TEMPAHAN JAHITAN MANIK MURAH BEADS BY HANI

TEMPAHAN JAHITAN MANIK MURAH BEADS BY HANI | Assalamualaikum semua.

Sambil menaip ni sambil menenangkan diri sebenarnya sebab esok liz dah kena check in PPUM. Alhamdullilah setakat ni rasa gementar tu belum datang lagi jadi kita buka laptop sebab dah rasa rindu sangat dengan blog. 


Cantik tak ootd untuk maternity photo-shoot liz?
Asalnya baju ni kosong jadi rasa macam nak feeling-feeling princes Fiona version biru, kita usaha la cari tukang jahit manik. 

Ni la baju pertama liz yang ada bulu-bulu unta tau. 
Seronok rupanya feeling pakai bulu unta ni, terbang-terbang je bila ditiup angin. Comel betul rasanya diri ni. Walaupun hidung dah kembang semangkuk, dagu dah berlayer-layer & mata dah sepek dengan lemak pipi. #tetaprasawanitapalingbahagia

Gambar close up.
Jahitan nya memang sangat kemas tau. 

Jom liz share dengan korang semua pasal tempat nak tempah beads yang cantik macam liz pakai kat atas tu. Kalau ada baju raya, baju nak tunang ke, nak kahwin ke boleh sangat lah hantar dekat Hani ni. Liz kenal dia ni melalui mutual friend pejabat, jadi rasa macam rugi pula kalau liz tak kongsi dengan korang pasal bakat jahitan beads dan servis yang Hani ni sediakan. 

Mana tau korang tengah google-google terjumpa blog liz, boleh la korang terus usha-usha instagram BEADSBYHANI.

Detail servis beads dia macam dekat bawah ni:

- Flower 3D, chiffon and organza
- All chunky beads crystal, matte and many more
- Ostrich feathers, tassel
- Metal leaf
- Many more


Term & conditions before make an order :

- Order atleast 3 days sebelum utk simple design dan 5 days sebelum utk crowded dan *30 days * sebelum utk baju nikah atau any event dress

- Last minit tempahan tambah Rm20 

- Bagitahu kita BAJET awak sebelum booking

- Semua harga termasuk upah ✨ 

- Design sendiri (hantar gambar atau draft clearly) atau kita design kan (tiada caj)

- Inspired design, kami akan tukar 50% dari segi color/bentuk/kedudukan bunga/beads

*Luar selangor - 📦📮post pada kami atleast *10days sebelum  (tiada last minit tempahan)


Instagram: @beadsbyhani.my 
What apps: 013-2916415

1 comment:

LEAVE COMMENT HERE.