PENGALAMAN PERTAMA TURUN KE JOM HEBOH NABATI FOOD MALAYSIA

30 Nov 2015

PENGALAMAN PERTAMA TURUN KE JOM HEBOH NABATI FOOD MALAYSIA | Sambil berbaringan merehatkan kaki yang lenguh giler ni baru siap work out jomlah baca cerita liz berkenaan hal semalam. Liz tak pernah pergi Jom Heboh sepanjang penganjuran oleh Media Prima TV3. Tetapi dek kerana Nabati Food Malaysia liz pun terpaksa rela dan setuju untuk turut serta. 

Walaupun katanya terpaksa rela tapi muka excited liz tak boleh disorok lagi bila dah nampak wajah-wajah bff liz. Terselah tersuluh lagi bersuluh bercahaya terpancar di raut wajah. Waceh ~


Bila bawa keluar topi dari beg, Alan dah komen "awat macam makcik nak p berkebun?" kurang asam giler padahal masa dekat Jom Heboh tadi ada orang siap tanya lagi mana nak beli topi macam liz pakai ni tau. Tetiba dapat idea, mungkinkah liz perlu buka booth jual topi untuk next year Jom Heboh?


Bila dah berkumpul dekat Stesen KTM Batu 3 semuannya sudah senang hati. Janji pukul 8 tapi semua sampai sini 830. Hohoho ~ Tengah makan punya makan kononnya breakfast dalam ketapi tiba-tiba liz tanya mereka semua. "Nanti waktu bila nak touch kad Touch & Go ni?" Semua orang tengok liz dan tanya bertubi-tubi "uish liz tak touch ke kad tadi masa masuk?" Laaa liz memang lah tak touch sebab liz masuk ikut laluan tepi tu. Kena touch ke? Uarghhh semua gelak guling-guling ~ dorang ingatkan liz tahu. Tiba-tiba mood da down sebab risau nanti kena bayar kompaun. sob sob ~ Tapi dorang ni tetap tak henti-henti gelakkan liz. 

Bila sampai je dekat KL Central terus aza cakap, takpe-takpe meh aza teman liz pergi settle kan pasal kad ni. Dan dorang pun tiba-tiba bagi support cakap nak tolong share-share duit kalau kena kompaun. Celes pula asyik say sorry sebab tak ajar liz. Ingatkan liz tahu?


My sahabat baik dari Uni. Siap pimpin tangan lagi sepanjang perjalan dekat KL Central dan juga bila setiap kali pertukaran train. Takut liz sesat dan tertinggal sebab liz blur-blur dan hyper. Risau tidak terkawal ~ Jadi kena pimpin tangan dan bila setiap kali nak masuk stesen, dorang semua siap tunjuk lagi dan remind, "liz touch dekat sini", "liz jangan lupa touch." "Liz kejap lagi turun" Liz itu dan liz ini ~ Bila dekat KL Central liz terus touch dan masuk semula ke dalam untuk tukar train. Weeey tak kena kompaun pun weh~ Magic, rezeki guna touch & go Watson. Bila touch baki still sama, tapi bila nak masuk ke dalam semula liz kena charge RM3 lebih.


Happy part dah bila dah settle kan masalah liz sebagai penumpang haram. Jadi sambil-sambil tunggu kita bergambar dulu. Semua team HQ NFM turun padang ~


Rasa comel pula pakai topi pinjaman aza ni. 


Anna dan Aza yang paling rendah ~ haha 


Bertapa dah ramai orang. Huh panas gilaaa dan liz tak tahan berdiri lama ~ lenguh rasa kaki ini. Tapi memang banyak habis terjual oleh mereka-mereka yang pandai giler tackle menackle customer. 



Kali kedua makan. Pagi tadi liz dah siap makan char kueh taw tapi tengahari lapar lagi. 2 3 kali panggil diorang makan tapi tak mau. Semangat sangat ~ Tak macam liz yang dah layu-layuan ~


Bila saat aku ngular terjumpa la pula si cik fatiah ni. Saya peminat awak dari jauh je. Waktu ngular tak banyak masa.


Dan kembali ke tempat asal. Orang tengah je ngular tapi orang kiri dan kanan ni kuat giler bertahan promote sana sini.


Is okay ~ i faham you alls penat. I pun penat tadi bersiar-siar.
Tamat sudah Jom Heboh 2015 di lokaso terakhir Bukit Jalil. Jumpa lagi tahun depan.



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.