UNEXPECTED INCIDENT AFTER DINNER

1 Nov 2015

UNEXPECTED INCIDENT AFTER DINNER | Assalamualaikum guys. As mentioned before in IG kan not sure nak share ke tak mengenai incident yang tak diingini kepada umum. Tapi bila liz rasa liz should share to remind all my friends secara tak langsung memberi liz kekuatan dan semangat. Ada yang PM tanya liz okay ke tak, nasihat dan beri positif vibes. Oh my love you guys ~ Terima kasih yang mengambil berat keadaan kami.  

Was happened last Friday. Memang antara favorite place kami dine dekat sana every weekend sebab dekat dengan rumah liz. Mungkin malam tu nasib kami memang tak baik. Alan letak beg pakaian dia dekat belakang seat dan kebetulan dia bawa sekali laptop company dia. After meeting dah lewat sangat jadi terus bawa balik laptop ke rumah. 

Liz sendiri tak tahu yang dia ada bawa balik laptop. Waktu makan liz ada bercakap pasal laptop company dia tak sangka pula la waktu bercerita pasal laptop waktu makan ada orang lain buat kerja dekat kereta tu. Makan sekejap je dalam 20 minit bila pergi ke tempat kereta liz tak perasan pun bila da masuk kereta dia cakap "habisla laptop company hilang". 

First time tengok keadaan dia panic tak tahu buat apa, i try to be cool and help him as much as i could. So first step liz cakap "is okay i help you to call the police." Sedangkan liz pun rasa tak tahu macam mana nak cakap. Even time call liz tak tahu exact location ni cuma tahu dekat Taipan Usj9 depan kedai makan Murni. Then bila disambungkan ke pegawai polis yang bertugas dia nasihatkan kami datang ke balai terdekat buat laporan.

Dalam hati liz dah bercakap barang ni semua mesti tak dapat balik walaupun buat laporan. Tapi for him this is the first time belaku incident macam ni dan dia berharap sangat can get back all the thing back. Tapi liz senyap je dan cuba lagi cool kan dia takpe jagnan fikir lagi jom buat laporan dulu. Liz pernah experienced few times bila ahli keluarga ada yang pernah pecah masuk dan ada yang pernah hilang kereta. Sangat mustahil untuk dapat semula melainkan pencuri tersebut memulangkan nya semula. 

Liz cuma boleh cakap kena redha dengan apa yang terjadi. Jangan blame self when keep asking kenapalah --- kenapalah -- kenapalah tak letak dekat boot. Tapi siapa kita nak predict perkara yang tidak dijangka kan? 


Cermin ni jatuh bawah kereta. Tak perasan at first bila dah lama belek-belek baru perasan yang pencuri tu buang dekat bawah. 


Liz cuma boleh tolong ambil gambar sebanyak yang mungkin. Kalau-kalau boleh buat something if show to police nanti. Tapi bila lepas buat laporan polis dekat depan kaunter nya. Staf yang jaga dekat sana cakap sarjan yang on duty malam tu dah balik dan hari ni sahaja dah 4 buah kereta buat laporan kawasan tersebut. Sepatutnya kena ada pegawai polis untuk ambil keterangan lagi sekali. Ataupun at least call mangsa yang melapor. Sebab liz pernah experienced buat laporan for few times. Tapi polis dekat Subang Jaya? Okay banyak kes sangat terjadi jadi kes kecil macam kami ni non action to do. Sebab dah terbiasa jadi? 

Ingat lagi masa dekat Lipis pegawai polis call liz about 2 3 times bila panggilan pertama liz tak sempat jawab. Dan dia ada pergi ronda ke tempat kejadian dan sekurangnya liz rasa happy tempat yang kita buat aduan bagi perhatian. 

2 3 hari tidur mesti terjaga dan teringat pasal incident ni. Cincin merisik liz ada sekali dalam beg tu. Banyak juga valuable things dalam bag tu. Termasuklah phone hardisk dan few document yang penting. Dan ini mungkin dugaan kewangan juga for us untuk berkahwin. As reminder to all freind, ada yang komen mereka juga kadang-kadang suka tinggalkan beg dekat seat sebab rasa selamat. Tapi hakikat nya Malaysia bukanlah dikategorikan negara yang selamat 0 jenayah kalau kereta depan kedai makan pun orang boleh tak perasan kena pecah.  

1 comment

LEAVE COMMENT HERE.