First sekali nak terangkan kenapa panggil DIP Liner? Dan apa beza Eye liner? Sebenarnya liz pun tak perasan benda ni berbeza. Sebab tengok bentuk macam ni terus ambil lah. Function nya sama sahaja. Untuk lukis dekat kelopak mata juga soooo apa yang tak sama tu?
Perbezaan Dipliner dan juga Eyeliner. Yang beza ialah brush nya.
1 sedikit kembung dan 1 lagi halus.
Dipliner !
Nampak tak lagi kembung dari yang biasa tapi hujung nya rapat dan kemas.
Bila pakai memang lebih senang dari eyeliner. Sebab eyeline lagi halus dan kadang-kadang susah nak control ketebalan eyeliner. Tapi pada pendapat liz bila guna Dipliner liz buat 1 sapuan sahaja DONE! Kemas dan cantik. Tapi apa yang tak bestnya pula ialah bila pakai liz kena tunggu beberapa minit untuk kering. Tak boleh tersentuh di bahagian mata kalau tidak mesti comot. Lepas tu kalau nak cuci pula susah nak tanggal. Dan bila dah tanggal ada kesan comot gelap di sekitar bawah mata yang gelap. Jadi macam PANDA.
Selamat mencuba.
lagi tajam lagi halus
ReplyDeleteWahhhhhh boleh cri jgk nih
ReplyDelete