SEMINAR 2019 MARY KAY SUNWAY CONVENTION CENTER

16 Sept 2019

SEMINAR 2019 MARY KAY SUNWAY CONVENTION CENTER | Assalamualaikum

Hi semua, dah seminggu berlalu Seminar 2019 Mary Kay di Sunway Convention Center, sebagai tanda ingatan dan kenangan liz rasa nak blog kan moment-moment terindah dan penuh inspirasi tu dekat dalam blog ni. 

Kalau liz tak jumpa Mary Kay, liz mungkin masih tercari-cari skin care yang sesuai untuk liz. Kalau bukan sebab Mary Kay, liz tak dapat kawan ramai macam yang liz ada sekarang. 

Setiap tahun, Mary Kay memang akan adakan Seminar setahun sekali untuk memberi penghargaan kepada beauty-beauty consultant yang berjaya dalam setiap challenge yang telah company berikan. Jadi untuk sampai ke tahap tu, macam-macam kisah yang liz dengar daripada wanita-wanita berjaya ni. Bukan senang nak senang, usaha tu bukan hari ni buat esok dapat. Jadi cerita-cerita mereka buat liz inspired dengan mereka, buat liz lebih semangat dan kuat untuk teruskan impian dan cita-cita tu menjadi kenyataan. 


Mereka yang baik hati, penyayang, saling memberi inspirasi dan semangat. Company yang ajar liz tentang, Faith 1st, Family 2nd, Career 3rd. Dan dari sini liz mula sedar yang setiap apa yang kita lakukan perlulah bermula dari Dia. 

Seminar Day 1 kali ni liz suka sangat sebab waktu tamat program ialah pukul 530 petang. Jadi malam, takda masalah untuk ibu-ibu dan wife jumpa family di malam hari. Siang kita bersuka ria, me time dan belajar. Malam pula family time. 


Day 1, kita start pukul 12 tengahari. 
Tengok ramai wanita yang cantik-cantik, liz rasa bertuah sangat sebab berada dalam golongan yang penuh dengan aura positive ni. 

Waktu ni sempat juga kite bergosip dengan besan pasal anak-anak yang sedang membesar.




Ini lah wanita yang berjaya sehinga peringkat teratas di Mary Kay. National Sales Director, bukan sesuatu yang mudah, banyak pengorbanan, usaha dan kerja keras yang mereka lalukan. Selalu kita tengok orang lain yang senang, kita rasa best sangat-sangat kan, tapi jangan lupa, korang kena tahu juga macam mana tahap kerja keras yang dorang buat. Sanggup atau tidak? 
Big Why perlu jelas untuk berjaya.

Queen of Personal Sales. Macam mana lah akak ni boleh buat.


Begitu ramai wanita yang liz kagumi termasuklah aunt ni, yang berusia 63 tahun, lebih kurang sebaya dengan ibu liz. Dan beliau merupakan top 20 of Queen of Personal Sales. Bayangkan macam mana aunt ni buat dan liz yang baru berusia 27 tahun masih lagi sedang berusaha atau belum cukup berusaha? Atau liz belum cukup all out untuk cantikkan wanita dan bantu wanita lain. Semangat sangat tengok aunt yang berusia 63 tahun ni dapat diamond ring dari Mary Kay. Jadi masih ada ke di antara korang yang nak jadikan "usia" sebagai alasan untuk berjaya? Fikir sendiri!


Day 2 pun bemula, Day 2 ialah hari education, dimana kami semua beauty consultant akan belajar dari pukul 9 pagi sehingga 530 petang. Ilmu yang korang dapat dari semua aspect untuk business, personality, kulit, kecantikkan, personal relation dan macam-macam lagi. Cara posing pun liz pandai ni, belajar dari senior-senior Mary Kay. Kalau nak tunggu masuk kelas modelling, jangan harap lah, tempat yang kita boleh dapat percuma kenapa perlu bayar?


Di Seminar 2019 ni juga, Mary Kay launched new sales director suit untuk Seminar 2020!!! Wahai semua readers blog liz, liz nak minta tolong Doa kan liz jadi Sales Director 2020, liz tengah bercita-cita untuk menjadi yang terawal pakai baju new sales director suit ni.


Culture Mary Kay liz suka sangat which liz dapat awareness tak macam ni dekat company-company yang liz kerja. Company Mary Kay yang penuh dengan motivation dan nak setiap beauty consultant mereka growth dan happy. 


Mengalirrrr air mata sado aku wehhh! Semua yang dibawah memang nangis lah sebak sangat tengok moment ni. Walaupun berlainan bangsa, tetapi semangat dan aura kewanitaan untuk bantu wanita yang lain memang kuat. NSD Jane Lee telah melahirkan wanita yang bernama Norazean menjadi New National Sales Director. Big Why yang kuat demi nak bantu keluarga, wanita yang punya masalah kulit, kebanyakkan pengguna Mary Kay kemudian memilih Mary Kay sebagai kerjaya. Tak kira sebagai part time mahupun full time, tak kira pangkat tak kira latar pendidikan apa sahaja, selagi anda mahu merubah hidup anda, Mary Kay bukakan peluang yang luas untuk anda berjaya. 

Pink Car Mercedes yang company berikan pada NSD, tak payah beli kalau boleh dapat percuma kan. Keluarga mana yang tak bahagia dan bangga melihat kerjayaan wanita yang mereka sayangi. Liz mula terfikir kerjaya Mary Kay ni sesuatu yang liz mahukan kerana Mary Kay menghargai setiap usaha yang kami lakukan. Recognition, recognition dan recognition. 


Friendship dalam Mary Kay. Liz tak pernah kenal wanita yang bawa liz ke dunia Mary Kay ni. Tapi wanita ni kenalkan liz dengan dunia yang sangat indah buat liz, kenalkan liz dengan dunia kecantikkan, kenal kan liz dengan rasa sayang, tolong wanita lain tanpa minta balasan, dan jadikan hati kan sebaik yang mungkin. Jauhkan hati liz dari rasa iri hati, ini ialah culture Mary Kay yang banyak ajar liz untuk jadi seseorang yang lebih baik. 


Kalau ini yang korang mahukan dalam kerjaya, kehidupan dan rasa ini Mary Kay merupakan sebuah company untuk korang mulakan sesuatu.

 Wasap liz 010 -2276292 / sekiranya ada diantara korang perlukan consultation skin dari liz dan FREE make over dari beauty consultant boleh jenguk juga di Instagram liz, @beautyliyliz dan wasap liz sekarang. 

Nak Ubah Sesuatu, Jangan Bertangguh!



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.