muka korang. Jerawat akan tetap naik bila lapisan kulit masih ada bahan kimia yang tinggi tau, bila bahan semua dah takda barulah korang fikir pasal pori pasal parut. 

Ini bahan dalam kulit pun Xhabis lagi, sibuk nak fikir pasal pori la pasal parut. Sabar la sikit kalau nak rawat betul2 tu. Sape suruh korang pakai local produk yang ada mekuri. Kan dah mendapat!

Okay dekat bawah ni gambar kulit liz terkini. 
Untuk NEXT SKIN CARE TIP, nanti kan ye



Teringin tak nak tengok kulit yang teruk tu macam mana?
Macam dekat bawah ni.





Bila korang tengok gambar-gambar dekat atas ni korang mesti takkan sangka yang kulit aku dah pulih. korang tengok la hitam nya, kotor nya kulit aku penuh dengan bahan mekuri. Sebab tu aku anti sangat dengan produk local yang bagi janji palsu kulit licin selepas 1 minggu la, 3 hari la, 1 hari la. Arghh dusta belaka.

Kalau korang berminat nak kena consult secara FREE, boleh la korang contact beauty consultant ni, nombor WhatApps seperti dibawah:

Phone: +6 010 2276292



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.