HADIAH HARI JADI IN ADVANCE YEAR 2016

28 Jan 2016

HADIAH HARI JADI IN ADVANCE YEAR 2016 | Excited terlebih update blog pasal hadiah hari jadi. Suka hati lah! Dekat belog sendiri okay. (Sambil type senyum-senyum)

Semalam kan Ahad, Hari ni kan Isnin. Tapi sekarang dah hari Rabu baru update. Tapi nak publish hari apa tak tahu lagi. Okay so? So hari tu ada Sogo SALES! Haha. Pergi nak jalan-jalan je tapi kalau berjalan sambil cuci mata tiba-tiba korang akan rasa macam banyak pula habuk masuk dalam mata. Tahan sendu nak beli tapi belum gaji lagi. (Nangis tengok sales)!

Tiga kali tawaf dalam Sogo lepastu dahaga. Okay lah naik atas minum air dulu. Turun lagi dan tawaf lagi 3 kali. Lepas tu baru keluar suara "Awak.. Jom balik." Alan pun tanya "Punya banyak sales dekat sini tak mau beli?" Urghh terbakar telinga dengar statement tu. Takpe lah sebab yang liz bekenan semua RMxxxx ke atas. Lagipun nak saving duit untuk kahwin lagi. Acaner. Lambat kahwin nanti. (Haaa cam gitu lah mengayat) 

Memandangkan Alan yang baik hati tak sanggup tengok kekasih hati dia kempunan hand bag baru makanya terkeluar la statement "Jom lah beli, hadiah hari jadi in advance" Urghh dalam hati "Yay Yay!" Tapi ayat yang keluar dekat mulut lain "Takpelah awal sangat lagi 2 minggu baru birthday" Lepas tu sesi tawar menawar pula antara kami di celahan orang ramai tu sebanyak 3 kali. Tapi kali ketiga kalau di ajak jangan ditolak dah, confirm takkan ditanya kali ke 4 dah. Tapi sempat lagi liz tanya "Betul ke ni boleh?" hehehe ~ Yay Jom! Perempuan memang macam tu pun kalau dia nak pun pura-pura taknak. 

Liz memang dah aim lama dekat jenama Carlorino ni. Bukan takda yang dalam budget RM200 kebawah cuma kebetulan taste liz tak kena dengan designnya harganya lebih dari RM200 ke atas. Dan kadang-kadang waktu liz nak beli waktu tu lah takda sales. Bila waktu ada sales waktu tu lah duit takda. #sign Lagipun kena berjimat, banyak lagi duit nak menyimpan untuk kegunaan akan datang. Seriously waktu ni korang akan rasa berbelah bahagi nak belanja atau nak simpan. 

Tapi sebabkan rezeki hadiah birthday in advance. Terima kasih lah sangat-sangat. Seronok sangat weh makci ni. Setiap tahun birthday dapat hand bag. Haha ~ Dan hand bag tahun ini adalah seperti di bawah:


Ada warranty card tau. Which is korang kena simpan sekali dengan resit. Kalau apa-apa terjadi dekat Hand Bag ni korang boleh pergi store mereka dan tukar.


Ada bag kecit tu boleh buat letak Phone. Selalu sangat iphone lemas dalam bag, cari tak jumpa.


Ringkas untuk design kali ni sebab liz pilih yang button. Tak nak yang ada zip.


Oh ada lagi macam pouch bag, tapi korang boleh style kan nya jadi sling bag juga. 




Dalam pouch bag ni ada zip, which korang boleh simpan make up yang mudah nak ambil. Di sebelah bahagian lagi ada pocket dan ikut suka korang la nak letak apa. Macam liz sahihnya akan letak eye shadow dekat situ. Alhamdullilah syukur rezeki yang ada.



5 comments

  1. Ena baru2 ni grab satu beg dari CR dengan kasut... reward diri sendiri ekekeke suka juga jenama CR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ina pun suka ye jnm ni. Br first time liz ni ina 😅

      Delete
  2. wahhh.. suka dai dpt handbag baruu~
    happy birthday in advance la jugakk.. hihihiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni semakin nk beli calorino tp bc kes wiida tu kesian juga about the quality

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.