7 Jul 2015

ASAM PEDAS CLAYPOT ANDAK KLANG

ASAM PEDAS CLAYPOT ANDAK KLANG | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Hari ni cubaan menaype guna iphone. Nak bukak laptop tak rajin sebab rambut masih basah. Eah ada kaitan meh? Haha sebenarnya cakap je malas, janganlah kan sebab tadi cuci rambut pula.

Ahad lepas Alan bawa liz pergi cuba makan makanan tradisional ber-claypot. Sangat rare liz sebenarnya nak makan makanan tradisional sebab selalunya mesti kena makan dengan nasi. Macam liz pula bab bab nasi ni kurang gemar. 


Makan di bawah lampu lagi. Liz suka suasana dekat sini sebab betul-betul rasa macam dekat kampung. Lagi 1 liz rasa macam makan dekat tempat kenduri kendara sebab apa tau? Sebab kedai ni Alan cakap asalnya rumah. 


Sementara menunggu makanan sampai. Sempat lagi lah kami keluarkan bekal air masing-masing. Kononya ingatkan tak sempat sampai ke sana. Liz memang favourite coconut shake sejak akhir-akhir ni. Alan selalunya memang suka epal asam boi. 


Azan berkumandang. Alhamdullilah makan rojak sepinggan pun kongsi berdua. Ni alkisahnya liz nak bangga diri la sebab dekat kawasan office liz ada rojak femes. Kalau orang membeli beratur panjang macam nak beli tiket balik kampung. Tapi bilaaaa Alan rasa dia kata tempat dia lagi sedap. Ciss!  


Tadaaaa! Menu utama sampai. Asam pedas claypot. Memang liz suka sangat-sangat. Kuah dia pekat dan tidak bersampah. Haha maksud liz kalau bersampah tu bila rempah-rempah banyak terampung terutamanya bunga kantan. Rasa dia pedas, pekat sangat sedap! Kalau korang bawa orang rekemen makan dekat tempat ni memang dorang akan repeat untuk datang lagi. Sebab liz ada juga rekeman kan kepada beberapa kawan untuk cuba asam pedas claypot dekat sini dan semestinya mereka akan cakap.TERBAIK! Jadi korang jangan lupa untuk check in dan cuba asam pedas dekat sini. Terdapat juga menu yang lain tetapi tarikan utama kedai ni ialah asam pedas claypotnya. Budak-budak UiTM pun ramai yang suka datang makan dekat sini sebab portion nya banyak dan harganya murah. 



Superbbb sedap! Seriously liz rasa nak pergi makan lagi ke sana. Jangan lupa tau kalau korang berhampiran di Klang boleh pergi sana. Search je asam pedas claypot klang mesti jumpa punya. Liz tak sempat nak bergambar sangat sebabnya sibuk sangat dengan perut lapar. 

Selamat memcuba! 


Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.