PASAL PLAYBOY LAGI | Assalamualaikum Internet Family!
Hari tu liz ada tulis 1 entry kenapa liz suka Playboy kan, dan hari ni liz nak cerita pasal Playboy lagi. YES! Tak tahu kenapa susah betul nak mengelak-kan diri ni daripada disentuh Playboy. Semakin mencuba untuk lari, semakin dia menggoda, lagi-lagi bila terhidu baunya. Aduhhh ~ Aura apa lah Playboy ni guna kan? Korang ada tak perasaan macam tu bila jumpa dengan Playboy?
Sampaikan muka liz pun bercahaya dek terkena sentuhan daripada Playboy ni. Baru pandang-pandang je tapi dah terasa suka dan jatuh cinta. Setiap pergerakkan liz ke mana-mana mesti tak boleh lari daripada dihantui dengan aura Playboy tu. Mesti korang nak tahu siapalah Playboy yang dah buat liz rasa macam ni sampai kan dihantui ke mana sahaja liz pergi kan.
Tadaaaaaaaaaaaaaa!
|
|
v
Ni la dia 2 ketul Playboy yang asyik menghantui kehidupan seharian liz buat masa ni. Kadang-kadang sampai keliru nak pakai yang mana 1 sebab keduanya pun wangi! Serious korang, memang wangi bukan liz seorang je yang cakap macam ni. Masa liz dapat 2 ketul Playboy ni, officemate liz pun turut teruja sama sebab suka wangian dari Playboy ni.
Playboy menampilkan teknologi inovasi baru yang membuatkan haruman Playboy Skin Touch tahan lama selama 24 jam yang pertama mengatifkan bauan dengan sentuhan kulit. Sentuhan godaan dari Playboy tau hahaha, Playboy wangian ni la. Korang ni suka tau fikir bukan-bukan.
Dan sekarang menjadi suatu kemestian buat diri liz bila bersiap mesti nak padankan warna produk dengan warna baju. Semakin bersemangat bila nak bersiap sejak akhir-akhir ni.
Botol yang berwarna perang/coklat tu ialah Play It Sexy dan harumannya memang sangat-sangat wangi. Aroma seperti bauan vanila tapi tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kuat. Pakai pula dengan selendang leopard kan. Agak-agak seksi dan menggoda tak? Jeng-jeng ~ Dan botol berwarna oren tu pula ialah #generation memang bauan dia menceriakan dan boleh menaikkan mood semangat yang tinggi. Kombinasi bauan seperti buah oren tapi seperti dicampur dengan bau vanila. Haa macam tu la, susah nya nak diluahkan dengan kata-kata yang pasti korang kena pergi beli dan cuba sendiri.
Perhatian kepada semua! Kalau nak spray deodorant berbentuk spray ni korang kena lah jarakkan botol spray tu sejauh 15cm atau 6 inci. Macam dalam gambar, bertapa baiknya liz ni hah siap ukurkan jarak untuk korang dengan pita tap. #pitatapukurlangsirbilik tu sebenarnya. Haha ~
Kenapa kalau pakai deodorant spray kena jarak-kan sekurangnya 15cm atau 6 inci? Saja je suka-suka nak menjarakkan silaturahim! Tengkorak korang. Apa yang liz tahu la, kenapa kita kena jarakkan sebanyak 15 cm tu sebab kita nak elakkan daripada pembaziran, kalau kita spray dalam jarak dekat, risiko bahan tersebut akan melantun ke belakang semula jadi sikit la bahannya yang terlekat di kulit tu. Dan ianya juga berbahaya untuk kulit kalau dispray terlalu dekat, kita tak nampak bentuk molecule ni. Daripada cecair kepada gas, secara pembuatan scientific nya liz pun tak pasti. #jadisilagoogle sekiranya korang nak tahu lebih lanjut.
Mana korang boleh dapatkan Play Boy Deodorant ni? Sila la kunjungi cawangan Watson yang terdekat, Aeon Mall, Tesco, Giant dan lain-lain lagi.
Harga pasaran: RM18.90
Kandungan: 150ml
Selamat mencuba!
Wow! Tak pernah try pulak range Playboy nie! Thanks for the recommendation ;)
ReplyDelete