First Day Working Experienced In Subang Jaya

14 Jun 2015

First Day Working Experienced In Subang Jaya | Assalamualaikum ladies and girls. Alhamdullilah dah masuk minggu ke-3 esok liz berkerja di tempat baru. Hari ni liz berjaya juga adakan masa untuk berblog. 

Hari pertama berkerja mesti rasa kekok. Lepas tu kerja takda selama 2 jam. Nak buka Facebook macam tak patut pulak nak main phone rasa macam tak manis pulak. Buka email saja lah. Dah habis check email alahai nak buka apa pula ni. Okay lah ambil News Paper. Hadeh ~~ terasa hipokrit nya hidup ketika itu. Sejak bila pula liz rajin baca News Paper. (The News Street Time) pula tuuuu! 

Dalam pukul 940 macam tu baru la penuh semua orang dalam office. Eah bukan waktu kerja 830 ke tapi dorang ni masuk semua macam-macam waktu ada. Dasyat betul company ni. Dah berminggu-minggu dekat sini baru liz tahu dekat company ni HR takda cuma ada HR di HQ (Indonesia). Haha. Bos pun dekat Indonesia, tak pakai thumb print sebab pakai work plan. Mudah giler konsep sini tapi masing-masing kena siapkan kerja mengikut dateline. 


First day sampai awal. Okay jomlah pergi toilet lepas tu selfie. 


First day dapat task selepas beberapa jam. Banyak sangat perkara di brief pada hari pertama. 
Rasa macam tengah dengar ceramah. 


Setiap hari balik pasti jammed. But not a heavy traffic jammed. Still can tolerate with the situation lol. Tapi dalam masa yang sama takut sesat. Setakat ni tak sesat lagi sebab dah training tau dengan boss sebanyak 2 kali ulang-alik dari rumah ke tempat kerja. 


Liz dah mula kelam kabut dengan stock tudung. Masa mula-mula pindah, liz terima banyak sangat tempahan bawal yuhanis. Sehingga kan badan ni terasa sangat-sangat penat. Tapi kena kuat kan semangat juga membuat packaging dan mengepos.





  
Berjaya pos kan kesemua tempahan daripada customer sama ada secara jualan biasa mahupun secara whole-sales. Impian dan cita-cita cuma satu iaitu berharap semoga berjaya membuka perniagaan sendiri dan boleh berhenti daripada makan gaji. Liz tinggalkan bidang HR dan masuk ke bidang pekerjaan baru ini ialah import export product daripada Indonesia ke Malaysia juga merupakan platform yang baik buat diri liz sendiri. Agar pengalaman di tempat kerja baru ni liz boleh menimba banyak ilmu perniagaan dan boleh uruskannya dengan baik. By hope liz lebih kuat semangat dan cepat faham daily routine kerja yang baru ni. (Sebab minggu kedua liz dah mula rasa stress).

Assalamualaikum. Nant liz update lagi. Done simple entry by me.
Liyliz Yusof.

1 comment

  1. moga ko berjaya dalam semua benda yg ko buat liz.. aku yakin ko boleh. :)

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.