SAYUR PILIHAN MINGGU NI | BROCCOLI #ACNEJOURNEY

3 Aug 2016

SAYUR PILIHAN MINGGU NI | BROCCOLI #ACNEJOURNEY 

Apa sahaja yang Anti-Inflammatory liz akan makan, bahasa melayu nya Anti-Radang. Kulit liz memang sejenis yang senang merah-merah dekat pipi dan di dagu. Kalau lepas cuci muka lagi bertambah-tambah merah sebab PIH (post inflammatory hyperpigmentation) masih ada. Bila kena air warna dia memang ceria sangat, merah je tapi bila dah cool down tona kulit PIH akan menjadi gelap seakan warna perang / coklat. Just fine! Liz boleh sorok PIH tu dengan concealer & foundation but NOT acne.


Macam mana nak sorok? Kalau tembonjol sebiji dekat atas kulit walaupun dah letak concealer betul tak? Cara nak kawal jerawat dari naik ke kulit ialah dengan memakan makanan yang boleh membantu mengawal hormone badan kita. Broccoli salah satunya sebab broccoli boleh mengawal hormone estrogen yang berlebihan. Dulu masa belajar Biology cikgu dah kutbah dekat telinga masing-masing tapi tetap juga dah lupa, nasib baik ada Google yang ada pelbagai info untuk dibuat rujukan. Estrogen ni selalu nya meningkat naik dalam kalangan remaja sebab hormone ni membantu mengubah bentuk tubuh kita. Daripada takda shape tiba-tiba dah ada shape, semacam bulu yang taknak pun keluar? Hihik tu sebab hormone estrogen tapi jangan risau selalu ibu yang lepas melahirkan anak level estrogen semakin turun dan teratur. Okay tak sabar lah nak beranak macam ni, patutlah mak liz lagi cantik dari liz.

My future husband selalu cakap ada hikmah kenapa liz kena lalui #acnejourney of life ni. Sebab liz semakin rajin membaca dan belajar benda-benda yang bermanfaat instead always watching tutorial dekat youtube. Haha tapi itu memang kesukaan number 1 pun but then liz tambah another habit iaitu membaca dan mengkaji. Like everything yang liz makan liz nak tahu apa khasiat dan kegunaannya. Secara tak sengaja juga liz semakin hargai semua makanan yang berkhasiat.


Holla? Just in case you guys miss to see me. 

Happy eating broccoli girls. Jangan overdose pula makan tu jadi lain pula nanti. Jadi apa tu tak pasti lah tapi makan la apa-apa pun ikut limitation okay girls.

See you in next post.

3 comments

LEAVE COMMENT HERE.