TANDA ANAK TERKENA ROTA VIRUS

10 Jun 2018

TANDA ANAK TERKENA ROTA VIRUS | Assalamualaikum 💗

Kali ni baby Muzaffar warded lagi, tapi kes yang berbeza pula. Kali ni da  masuk kali ke 3 Muzaffar berkampung dekat Hospital. Cuma kali ni agak serius sebab Muzaffar positive Rota Fever. Mana la kita nak sangka yang anak kita akan kena rota virus ni kan, sejak kes Muzaffar ni InsyAllah kalau ada rezeki anak kedua nanti confirm liz akan ambil rota vaksin. Nak ambil sekarang pun tak boleh dah sebab vaksin rota ni boleh ambil sampai usia 6 bulan je.

Suhu badan dia memang panas sangat 38 - 39

Again! Muzzafar Yafiq di sini, Columbia Asia Klang. Nurse dan doktor dekat sini dah kenal sangat dengan Muzaffar, bila dia masuk semalam, nurse terus cakap "Aik Ya masuk lagi sini ye sayang". 

Tak berbaju dan seluar, memang lemah sangat sebab dia dah start cirit dan muntah

Kisah sebelum warded semalam, we both husband & wife dah bawa Muzaffar ke CAK ni pada jam 1 pagi sebab dia muntah selepas susu. Dah la seharian hari isnin tu dia demam sebab ada tumbuh gigi, dan liz pun ambil cuti teman dia dekat rumah. Tak sangka pula malam tu sampai muntah & perut kembong. Lepas dah muntah tu, dia cirit birit. OMG najis yang paling busukkkk pernah kitorang bau. Bau yang teramat busuk! Suhu masa sampai dekat CAK 39. /jadi kena tunggu sampai turun, dan kitorang memang nak balikkk. Puku; 3 pagi lega suhu turun jadi 37.5. Total bil outpatient RM141.00 haishhh, terpaksa la bayar sebab dekat CAK je yang kitorang confident untuk treat Muzaffar. Lega dapat balik kan. 

Kitorang pun sahur beli dekat mamak je la pagi tu. Mujurla semalam hari wesak kan, jadi both of us cuti. Semalam juga bibik datang kemas rumah dapur, bilik air, ruang tamu semua habis dibersih nya. Tapi sambil tu, suhu Muzaffar tak turun juga. Kemuncak pukul 4 petang, suhu Muzaffar naik 40.9, terus bawa semula ke CAK. 

Doktor pedia favorite Muzaffar waktu tu pula takda, yang oncall waktu tu doktor pedia lain. Risau pula Muzaffar tak rasi, so liz request juga doktor Phang. Legaaaa sangat bila nurse bagitahu yang dia terima kes tu. Sambil tunggu Dr. Phang datang, sambil tu Muzaffar kena ambil darah dekat jari. Memang selalunya bila warded, doktor nak masukkan jarum je terus dekat tangan Muzaffar supaya tak perlu kena cucuk banyak kali. Tapi pengalaman pertama Muzaffar warded tu, kami rasa tak perlu masukkan jarum dalam tangan lagi. Cukuplah ambil darah dekat jari je dulu. 

Result darah dapat terus selepas sejam, Alhamdullilah CLEAR, tak da virus dalam darah. Jadi seterusnya doktor minta kami ambilkan 1 scop tahi Muzaffar bila dia berak nanti. Kebetulan petang tu, dia memang berak. Kentut busuk sangat, 1 bilik tu bau kentut Muzaffar je. Kalah bau kentut orang tua tau.


Busuk GILER! Dan ada lendir. Ini tahi Muzaffar yang tah kali ke berapa. 
Kalau yang pertama dekat rumah ialah yang paling busuk bau ikan masin.


Manja automatik kalau dia tak sihat. Nak melekap je dekat dada. Kalau sihat, macam gasing buluh berpusing-pusing.


Bilik kali ke 3. Allah .. dugaan jaga anak


Mami pun terjebak sama melepak tengok tv layan baby tak cihat ni.
Kain sentiasa di kepala sebab kepala dia panas tak kebah-kebah.

Cedih sangat tak dapat gi School ye



Main la dengan mami yek. 
Liz dan husband bergilir-gilir juga la jaga Muzaffar dekat ward. Total day Muzaffar duduk dekat ward 5 hari 4 malam. Warded yang paling lama sekali. Bulan puasa pula tu, berbuka dan bersahur kami dekat hospital dalam sejarah.

Sepatutnya hari Jumaat dah boleh discharge tapi kami minta doktor monitor 1 hari lagi. Liz nak pastikan yang Muzaffar betul-betul recover, risau kalau balik rumah jadi lagi. Bila hari Sabtu tu dia berak dah mula pejal dan dah tak muntah, baru lega nak balik. 

Baby yang kena rota ni, selera akan drop, sebab tu Muzaffar kena masuk air 2 botol. Panas sangat badan dia, perut pun meragam. Muzaffar jangkit dekat taska dia virus ni. Hari Jumaat lepas tu, pengetua nya datang melawat dan bagitau ada baby 1 tahun ke atas datang ke taska cirit birit. Tecer bilik Muzaffar dukung baby tu, kemudiang dukung Muzaffar. Baby tu pula ada masuk dalam bilik Muzaffar, haish mau tak berjangkit kan. Baby lain tak kena, tapi terkena dekat Muzaffar, nasib tak baik pulak. 

Liz nak cerita lebih-lebih liz tak ingat sangat dah, tapi korang kalau anak-anak ada tanda cirit birit dan demam atau dia selsema atau batuk. Segera lah bawa ke Hospital. Biar la doktor yang periksa dah sahih kan, jangan kite memandai-mandai buat petua pelik-pelik. Kalau dulu baby cirit birit mungkin tersalah makan. Kalau baby cirit birit beserta munta dan demam tu, lebih baik kita bawa mereka untuk diperiksa, kalau tak dijangkiti apa-apa virus takpa la Alhamdullilah kan. Yang penting jangan ambil risiko tau.

Sekarang ni, liz dengan husband mandi kan Muzaffar air lemon suam setiap kali balik berjalan dari luar. Antara langkah berjaga untuk elak virus, tawakal je. Moga-moga antibody Muzaffar kuat dan lasak sikit.


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.