BARANG KAHWIN MURAH DI PAHANG | Assalamualaikum bakal pengantin..
Selangor ke Pahang, Pahang ke Selangor. Kaki survey juga la liz dengan alan ni, sampai ke Nilai perginya punya la suka cari barang murah dalam masa yang sama boleh berjalan-jalan. Kalau korang sejenis rajin dan tekun me-nyer-vay macam kami boleh lah buat nanti ye.
Tempat barang kahwin murah ni selalunya ada dekat GM Klang & Nilai tapi kalau dekat Pahang pula ialah di Cowboy. Pasaraya besar yang ada macam-macam barang untuk borong. Harga memang sama je macam dekat GM Klang tu dan ada juga yang lebih murah dari area Nilai.
Liz sendiri dah pergi ke Nilai, tempat yang orang gembar gembur kan sebagai tempat murah tapi bila dah pergi sendiri baru tahu yang harganya takda beza pun. Kalau korang nak pergi sebab nak cari barang murah sebenarnya tak bebaloi la kalau murahnya hanya 10sen 20sen, tol minyak kereta lagi.
Macam kami ada barang beli dekat Nilai, ada barang beli dekat GM Klang dan last sekali beli dekat Cowboy. Kalau untuk kotak kayu hantaran yang duk viral sekarang ni harga normal dekat GM Klang depa duk kasi RM25 RM20 paling murah RM18 tapi dekat Cowboy kami dapat RM14.50 murah giler kan. Tapi tu alan punya barang lah RM14.50 x 5 dah RM berapa baru tapak sahaja. Liz punya tapak hantaran pula beli dekat GM Klang sejenis kotak ukir warna putih RM10.00 x 7 haishhh kadang-kadang tak faham kami ni bukannya ada adik beradik nak kahwin dah. Tapi sebenarnya kalau survey untuk disewa sekali bunga tu memang sama mahal je juga dengan buat sendiri. #rasanyalah Tak pe nanti liz kongsi kan outcome bajet kalau buat sendiri burn berapa banyak.
Serius murah dari GM Klang!
Ada macam-macam jenis dan warna.
Rambang mata nak pilih.
Jangan lari tema sudah.
Ni baru 1 barisan bunga. Semua jenis ros, barisan lain macam-macam jenis bunga lagi dan warna ada. Harga nya murah RM4.90 untuk 6 kuntum ros murah. Sama je harganya ni dekat Nilai. Tapi kebetulan hari tu masa liz pergi Nilai dorang tengah buat promosi 20% dekat Thank Q jadi dapat la murah sikit. Hakikatnya harga pasaran tetap sama.
Rumput yang tinggi tu alan punya. Haish ikutkan liz memang nak larang dia beli rumput tu, mahal tau tak 1 rumput RM6.90, korang pergi la mana-mana pun cari rumput tu harganya memang macam tu. Ada yang jenis rumput carpet tu RM5.00 tapi tak mau nya si alan ni. Nak yang tinggi biar kasi limpah ruah dari kotak hantaran tu. Yealah ikutla sejenis suka mengubah takpa, tapi bagi idea nanti liz juga siapkan tu.
Yup liz yang siapkan! Please believe on my crafting fingers. Takdanya mak abah kami nak belikan barang-barang ni sebab kami sendiri memang sejenis suka buat sendiri dan pilih sendiri. Alhamdullilah dari soal wang hantaran pun tak da isu dari keluarga, semua benda lah pasal nak kahwin ni takda isu. Ikutlah korang yang nak kahwin macam mana korang nak. Grand ke tak tidak ke, duit sendiri. Mak abah liz pula takda demand pape even liz anak tunggal dalam keluarga ni. Yang mak abah nak tahu selesai kan semua dengan baik secepat mungkin. Ko nak pelamin ke tak nak pelamin ke, kek 7 8 tingkat ke, kasut 5 6 inci je ikutla ko lah yang pasti jangan BERHUTANG. Itu warning!
Both parents serahkan 100% pada kehendak dan keinginan kami sendiri. Alhamdullilah tu yang suka. Walau macam mana sekali pun, minta pandangan dan pendapat tetap ada supaya lebih berkat restu setiap urusan di buat nanti tu ada.
Jadinya korang yang nak kahwin tu, kalau dekat area Pahang pergi je la beli dekat Cowboy tu yek. Pergi dan tengok sendiri barang dekat sana.
See you guys soon in next post.
Email me: liylizyusof56@gmail.com
Instagram: @beautyliyliz
Twitter: @something92
Facebook: beautyliyliz
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.