KEADAAN KULIT BERJERAWAT SEBELUM MENERIMA RAWATAN DARIPADA KO SKIN SPECIALIST

14 Apr 2015


KEADAAN KULIT BERJERAWAT SEBELUM MENERIMA RAWATAN DARIPADA KO SKIN SPECIALIST | Assalamualaikum beautiful ladies.  Macam mana keadaan kulit korang pada hari ni? Ada jerawat naik tak? Ada tak black head / white head? Ada tak benda-benda yang melekat dekat muka korang buat korang rasa tak happy?  Ada ke tidak? Buat checklist cepat!

Korang mesti tak percaya kalau liz tunjuk gambar kulit liz masa tahun 2013.  Masa ni tak da 1 pun produk yang liz cuba berjaya untuk pulihkan kulit liz.  Ianya macam mimpi ngeri bila liz tengok semula gambar yang di ambil oleh pihak Ko Skin Specialist sewaktu kali pertama liz datang berjumpa dengan mereka. Betul ke kulit liz macam tu?  Hari-hari rasa down. Jelus nya tengok kulit orang yang takda masalah.  Lepas tu kalau jumpa kawan sekolah pun rasa malu-malu nak sorok muka dalam baju je.  Macam tu lah umpamaan nya perasaan segan tu bila berhadapan dengan orang ramai.  Kalau sebut pasal keyakinan diri liz rasa dalam keadaan macam ni ramai wanita dekat luar sana pun hadapi masalah yang sama macam liz. Dan liz faham sangat bila ada di kalangan korang yang email kan kepada liz dan bercerita mengenai masalah kulit yang dihadapi.  Mungkin liz bukan pakar kulit dan liz juga bukan Dr. tapi liz faham macam mana perasaan tersebut bila nak harungi hari-hari dengan kulit yang bermasalah macam tu.

Tapi selagi dalam diri kita ada rasa untuk merawat dan memperbaiki liz rasa belum terlambat untuk korang pulihkan semula kulit korang pada yang asal.  Sebenarnya semua wanita dalam dunia ni ingin kelihatan cantik dan sememangnya setiap wanita dilahirkan ke dunia layak untuk mendapat pujian cantik. Jadi janganlah korang jadikan masalah kulit yang dihadapi tu sebagai penghalang tersebut.




Boleh tak korang bayangkan perasaan liz macam mana kalau ada di antara yang sedang membaca blog liz alami perkara yang sama.  Kalau liz tengok gambar gambar di atas ni liz mesti akan automatic ambil cermin dan tengok wajah sekarang di cermin dan rasa bersyukur yang kulit sekarang improves a lots guys. Sejak terjadinya kulit liz macam ni liz memang serik nak pergi mandi dekat pantai.  Takut nak berjemur sangat. Takut nak makan sea food. Haaah serba serbi takut sebab benda ni terjadi bila liz balik bercuti daripada Langkawi.  Sebelum ni pun liz memang ada masalah jerawat tapi bukan sampai tahap kritikal macam ni.  Bila tengok gambar ni seolah-olah tak da 1 pun bahagian yang licin. Semua ada bintik-bintik merah. Rasa kotor sangat muka walaupun lepas cuci muka.  Lagi 1 liz nak bagitahu waktu kulit liz macam ni bila setiap kali cuci muka mesti muka liz rasa panas. Rasa macam ada bahang dalam muka.  

Liz fikir 2 3 kali nak share gambar ni dengan korang semua. Malu! Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik.  Liz tak obses untuk cantik seperti Miss Universe tapi cukup lah kalau ada kulit yang sihat dan bersih kerana ianya sudah cukup menceriakan hari-hari liz. 

Ramai yang bertanya mahal ke product Dr. Ko ni ~~ Sebenarnya liz rasa setiap orang mampu untuk pergi ke Ko Skin Specialist sekiranya anda seorang yang sudah bekerja. Mahal atau tidak bergantung kepada keperluan dan produk yang korang beli.  Liz cuma membeli ikut kemampuan dan perubahan kulit liz juga mengikut masa.  Kalau korang ada budget lebih, nak cure cepat dan sanggup spend banyak liz rasa kulit anda juga akan pulih secepat mungkin.  



Antara produk yang di sarankan kepada liz.



Setiap bulan bertambah 1 produk ke 1 produk yang baru.  

Liz mula kan budget pertama liz spend RM300 untuk antibiotik dan vitamin.  Sekarang ni liz cuma spend sedikit sahaja untuk produk pula sebab liz dah stop beli antibiotik dan vit A.  Diharap perkongsian kali ni sedikit sebanyak dapat membantu korang di luar sana. 



Facebook page:  https://www.facebook.com/koskinspecialist/
Website:  http://www.koskinspecialist.com/
Instagram:  @koskinspecialist 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.