STERILIZER UNTUK BOTOL SUSU BABY | RAPID STEAM STERILIZER PIGEON

STERILIZER UNTUK BOTOL SUSU BABY  | RAPID STEAM STERILIZER PIGEON 💗

Assalamualaikum, weh korang sejak liz bekerja semula ni rasa letih sangat. Rasa macam tak cukup waktu 24 jam sehari tu. Eah rasanya bukan agak sibuk tapi memang sibuk giler sekarang. Dulu masa dalam berpantang, kalau nak sterilize kan botol susu dan botol ebm Muzaffar memang ambil masa sangat. Mana tidaknya, sebab liz kena rendam dalam periuk besar dan tunggu air sampai menggelegak baru la rasa bersih dari kuman. Tapi cara macam tu makan masa kut. Sejak kerja ni mana sempat nak buat semua tu, rumah nak mengemas pun tak sempat ni you alls. Mujur la dapat suami yang ringan tulang. Lega!

Bayangkan lah kalau tengah menunggu botol susu Muzaffar tu atas dapur menggelegak tiba-tiba liz tertidur? Kan bahaya macam tu sebab selalunya kami ada masa untuk sterilize kan botol susu Muzaffar waktu malam je setiap hari sejak hari bekerja bermula ni. Jadi kitorang husband wife survey-survey juga la rasa macam steam sterilizer ni perlu ada dekat rumah sebab ni dah kira macam keperluan sangat-sangat. Kuman kita boleh nampak ke? Tak boleh kan. Jadi proses sterilizer tu penting sebenarnya untuk barang-barang bayi kita. 


Memandangkan Muzaffar dari lahir memang dah terdedah dengan brand Pigeon, jadi liz dengan malan pun berfikir-fikir nak usha sterilizer Pigeon juga lah. Dah alang-alang jadi baby Pigeon kan. Kite borong jela semua dari 1 jenama yang sama. Betul tak? Kalau korang nak tahu jenama Pigeon ni ialah jenama daripada Jepun. Selalunya kalau barang elektronik dari Jepun ni memang canggih-canggih dan memang tak dapat disangkal lagi dari zaman dulu lagi.

Dan memang terbukti lah kecanggihan tu terselah weh dengan Rapid Steam Sterilizer ni. Hanya 6 MINIT! Selesai proses sterilize, nak terlelap pun tak sempat. Kalau terlelap pun takpe selamat sebab dia auto off bila dah sampai 6 minit. Memang kerja mudah, cepat dan selamat.


Cara guna pun mudah, liz dekat rumah memang letak sterilizer ni dekat meja khas untuk proses sterilizer. Tempat tu mestilah dekat dengan suiz dan sentiasa bersedia untuk berfungsi. Liz memang jenis yang nak semua benda cepat dan senang. Hihihi ~

Part paling renyah pun bila kena tuang air sebanyak 90mil dalam bekas sterilizer ni. Wajib 90 mil tau, jangan lebih dan jangan kurang sebab proses ni tak kan siap dalam 6 minit kalau ukuran air tu tak tepat. Sebenarnya mula-mula memang rasa malas nak buat semua ni tapi bila dah sedar pentingnya jaga kebersihan untuk bayi ni, liz usaha juga rajinkan diri untuk sterilizer kan botol-botol Muzaffar. 

Lepas dah siap isi air sebanyak 90 mil tu, kemudian boleh la kita susun botol-botol yang nak disterilize tu dalam bekas bertingkat yang dah sedia ada tu. Tekan je butang tengah tu, lepas tu dalam masa 6minit tu nanti boleh lah.

Kalau cerita panjang-panjang pun korang susah nak bayangkan betul tak? Jadi liz buat demo cara penggunaanya dekat bawah ni. 


Untuk keterangan lanjut korang boleh layari detail di bawah:


0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.