DELIVERY SERVICE SETIA ALAM TERBAIK

14 Jul 2020

DELIVERY SERVICE SETIA ALAM TERBAIK| Assalamualaikum semua

Hari ni liz nak share info tentang DHL delivery service SETIA ALAM. Sekiranya korang urgent nak hantar barang sekitar kawasan Setia Alam, boleh lah korang cuba untuk pos di DHL Setia Alam yang berada di Setia Taipan. 

Selain POS LAJU Setia Alam Tesco yang tak pernah tak ramai orang tu, tak pernah & tak sah kalau tak beratur panjang masuk dekat situ betul tak? Apa kata you all cuba untuk hantar parcel you all di DHL Setia Taipan. Dekat sangat dengan KFC Setia Taipan. 



Seawal 9 pagi dah bukak, ikutkan semalam liz memang nak pos barang cusotmer liz di Pos Laju Setia Alam Tesco tu tapi bila tengok perghhhhh panjang giler orang beratur mak ai. Jenuh nak tunggu giliran, terus lah pergi ke Setia Taipan. Harga parcel dekat DHL pun boleh tahan, tidak lah mahal mana pun lebih kurang sama ja dengan Pos Laju. 



Semalam liz pos product Mary Kay ada set botanical total timbang RM10.05 sen lepas tu dapat FREE 1 delivery service parcel. Memang bebaloi-baloi sangat kan. Dahlah tak perlu beratur, lepas tu dapat pula FREE 1 delivery service 1x. 

Jadi liz sangat highly rekemen la dekat you all supaya pergi ke DHL Setia Taipan sekiranya hanya untuk urusan pos & mengepos. 

Alam di bawah untuk rujukan korang ya:

AlamatNo 15-1-1 ,Jalan Setia Prima, AU13/A Setia Alam, Setia Alam Section U 13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.